Resepi Ikan Siakap Stim Ala-ala Thai

| June 6, 2020 | 0 Comments

Resepi Ikan Siakap Stim Ala-ala Thai | Assalamualaikum dan Hai. Siapa penggemar makanan thai, mereka tidak asing lagi dengan menu Ikan Siakap Stim ini. Tapi kalau Kali ini saya nak kongsikan resepi Ikan Siakap Stim Ala-ala Thai. Rasanya sama seperti orang thai masak. Anda boleh lah untuk mencuba resepi ini.

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk siakap steam:
    • 1 ekor ikan siakap
    • 2 batang serai
    • 1 mangkuk besar air
    • 1/2 -1 ketul kiub ayam atau stok ayam homemade
    • 5 ulas bawang putih
    • perahan jus dari 3 biji limau nipis, lebihkan jika bersaiz kecil
    • 1 sudu besar parutan gula melaka/Thai palm sugar
    • 6-7 biji cili padi
    • hirisan daun ketumbar
    • 1-2 sudu besar sos ikan

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk kukus siakap:
    1. Bersihkan ikan siakap dan kelar bahagian sisi kedua belah ikan.
    2. Titik serai dan masukkan ke dalam perut ikan.
    3. Panaskan periuk kukusan, kukus ikan selama lebih kurang 15 minit atau sehingga ikan masak.
    4. Sementara menunggu, sediakan kuah untuk dituang ke atas ikan.
  2. Cara-cara untuk kuah cili limau:
    1. Panaskan air di dalam periuk.
    2. Masukkan kiub ayam, atau stok ayam homemade jika ada. Kalau guna stok ayam homemade boleh kurangkan sikit air. Masak sehingga mendidih dan tutup api.
    3. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bawang putih yg dicincang halus, jus limau nipis, parutan gula melaka, hirisan cili padi, hirisan daun ketumbar dan sos ikan. Kacau sebati. Kita memang tak didihkan bahan-bahan ni semua, ia cuma akan masak dalam air stok yg suam-suam panas tu aja. Dengan cara ini aroma dan kesegaran bahan-bahan dapat dikekalkan.
    4. Tuang kuah ke atas ikan yang sudah dikukus tadi.

Tips:

  • Jika air kukusan ikan banyak sangat, boleh buang tinggal sedikit sahaja sebelum dituang kuah. Jangan bimbang, rasa tetap akan sedap nanti.
  • Kalau kurang masin, tambah sos ikan. Kalau kurang manis, tambah lagi parutan gula melaka.
  • Macam mana nak tau ikan kukus dah masak, tolak isi ikan dekat bahagian tulang yang dikelar tadi dengan menggunakan garfu. Jika isi mudah tertanggal dari tulang maksudnya ikan dan betul-betul masak.

Kredit: Resepi Che Nom

Nah, terliur kan? Sedapnya tak terkata dengan perahan limau menyebabkan rasa kuah masam lagi menaikkan selera. Jadi apalagi, ayuh kita cuba resepi ini untuk makan tengahari

Tags: , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *