Resepi Keria Gula Melaka Sedap

| June 6, 2020 | 0 Comments

Resepi Keria Gula Melaka Sedap| Assalamualaikum dan hai semua. Pernah tak anda pergi Melaka semata-mata untuk mencari kuih keria viral sedap ni? Tapi disebabkan kes Covid-19 ni, susah kita nak kemana-mana disebabkan ingin menjaga kesihatan mahupun kebersihan. Nah, Kali ini saya nak berkongsi resepi menarik iaitu resepi keria Gula Melaka. Buat sendiri je dan mudah pulak tu nak buat. Disamping itu, korang pasti berpuas hati kerana rasanya sama seperti keria viral. Jadi jom cuba resepi ini!

 Bahan-bahan 

( Bahan keria )

  • 500gram keledek mani
  • s 1 cawan tepung gandum 1 tbsp tspung beras
  • 1/2 tbsp baking powde
  • r 1/2 cawan air ( Bahan gula melaka )
  • 250 gram gula merah
  • 1 keping gula melaka
  • 1/4 cawan air

 

 Cara-cara 

  • Potong kecil keledek manis dan rebus hingga empuk.
  • Kemudian toskan Lenyek kan keledek,
  • kemudian masukkan bahan lain.
  • Gaul hingga boleh bentuk.
  • Bentukkan keria bulat-bulat, dan lubangkan di tengah.
  • Goreng dengan minyak sederhana panas.
  • Ketepikan Rebuskan kesemua bahan hingga pekat.
  • Kemudian salutkan dengan keria yang telah digoreng tadi.
  • Sejukkan dan sedia dihidang.

Kredit : Seminit Resepi

Nah mudahkan? Saya pun terliur dah tengok video di youtube ini. Cubalah buat dirumah makan petang sambil minum teh o panas . Fuh, padu.  Cubalah!

Tags: , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *