Resepi Cha Bang Ang

| June 8, 2020 | 0 Comments

Resepi Cha Bang Ang | Assalamualaikum dan hai. Hari ini saya nak share resepi dari Thailand. Disebabkan kita tak boleh nak melancong kesana disebabkan ingin merasai kenikmatan makanan dan minuman, apa kata kita buat sendiri. Barulah puas hati. Lagipun air Cha Bang Ang ini adalah air viral dan digemari ramai Jadi tanpa membuang masa marilah kita mencuba resepi Cha Bang Ang ini.

Bahan-bahan

Selasih

Cincau

1 kotak susu segar

1/2 tin susu cair

1 cawan gula perang

3 tbsp air

Cara-cara

Rendam selasih sehingga kembang,

dan potong cincau kepada bentuk segi empat.

Ketepikan Masak gula perang bersama air sehingga pekat.

Kemudian sejukkan.

Campurkan susu segar dan juga susu cair.

Ketepikan Di dalam cawan,

tuang kan gula perang yang sudah sejuk, selasih, cincau dan ais.

Kemudian masukkan campurann susu.

Kacau rata dan Cha Bang Ang sedia dihidang

Kredit : Seminit Resepi

Nah mudah sangat kan nak buat air Cha Bang Ang ini. Lagi-lagi pekena time-time panas dan haus ni. Fuh padu. Jadi cubalah rasa kenikmatan air Cha Bang Ang ini.

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *