Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Wanita warga emas yang dilapor hilang sejak lebih dua minggu lalu disahkan maut selepas tulang dan rangkanya ditemukan di ladang kelapa sawit di FELDA Sungai Kelamah, di sini, petang semalam.

Misteri Warga Emas Hilang Terungkai, Temui Tulang Rangka Miliknya..

Tulang dan rangka mangsa, Aliah Omar, 74, atau lebih dikenali Makcik Senah itu ditemukan orang awam ketika mengembala lembu di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, mengesahkan identiti tulang serta rangka manusia yang sudah reput itu dipercayai sebagai Makcik Senah berdasarkan pengecaman dibuat anak mangsa melalui pakaian yang dipakai warga emas berkenaan.

Mengulas penemuan itu, katanya pada jam 5.30 petang anggota di Pondok Polis Sungai Kelamah menerima maklumat mengenai penemuan tulang dan rangka disyaki manusia yang sudah reput ketika sedang mengembala lembu di kawasan berkenaan.

“Tulang dan rangka berkenaan kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan, ” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, media tempatan melaporkan kebimbangan anak bongsu Makcik Senah, Che Roshidee Che Harun, 32, yang sudah dua minggu hilang.

Selain pencarian di serata lokasi, pelbagai usaha turut dilakukan pihak keluarga termasuk mendapatkan khidmat pengamal aktiviti paranormal, namun semuanya menemui jalan buntu.

Makcik Senah disedari hilang disedari oleh anak bongsunya itu kira-kira jam 3 petang pada 7 Disember lalu selepas sarapan pagi dibawa ke rumah ibunya itu tidak terusik.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkaitan..

Dua Minggu Mak Cik Senah Hilang, Ke Mana? 

Sudah hampir dua minggu sejak Aliah Omar, 74, dari FELDA Sungai Kelamah, di sini hilang namun pihak keluarga tidak pernah berputus harap untuk melihat wanita warga emas itu kembali dengan selamat.

Dua Minggu Mak Cik Senah Hilang, Ke Mana? 

Selain pencarian di serata lokasi pelbagai usaha turut dilakukan pihak keluarga termasuk mendapatkan khidmat pengamal aktiviti paranormal, namun sehingga kini semuanya menemui jalan buntu.

Perkara itu disahkan sendiri anak bongsu mangsa, Che Roshidee Che Harun, 32, ketika ditemui, di sini, hari ini.

Dia mengakui selain risau kerana buntu memikirkan kedudukan ibunya, pihak keluarga juga bimbang kerana wanita warga emas yang lebih dikenali Makcik Senah itu memiliki penyakit darah tinggi dan bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan.

Makcik Senah disedari hilang kira-kira jam 3 petang pada 6 Disember lalu selepas sarapan pagi yang dibawa anaknya tidak berusik.

Che Roshidee berkata, kebiasaannya dia menghantar makanan tiga kali sehari iaitu untuk sarapan, tengah hari dan malam ke rumah ibunya sebelum menguruskan ternakan kambing yang diusahakan di belakang rumah antara jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Kali terakhir saya berjumpa emak sehari sebelum dia hilang di kawasan sekitar kampung dengan memakai baju kurung warna hijau bercorak bunga kuning.

“Saya sudah memeriksa dalam rumah, namun emak tiada dan selepas yakin dia hilang, laporan polis dibuat di balai polis berhampiran.

“Pihak polis, bomba dan penyelamat serta orang kampung membantu mencari ibu sekitar kampung sehingga ke kawasan kebun kelapa sawit dan getah dekat sini termasuk kampung ibu di Kampung Keru tetapi tidak menemuinya,” katanya yang tinggal di taman perumahan berhampiran kediaman ibunya.

Che Roshidee juga mengakui ada beberapa individu yang menjalankan aktiviti paranormal datang membantu selain ahli keluarga turut mengadakan solat hajat dan melaungkan azan di kawasan sekitar pencarian.

Bagaimanapun, katanya sehingga semalam, belum ada sebarang petunjuk mengenai keberadaan Makcik Senah.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply