Murtabak Mini Rangup tapi Sedap

| June 14, 2020 | 0 Comments

Murtabak Mini Rangup tapi Sedap| Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Semoga semua dalam keadaan sihat dan dilimpahi rezeki hendaknya. Okay baiklah, pernah tak cuba dan merasai murtabak mini. Tapi resepi yang saya nak sharekan kepada anda semua adalah murtabak mini yang jenis rangup bila dimakan. Sedap tau. Haa mesti anda semua takkan ambil satu keping je. Mesti lebih punyalah. Jadi apa tunggu lagi marilah kita start buat resepi ini.

Bahan:
1. Kulit popia.
2. Daging Cincang.
3. Telur.
4. Serbuk Kari.
5. Kentang.
6. Bawang Besar.
7. Bawang putih.
8. Daun sup.
9. Garam.
10. Penambah perasa.
11. Minyak.
12. Air

Cara:
1. Goreng bawang putih dan bawang besar masak sehingga garing.
2. Masukkan air ke dalam sebuk kari dan gaul sehingga sebati, kemudian masukkan ke dalam kuali.
3. Masukkan kentang dan gaul, kemudian masukkan daging cincang dan kacau sehinga masak.
4. Masukkan garam, penambah perasa dan daun sup, dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan 3 biji telur yang dikacau sehingga masak. Keluarkan bahan tersebut di dalam mangkuk.
5. Masukkan bahan inti murtabak ke kulit popia dan balut.
6. Goreng bahan tersebut sehingga kuning keemasan.

Kredit: Resepi iCookAsia

Haa macam mana menarik bukan? Rasa tak sabar-sabar nak buat murtabak mini untuk juadah makan petang kan? Selamat mencuba.

Tags: , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *