Sotong Sumbat Telur Masing Enak

| June 14, 2020 | 0 Comments

Sotong Sumbat Telur Masing Enak| Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Kali ini saya ingin kongsikan kepada anda makanan seafood. Menu apa kali ini? Ha, saya nak sharekan kepada anda resepi sotong telur masin. Saya jamin yang ini sedap tau. Fuh, padu kalau buat sendiri lagi sedap tau. Ha apa tunggu lagi marilah kita start.

==Sotong sumbat telur masin==

Bahan-bahan:

3 ekor sotong
3 biji telur masin
Daun sup
1/2 biji bawang besar
Tepung goreng serba guna

Cara-cara:

Rebus telur masin terlebih dahulu, kemudian sejukkan.

Potong dadu bawang besar dan hiris halus daun sup.

Di dalam mangkuk bersih, satukan bawang, daun sup dan juga telur masin yang sudah dikupas

Lenyekkan dan gaul sebati

Sumbatkan bahan tadi kedalam perut sotong dan kuncikan dengan lidi.

Ambil sedikit tepung goreng dan gaulkan dengan air. (Rujuk video)

Di dalam pinggan lain, tuangkan tepung goreng dan ketepikan

Celupkan sotong dengan adunan tepung goreng, kemudian golekkan ke dalam tepung goreng kering.

Gorengkan dan angkat apabila sudah keperangan

Potong dan sedia dihidang

Kredit : Seminit Resepi

Haa macam mana? Sedapkan resepi ini. Mudah je tak renyah pun tau. Selamat mencuba.

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *