Pelajar Kena Kompaun. Ini Tawaran Caprice Buat Ramai Kagum | Viral pelajar kolej kena kompaun kerana langgar sop hingga mencetuskan perdebatan hangat, kini caprice pula beri tawaran ini buat ramai respek. Baca selanjutnya..

BANTU BAYAR KOMPAUN DAN BERI BAJU RAYA

Petaling Jaya – Penyanyi rap Caprice menawarkan diri untuk membantu pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng yang didakwa dikenakan kompaun RM1,500 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Menerusi status Instagram miliknya, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli bersedia membayar kompaun berkenaan selain mahu menghadiahkan baju raya kepada pelajar terbabit.

“Siapa-siapa kenal pelajar ini tolong DM (mesej) saya. Caprice dan Hijabista.hub nak bayar kompaun mereka dan bagi baju raya Caprice,” tulisnya.

Terdahulu, satu ciapan di Twitter yang dipercayai dimuatnaik seorang lelaki menarik perhatian warga maya apabila mendedahkan terdapat pelajar di kolej berkenaan dikenakan kompaun RM1,500 oleh petugas KKM atas kesalahan tidak memakai pelitup muka di kawasan kolej.

Tindakan petugas agensi terbabit yang disifatkan ramai sebagai tanpa budi bicara itu mencetuskan pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata mempersoalkan kompaun dikeluarkan.

ARTIKEL BERKAITAN : Tular Pelajar Matrik Dikompaun RM 1.5K, Ini Respon Tan Sri Dr Noor Hisham

Difahamkan, kesemua pelajar kolej itu telah lima bulan tidak dibenarkan keluar ke mana-mana sejak semester dibuka bagi mengekang penularan Covid-19.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply