Resepi Agar-agar Buah | Selalu dah biasa buat macam-macam jenis agar-agar tapi agar-agar buah ni yang belum cuba lagi. Boleh juga dijadikan pencuci mulut lepas makan nasi tengahari nanti kan. Seronok anak-anak kita. Comfirm licin la satu pinggan tu nanti. Ha, jom kita cuba buat. Ni resepi dia.
Bahan – Bahan :
Agar agar tali
Air
Gula
Biji Selasih
Buah buahan segar
Pewarna makanan
Cara -cara :
- Masukan biji selasih ke dalam sebuah bekas. Rendam biji selasih dengan air bersih. Biarkan ia kembang.
- Masukan kuantiti agar agar tali ke dalam sebuah bekas. Tandakan paras kuantiti agar agar tersebut.
- Basuh dan masukan agar agar tali itu ke dalam periuk.
- Masukan pula air sama paras yang ditandakan pada agar agar tali tadi.
- Masukan air tersebut ke dalam periuk , sebanyak 3 kali.
- Kacau rata dan biarkan agar agar sehingga larut.
- Ukur pula kuantiti gula , 1/2 daripada paras tandaan agar agar tali tadi. Kemudian masukan ke dalam periuk. Biarkan gula larut dalam larutan agar agar tali.
- Apabila semua sudah sebati dan larut. tutup api.
- Ambil sedikit air agar agar dan masukan ke dalam loyang / bekas agar agar.
- Susun buah buahan segar yang sudah di potong kecil. Susun memenuhi permukaan dasar loyang/bekas.
- Masukan juga selasih yang telah kembang.
- Ambil 3/4 air agar agar dan tuang ke dalam loyang/bekas agar agar dengan perlahan lahan. Biar kan ia sejuk sebentar lebih kurang 10minit.
- Cucuk permukaan agar agar bagi tujuan lapisan pertama akan melekat dengan lapisan kedua.
- 1/4 baki air agar agar di masukan pewarna mengikut warna pilihan.
- Tuang 1/4 air agar agar bewarna tersebut ke atas lapisan agar agar pertama tadi.
- Biarkan ia pada suhu bilik sebentar kemudian masukan ke dalam peti sejuk.
- Hidangkan semasa ia masih sejuk.
Kredit: malay kitchen
Ha, macam mana? Menarik kan rupa dia. Terliur ja waktu tengok video tu. Agar- agar ni memerlukan buah-buahan yang segar bukan buah-buahan cocktail / koktel / koktail. Jadi, kena pergi pasar lah nak cari buah-buahan yang segar kan? Ha, Jom kita buat sama-sama.