Resepi Begedil Ayam Enak Dimakan Begitu Sahaja.

| June 13, 2020 | 0 Comments

Resepi Begedil Ayam Enak Dimakan Begitu Sahaja | Assalamualaikum dan hai semuanya. Untuk entri kali ini saya nak sharekan resepi mudah iaitu resepi begedil ayam. Haa begedil ini tak kisahlah nak letak ayam ke daging ke atau kentang. Ikut selera kita okay? Begedil ni boleh dimakan dengan berlauk ke boleh di makan dengan nasi dan boleh juga dimakan begitu sahaja. Jadi marilah kita mencuba buat resepi begedil ini.

Bahan-Bahan:

500 gram (4-5 biji) ubi kentang, kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci
150 gram daging ayam kisar
1 biji bawang besar, didadu kecil
1 pokok daun sup, hiris halus
3 sudu besar bawang goreng
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 biji cili merah, cincang kasar (kalau nak sedikit pedas)
garam secukup rasa
1 biji telur ayam
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

Cara untuk masak ayam:

~Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng bawang besar sehingga lembut.
~Masukkan ayam kisar dan goreng sehingga ayam masak. Perasakan dengan sedikit garam.

Cara untuk masak begedil:

~Dalam kuali yang lain, panaskan minyak masak (anggaran 1 mangkuk). Goreng kentang sehingga kekuningan dan lembut. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
~Ketika kentang masih panas, hancurkan kentang dengan cara melenyek kentang sehingga halus menggunakan potato masher atau garfu.
~Masukkan bawang goreng, daun sup, ayam (yang dimasak tadi) dan serbuk lada putih. Perasakan dengan garam secukup rasa.
~Ambil sedikit adunan dan buat bulat. Kemudia leperkan sedikit dan susun di atas pinggan atau dulang.
~Panaskan minyak. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu supaya sebati. Celup begedil di dalam telur dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.

~Tunggu sehingga bahagian bawah begedil keras sedikit baru dialihkan untuk mengelak begedil dari hancur.

Kredit : resepi Che Nom

Haa, macam mana sedapkan? rasanya yang rangup di luar dan lembut gebu di dalam. Rasa pun sedap dan cukup rasa tau. Jadi apa lagi marilah kita cuba!

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *