Resepi Corndog Mozarella Tarik-tarik Sedap

| June 14, 2020 | 0 Comments

Resepi Corndog Mozarella Tarik-tarik Sedap | Assalamualaikum dan hai semuanya. Semoga kalian semua diberikan rezeki yang mencurah-curah . InsyaAllah. Baiklah kali ini saya ingin kongsikan resepi corndog semestinya digemari ramai. Mozarella adalah satu bahan makanan yang menaikkan selera bagi penggemar cheese. Jadi Corndog ini terdapat mozarella yang menyebabkan ia menjadi sedap dan padu tau! Jadi apa tunggu lagi, jom kita start dengan resepi ini.

Bahan-Bahan:

⦁ air secukupnya ,untuk rebus hotdog
⦁ 6-7 batang hotdog
⦁ 2 ½ cawan tepung gandum
⦁ 1 sudu besar gula
⦁ 2 sudu kecil baking powder
⦁ susu full cream, anggaran 2 cawan
⦁ 1 biji telur
⦁ 1 sudu besar serbuk cheese parmesan, optional
⦁ 1 sudu kecil garam
⦁ serbuk breadcrumb, anggaran 1 1/2 cawan
⦁ cornflakes, anggaran 1 cawan
⦁ 250g cheese mozzarella blok
⦁ lidi satay
⦁ sedikit tepung gandum
⦁ mayonis
⦁ sos cili

Cara Penyediaan:

⦁ Panaskan air. Rebus hotdog dalam air mendidih selama 2-3 minit. Angkat dan toskan.
⦁ Masukkan tepung gandum, gula dan baking powder ke dalam mangkuk.
⦁ Tuang sedikit susu full cream dan telur. Kacau supaya agak sekata.
⦁ Tambah susu full cream sikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yg sesusai.
⦁ Masukkan serbuk cheese parmesan dan garam, kacau sebati. Rehat adunan dalam peti ais selama 10 minit.
⦁ Ramas cornflakes sehingga menjadi serbuk kasar. Gaulkan dengan serbuk bread crumbs. Ketepikan.
⦁ Potong ketulan cheese mozzarella kepada kiub kecil anggaran panjang dan lebar 2cmx2cm.
⦁ Potong sosej kepada 2 atau 4 bahagian (ikut suka anda).
⦁ Ambil lidi satay, cucuk sosej dan selang seli dengan cheese mozzarella. Ulang sampai habis.
⦁ Tabur atau golek-golekkan atas tepung gandum
⦁ Tuang adunan yang direhatkan tadi ke dalam cawan yang tinggi sehingga hampir penuh.
⦁ Celup lidi corn dog ke dalam cawan adunan, angkat dan salut dengan serbuk cornflakes dan bread crumbs. Tekan-tekan sikit dgn tangan supaya kemas.
⦁ Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan. Angkat dan toskan atas kertas tisu.
⦁ Boleh hias dengan mayonis dan sos cili.

Tips:

⦁ Adunan tepung jangan cair sangat kerana nanti salutan akan jadi terlalu nipis.
⦁ Tujuan kita salut sengan tepung gandum dulu sebelum celup tepung ialah supaya tepung melekat dengan baik.
⦁ Kalau tak ada cornflakes, boleh saja disalut dengan serbuk bread crumbs.
⦁ Api jangan kuat sangat masa menggoreng kerana nanti perang kat luar tapi dalam tak panas, bila tak panas cheese tak akan jadi bertali.\

Kredit : Resepi Che Nom

Ha macam mana tertarikkan dengan corndog ni? Apa lagi jum kita mulakan

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *