Resepi Buat Pizza Bujang

| February 9, 2020 | 0 Comments

Resepi Buat Pizza Bujang|Assalamualaikum. Kepada orang bujang dan ibu-ibu yang nak buat bekalan makanan untuk anak-anak ke sekolah atau orang bujang nak bawak pergi kerja boleh tengok resepi buat Pizza Bujang ni. Resepi buat Pizza Bujang ni sangatlah mudah nak buat dan mengenyangkan. Resepi sedap ni anda boleh tengok cara masakan daripada khairulaming.

Bahan-bahan Buat Pizza Bujang:

  • Roti
  • 1 sudu sos pasta
  • 1 biji bawang merah (dicincang)
  • Cheese mozarella
  • Sosej (goreng)
  • Serbuk lada hitam
  • Mentega
  • Cili benggala (potong kecik)

Cara-cara Buat Pizza Bujang:

  • Goreng sosej terlebih dahulu.
  • Sapukan sos pasta atas kepingan roti. Sapu bagi rata
  • Kemudian, letakkan sebiji bawang merah yang telah dicincang halus.
  • Taburkan pula cheese
  • Letakkan sosej yang telah siap digoreng
  • Tambahkan sedikit serbuk lada hitam
  • Dan letakkan cili benggala.
  • Seterusnya, tutup dengan kepingan roti di atas bahan-bahan tadi.
  • Sapukan mentega di atas setiap lapisan roti.
  • Goreng dalam pan sampai garing.
  • Da siap.. potong dan hidangkan.

Wahhhh. Meleleh tengok cheese yang dah siap masak tu kan? Korang terliur tak tu? Tak susah pun nak buat Pizza Bujang ni, cukup bahan-bahan terus jalan buat. Resepi ni bukan untuk orang bujang jer, ibu-ibu yang nak buat untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah pun mesti dorang suka. Jadi, resepi buat Pizza Bujang ni anda wajib cuba buat dan tengok video masakan daripada khairulaming yang telah min sediakan untuk anda. Selamat mencuba ya!

Video Masakan:

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *