Resepi Masakan Teriyaki Chicken

| February 9, 2020 | 0 Comments

Resepi Masakan Teriyaki Chicken|Assalamualaikum. Hari ni nak kongsikan satu jenis resepi makanan orang Jepun. Kepada anda yang suka dengan makanan Jepun, pasti tahu dengan resepi masakan Teriyaki Chicken ni kan? Teriyaki Chicken yang rasanya lemak manis, akan buatkan anda terliur dengan kesedapan resepi masakan ini. Oleh itu, resepi masakan Teriyaki Chicken yang sedap ni anda patut tengok cara masakan daripada khairulaming.

Bahan-bahan Buat Teriyaki Chicken:

  • Minyak zaitun
  • 200g dada ayam
  • Garam
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu sos kicap
  • 1 sudu madu
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu air tepung jagung

Cara-cara Masak Teriyaki Chicken:

  1. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali
  2. Kemudian, goreng dada ayam yang dipotong dadu. Goreng sehingga ayam garing
  3. Masukkan garam secukup rasa
  4. Tambahkan 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih yang dicincang halus.
  5. Kemudian, tambahkan sos kicap dan madu. Kacau bagi rata.
  6. Masukkan bawang besar
  7. Dan tambahkan pula 1 sudu air tepung jagung. Kacau bahan-bahan bagi rata dan masak.
  8. Setelah siap masak, hidangkan bersama dengan nasi putih panas-panas.
  9. Untuk lagi sedap, rebuskan sayur brokoli. Sangat sedap…

Tadaa… sedapnya dapat makan resepi masakan Teriyaki Chicken bersama dengan nasi putih. Jadi lapar tengok resepi ni ya. Sangat sedap dan nak buat pun sangat senang. Takyah pergi jauh-jauh, nak rasa makanan Jepun ni kan? Buat sendiri pun boleh . hi hi hi.  Jadi, kepada anda yang gemar makan makanan Jepun dan tak tahu macam mana nak buat resepi ni, anda boleh tengok video masakan khairulaming yang min kongsikan di bawah. Selamat mencuba ya gais!

Video Masakan:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *