Resepi Cara Buat Overnight Oatmeal| Assalamualaikum. Resepi kita hari ni ialah Resepi Cara Buat Overnight Oatmeal. Resepi ni sesuai untuk anda yang nak diet, yang suka terbangun tengah-tengah malam takut nak ambil makanan berat boleh la cuba resepi sihat dan sedap ni. Resepi Cara Buat Overnight Oatmeal ni anda boleh tengok cara masakan daripada khairulaming.
Bahan-bahan Buat Overnight Oatmeal:
- ¾ cawan oat
- ½ cawan plain yogurt
- ½ sudu madu
- 1 cawan susu segar
Bahan-bahan Topping:
- Apa-apa jenis buah yang menjadi pilihan anda.
Cara-cara Buat Overnight Oatmeal:
- Masukkan 3/4 oat ke dalam satu bekas sederhana kecil
- Kemudian, campurkan bersama 1/2 cawan plain yogurt, madu dan susu segar ke dalam satu bekas.
- Kacaukan kesemua bahan-bahan tersebut.
- Kemudian, simpan dalam peti sejuk selama satu malam.
- Setelah itu, untuk topping korang boleh gunakan pelbagai jenis buah. Contohnya, buah naga, buah pisang, atau apa-apa buah lah. Ikut citarasa korang. Potong lah buah tu ya!
- Da siap… boleh makan sejuk-sejuk. Hehehe..
Tadaaa… da siap resepi Overnight Oatmeal ni. Da la sihat, sedap pula tu. Anda yang bosan asyik makan oat kosong jer boleh cuba resepi yang kaya dengan buah-buahan ni. Memang berkhasiat betul.. Anda yang tak tahu cara bagaimana nak buat, kami da sediakan video masakan daripada khairulaming di bawah. Selamat mencuba ya!
Video Masakan:
View this post on Instagram
Kredit : Instagram khairulaming