Resepi Cheesecake Bujang Menggunakan Periuk Nasi|Assalamualaikum. Kepada anda yang suka makan kek, apakata kali ni kita cuba buat resepi Cheesecake Bujang Menggunakan Periuk nasi sebagai hidangan dessert anda. Hehehe. Pelik jer kan buat kek dalam periuk nasi. Menjadi ke kek tu nanti? Hah anda jangan risau, resepi Cheesecake Bujang Menggunakan Periuk Nasi adalah resepi masakan daripada khairulaming. Kepada anda yang rasa teruja nak cuba dan suka makan cheesecake jom kita tengok cara-cara masakan daripada khairulaming ni.

Bahan-bahan Buat Cheesecake:

  • 4 biji kuning telur
  • ½ cawan gula
  • 2 sudu mentega (cairkan)
  • 400g cream cheese
  • ¼ cawan susu segar
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 biji putih telur
  • ½ cawan gula icing

Cara-cara Buat Cheesecake:

  1. Pecahkan 4 biji telur. Ambil bahagian kuning telur sahaja.
  2. Kemudian, masukkan ½ cawan gula
  3. Masukkan mentega yang telah di cairkan.
  4. Setelah itu, masukkan 400g cream cheese. Campurkan kesemua adunan dan blendkan untuk dapatkan tekstur yang smooth.
  5. Kemudian, tuang semula dalam bekas. Masukkan ¼ cawan susu segar
  6. Masukkan pula, 1 cawan tepung gandum. Pukul hingga rata.
  7. Gunakan 4 biji putih telur dan ½ gula icing untuk buat meringue. Pukul sehingga tekstur berkrim. Campurkan ke dalam adunan tadi dan pukul hingga rata kesemuannya.
  8. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam periuk nasi yang telah di sapu dengan mentega
  9. Masak selama 20 minit. Ulang sebanyak 3 kali. Total masak cheesecake ialah 1 jam.
  10. Da siaappp… angkat perlahan-lahan letakkan dalam pinggan dan taburkan gula icing atas cheesecake..

Tadaaaa… Gebunya resepi Cheesecake Bujang Menggunakan Periuk Nasi ni kan. Hanya menggunakan periuk nasi dah menjadi cheesecake. Tak susah pun cara penyediaannya. Da la sedap, gebu, rasa lemak berkrim memang terliur habis la kan. Kepada anda yang nak cuba resepi Cheesecake menggunakan periuk nasi anda boleh tengok video masakan daripada khairulaming dibawah ni. Selamat mencuba.

Video Masakan:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Share.

Leave A Reply