Resepi Jus Tembikai Laici | Hai assalamualaikum, pada kali ini kami ingin bawakan resepi minuman buah-buahan yang enak sekali untuk anda di rumah. Korang mesti suka kan dengan minuman buah-buahan ni. Minuman berbuah ni bukan sahaja sedap malah berkhasiat sekali. Korang patut cuba buat di rumah, keluarga anda pasti suka. Tambah-tambah lagi bila bulan puasa dah nak dekat. Minum pula masa berbuka mesti rasa segar sekali. Umm, nyaman gitu. Resepi ini dikongsikan oleh khairulaming iaitu, Resepi Minuman Tembikai Laici. Jadi tanpa membuang masa, jom lihat bahan-bahan buat resepi minuman ni.
Bahan-Bahan:
- 1 mangkuk besar buah tembikai (dipotong)
- 1/2 tin laici
- Daun pudina
Cara-Cara Buat Minuman Jus Tembikai Laici:
- Masukkan 1 mangkuk besar buah tembikai yang telah dipotong ke dalam pengisar.
- Masukkan 1/2 tin buah laici bersama sirap airnya.
- Letakkan beberapa helai daun pudina.
- Kisar kesemua bahan tersebut hingga hancur.
- Setelah itu, hidangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sedia untuk diminum.
Okay siap pun resepi minuman Jus Tembikai Laici ni. Sekejap jer buat dah siap. Mudah bukan. Korang di rumah cuba lah buat masa bulan puasa ni. Mesti nikmat dapat berbuka dengan jus buah ni. Kami ucapkan selamat mencuba dan menjamu selera. Kami sediakan video di bawah untuk menghiburkan anda. Selamat menonton.
Video Cara Buat Resepi Jus Tembikai Laici:
View this post on Instagram
Kredit: Instagram khairulamingÂ