Resepi Tortilla Chips Cicah Sardin | Hai assalamualaikum. Kepada anda yang pernah order set Twister Box di KFC mesti tahukan Tortilla tu apa? Pada kali ini kami ingin kongsikan kepada anda semua resepi tortilla chips cicah sardin. Antara salah satu bahan seperti yang anda tahu iaitu pembalut tortilla yang macam anda makan di KFC tu. Resepi ni daripada khairulaming, jom lihat bahan-bahannya.
Bahan-bahan:
- 4-5 keping tortilla wrap (4-5 pieces tortilla wrap)
- 1/2 biji bawang besar (1/2 onion)
- 3 ulas bawang putih (3 cloves garlic)
- 1 tin besar sardin (1 big can of sardine)
- 1/2 cawan air (1/2 cup water)
- 2 sudu sos tomato (2 tbsp ketchup)
- Garam (Salt)
- Cili padi (birds eyes chilli)
- Daun sup (celery leaves)
- Limau (lime)
Cara-cara Buat Resepi Tortilla Cicah Sardin:
- Ambil 4 keping tortilla wrap dan potong kepada 3 bahagian.
- Kemudian potong dalam bentuk tiga segi.
- Goreng tortilla wrap yang telah dipotong tadi dengan minyak (banyak).
- Untuk inti sardin, tumiskan setengah biji bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong.
- Kemudian masukkan sardin tin tanpa kuah.
- Kacau dan hancurkan sardine hingga masak dan garing.
- Setelah itu, masukkan kuah sardin.
- Tuangkan ½ cawan air dan 2 sudu sos tomato.
- Kacau bahan-bahan tadi dan masukkan cili padi yang telah dipotong.
- Tambah sedikit garam dan daun sup yang telah dipotong.
- Perahkan limau sedikit dan gaul hingga masak.
Okay siap pun resepi ni. Bolehlah dihidangkan untuk keluarga. Resepi ni pun sangat sesuai untuk kunyahan semasa menonton rancangan televisyen kegemaran anda. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kami sediakan video dibawah untuk korang yang kurang faham cara membuat resepi ni. Selamat menonton.
Video Cara Buat Resepi Tortilla Chips Cicah Sardin:
View this post on Instagram
Kredit: Instagram khairulaming