Tengkorak Dan Serpihan Tulang Manusia Ditemui Di Ladang Sawit

| May 26, 2021 | 0 Comments

Tengkorak Dan Serpihan Tulang Manusia Ditemui Di Ladang Sawit | Tengkorak dan serpihan tulang dipercayai milik manusia ditemukan dalam keadaan berselerakan oleh seorang pekerja ladang warga Bangladesh ketika sedang meracun rumput liar di sebuah ladang sawit di Batu 5,Teluk Intan, hari ini.

Tengkorak Dan Serpihan Tulang Manusia Ditemui Di Ladang Sawit

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pekerja berkenaan kemudiannya memaklumkan penemuan itu kepada anggota polis bantuan ladang yang menghubungi polis pada jam 11.30 pagi.

Menurutnya, setelah menerima panggilan berkenaan sepasukan anggota Unit Forensik D10 dan Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dihantar ke lokasi untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, tengkorak disyaki milik manusia itu ditemui di kawasan pokok sawit manakala cebisan tulang tangan, pelvis, gigi dan paha ditemui bertaburan di kawasan itu dalam jarak antara 10 hingga 20 meter antara satu sama lain dipercayai kerana dimakan biawak dan anjing.

Tambahnya, Unit D10 telah mengumpul cebisan tulang sebanyak 22 spesimen tanah namun  tiada penemuan lain sama ada pakaian simati atau apa-apa senjata di tempat kejadian untuk mengaitkan ia dengan unsur jenayah.

Tengkorak dan serpihan tulang terbabit kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk tindakan lanjut bagi mengesan identiti mangsa.

Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

Katanya, Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ketua Polis Balai Teluk Intan, Inspektor Al-Ikhsan Borhan di talian 05-6299222.

Sumber: Metro

Tags: , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *