Tips Buat Sambal Tumis Supaya Tahan Lama | Khalifah Media Networks : Bagi mereka yang menyukai makanan pedas, sambal tumis ini pasti menjadi kegemaran untuk dimakan bersama lauk yang lain.

 

lemak

Untuk menjadikan sambal tumis tu sedap dan tahan lama, korang cuma perlu gunakan beberapa bahan dan cara memasak yang betul je! Jom kita ikuti petua yang dikongsikan oleh Che’ Nom ni.

1. CILI KERING

Rasa sambal akan jadi lebih padu kalau kita gunakan cili kering berbanding cili boh. Pemilihan cili kering ni sangat penting sebab ianya mempengaruhi warna dan rasa sambal tumis. Cili kering yang licin dan berkilat adalah lebih pedas daripada cili kering yang berkedut dan kerinting. Haa yang ini terpulang mengikut citarasa masing-masing sama ada nak buat tahap kepedasan sambal tu macam mana.

2. BAWANG

Bawang besar, bawang merah dan bawang putih ni digunakan sebagai bahan utama untuk dikisar bersama cili kering. Bahan menumis pula cuma perlukan bawang besar je.

3. BELACAN

Belacan ni penting untuk digunakan sebagai bahan penyedap tambahan di dalam sambal tumis.

4. AIR ASAM JAWA

Sambal tumis ni tak akan complete kalau kita tak masukkan elemen masam di dalam sambalnya. Kalau tak ada asam jawa, jangan risau! Ganti je dengan asam keping, yang penting kena ada rasa masam-masamnya tu.

Cara-cara:

  1. BUANG BIJI DAN REBUS
    Gunting cili kering dan buang bijinya. Kemudia, rebus cili di dalam air sehingga mendidih kemudian tapiskan air untuk mengurangkan rasa ketajaman pedas cili, Ini juga untuk menjadikan sambal tahan lebih lama.
  2. TUMIS DENGAN MINYAK YANG CUKUP
    Sambal harus ditumis di dalam kuantiti minyak yang banyak supaya cili masak dengan elok.
  3. MASAK HINGGA PECAH MINYAK
    Cara nak tahu sama ada dah pecah minyak atau belum adalah apabila sambal dan minyak sudah terapung dan terpisah di bahagian tepinya. Warna sambal pun akan bertukar menjadi sedikit gelap. Kalau rasa kuah sambal tu agak kering, bolehlah  tambah sedikit air untuk elakkan kuah sambal hangit.Lemak

Cukup mudah kan untuk membuat sambal tumis. Cuma bergantung kepada kerajinan anda untuk membuatnya.

Sumber: My Resipi

Share.

Leave A Reply