TIPS: Penjagaan Kerepek Supaya Tahan Lama | Khalifah Media Networks : Kerepek merupakan antara makanan ringan yang wajib ada di setiap rumah. Pelajar-pelajar yang hendak balik ke asrama pon selalu borong kerepek untuk di bawa balik ke asrama untuk dijadikan kudap-kudap bila waktu lapar tengah malam.Minyak

minyak

Kerepek juga menjadi juadah ringan kepada para tetamu yang hadir di majlis-majlis kenduri. Layan bola sambil menguyah kerepek sudah menjadi kebiasaan kita. Tetapi bagaimana untuk kita simpan kerepek itu supaya tahan lama. Jangan cepat sangat habis tarikh luput kan.

Sudah pasti kena simpan dalam bekas yang bertutup kan supaya tidak menjadi lemau.

Kerepek merupakan makanan kegemaran bagi sesetengah orang, tapi jika tidak pandai simpan kerepek tersebut tidak tahan lama, ia akan menjadi lemau dan tidak sedap. Kali ini in akan kongsikan tentang tips supaya kerepek anda tahan lama.Minyak

Ini TIPS ringkas agar kerepek anda tahan lama:

  1. Simpan kerepek di dalam bekas kedap udara. Pastikan tiada angin yang masuk. Kerepek akan jadi lemau dengan kehadiran angin.
  2. Jangan biarkan kerepek terdedah dan tak disimpan. Kerepek akan mudah lemau dan di makan semut. Jangan ingat semut tak minat kerepek pula.
  3. Jauhkan kerepek korang dari haba panas. Jangan letak tepi dapur, jangan letak tepi peti ais atau dibiarkan lama di dalam kereta.
  4. Jangan letakkan kerepek korang secara terus kepada matahari. Ianya akan menyebabkan rasa dan warna kerepek berubah dengan cepat.

Jadi lepas ni anda kena beringat, simpan baik-baik supaya ia tetap rangup dan sedap walaupun dah disimpan lama.

Kalau anda ingin kongsikan tips-tips dalam rumah sila komen. kami akan kongsikan di website ini untuk bacaan umum

Sumber: Cruncheese Boom

Share.

Leave A Reply