Tips Simpan 7 Makanan Ini Supaya Tahan Lama | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Tiada siapa yang suka membuang makanan sudah rosak atau basi sebelum tempohnya. Untuk mengekalkan makanan tetap segar; tidak lemau, berkulat dan sebagainya, memang sedikit sukar. Lagi-lagi kalau roti, baru beli beberapa hari je mula dah tumbuh cendawan.

Tahan lama

1. Simpan jajan dalam peti ais

Biasanya jika tidak habis makan jajan/ keropok bungkusan besar, kita hanya ikat atau kepilkan bungkusan makanan itu. Namun, cara penyimpanan itu tidak menjamin mengekalkan kerangupan jajan seperti mula-mula dimakan.

Cara terbaiknya, anda simpan dalam peti ais dan ia kekal tahan lama tanpa lemau.

2. Simpan kismis dalam bekas kedap udara

Walaupun buah-buahan kering mampu bertahan lebih lama, namun boleh menyebabkan ia terlalu kering dan kenyal jika tidak disimpan dengan cara betul.

Cara terbaiknya, anda simpan dalam bekas kedap udara dan ia kekal segar seperti mula-mula membeli.

3. Simpan biskut dalam bekas kedap udara

Bukan sebarang bekas boleh digunakan untuk menyimpan biskut kerana kadangkala biskut akan menjadi lemau juga. Cara terbaik untuk biskut tidak cepat lemau ialah simpan di dalam bekas kedap udara di tempat kering. Biskut mampu bertahan baik selama tiga bulan jika tidak pernah dibuka tetapi hanya boleh dinikmati sekitar dua minggu apabila sudah dibuka.

Jika anda tidak sempat untuk menyimpan biskut dalam keadaan baik, boleh sahaja kekalkan kerangupan biskut dengan membakarnya dalam ketuhar. Bakar pada suhu 225 darjah selama 15 hingga 25 minit.

4. Simpan roti dalam peti ais

Rugi jika kita beli roti tetapi tidak sempat menghabiskannya sebelum tamat tempoh. Apabila sudah berkulat, terpaksa kita membuangnya.

Ada cara terbaik untuk kekalkan kesegaran roti lebih panjang daripada tempohnya dengan cara menyimpannya dalam peti ais. Tetapi jangan biar lama sangat kerana roti akan mengering dan jadi kurang sedap.

5. Simpan kek supaya kekal lembap

Apabila ada lebihan kek kita hanya simpan terus dalam bekas atau menggunakan kotak kek simpan dalam peti ais, tetapi belum sempat menjamah kek yang disimpan sudah berkulat. Cara mahu kek tahan lama sehingga lima hari, bahagian kek yang telah dipotong itu perlu dibalut dengan plastic wrap untuk kek kekal lembap.

6. Simpan kekacang di tempat yang betul

Sayang sebenarnya lebihan kekacang yang digunakan seperti walnut, badam dan gajus; selalunya untuk membuat kuih raya buang begitu sahaja kerana sudah tamat tempoh. Cara terbaik menyimpan kekacang supaya tahan sehingga enam bulan ialah simpan dalam bekas kedap udara di dalam peti ais.

Jika mahu menggunakan kekacang yang lama itu, bakar pada suhu 350 darjah selama 10 minit.

7. Simpan kopi jauh daripada haba dan suhu lembap.

Cara terbaik untuk mengekalkan kesegaran kopi adalah simpan dalam bekas kedap udara dan letakkannya jauh daripada suhu lembap, cahaya dan haba.

Bagaimana pula jika menyimpannya dalam peti ais? Boleh, tetapi sesuai untuk mereka yang jarang minum kopi (sesuai untuk simpan jangka masa panjang).

Setelah membaca beberapa tips yang dikongsikan, anda tidak perlu risau lagi untuk menyimpan makanan anda dalam tempoh masa yang tertentu.

Sumber: MAKANLENA

Share.

Leave A Reply