Tular Surau Dikhianat, Letak Najis Dekat Tempat Tok Imam & Al-Quran DikoyakKhalifah Media Network – Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan masyarakat di Taman Setia Bakti apabila surau mereka dikhianat oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan meletakkan najis di tempat tok imam dan dikoyak beberapa Al-Quran serta dicampak ke luar surau.

Tular Surau Dikhianat, Letak Najis Dekat Tempat Tok Imam & Al-Quran Dikoyak

“Sedih berasa harini. Surau kita dikhianat. Buang najis dekat tempat tok imam. Al-Quran dikoyak dan di buang.. Akhir zaman Ya Allah..

Kekecewaan yang mereka hadapi itu telah dimuatnaik di laman Facebook rasmi Surau Taman Setia Bakti pada petang semalam. Surau tersebut bertempat di salah sebuah taman yang berada di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Terengganu.

Di status facebook tersebut mereka luahkan rasa sedih dan kecewa dengan perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab yang seolah-olah merendahkan tempat umat Islam beribadat.

Terbaru, tulis Surau Taman Setia Bakti pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat akan kejadian tersebut.

Tular Surau Dikhianat, Letak Najis Dekat Tempat Tok Imam & Al-Quran Dikoyak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan apa yang telah terjadi. Namun begitu, ada juga yang mendakwa ianya mungkin dilakukan oleh individu yang mempunyai masalah mental. Sehingga kini, tiada info lanjut berhubung apa yang telah terjadi.

Sumber : Surau Taman Setia Bakti

6 Tahanan Palestin Dalam Penjara Isr4el HILANG. Warden Temui “Ini” | Khalifah Media Network – Usaha yang berani oleh pejuang kemerdekaan Palestin pagi ini meloloskan diri daripada penjara penjajah.

6 Tahanan Palestin Dalam Penjara Isr4el HILANG. Warden Temui “Ini”

Enam orang tahanan Palestin yang ditahan di dalam penjara Gilboa, Israel di utara Palestin berjaya melarikan diri melalui sebuah terowong yang digali di dalam bilik air. Ini telah mengejutkan pihak berkuasa Israel yang dikatakan mempunyai sistem kawalan keselamatan penjara yang ketat.

Sebilangan besar pegawai polis, pengawal penjara dan tentera terlibat dalam perburuan enam individu terbabit.

Enam Tahanan Palestin

Pegawai penjara merumuskan bahawa enam tahanan melarikan diri melalui terowong yang menuju ke luar tembok penjara yang mereka berjaya gali sejak beberapa bulan lepas. Berita awal ada juga mengatakan mereka mengambil masa setahun untuk menggali terowong tersebut.

Baca Selanjutnya Di Sini

Share.

Leave A Reply