13 Tempat Makan Best Western Di Kuala Kubu Bharu, Selangor | Khalifah Media Networks – Ramai tak tahu ada kat mana ‘port’ makan best dan sedap kat area Kuala Kubu Bharu ni, asyik ke tempat makan yang sama saja. Tapi kat mana ya? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh kunjungi.

Di sini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Kuala Kubu Bharu ni.

1. AE CAFE

Anda dah pernah rasa masakan di AE Cafe ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri keenakan masakan Western food di sini pula. Selain itu, Restoran ini juga terkenal dengan pelbagai menu masakan lain juga. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.

Restoran ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.

Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, ada banyak lagi menu masakan yang disajikan di AE Cafe ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ini alamatnya: No.43, Jalan Kamaruddin, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor. Atau nak mudah boleh buat carian di google maps – AE Cafe. Boleh hubungi 012-381 4511 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. Dibuka dari jam 12.00 pm sehingga 10.00 pm. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/AEcafe/

2. YOUTH CAFE

Siapa sangka kat Youth Cafe ada makanan western sedap di Kuala Kubu Bharu. Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western, anda boleh lah mencuba makanan di Youth Cafe, Kuala Kubu Bharu ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?

Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja Youth Cafe ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, menu tempatan yang menarik pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat yang ada di Youth Cafe ni.

Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di Youth Cafe ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : Jalan Mat Kilau, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor, atau boleh guna waze taip jer nama Waze: Youth Cafe nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh hubungi 014-573 0274. Mula beroperasi seawal pukul 5.30 pm – 12.00 am. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/youthcafe69/

3. SUMO KITCHEN BIZBOX

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan yang best di Kuala Kubu Bharu. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata bolehlah mencuba pula masakan di restoran Sumo Kitchen BizBox. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti.

Dah try top menu mereka, Kalau belum try jom ajak mak ayah, adik kakak, kawan kawan datang try, InshaAllah pasti tak menghampakan, dah la murah, berbaloi pulak tu, takkan hanya terliur tengok gambar, jom datang singgah. Yang mana tak makan western, sini ada menu goreng dan berkuah juga. Antara top menu: Lamb Chop, Meatball, Chicken Chop dan banyak lagi.

Pelbagai menu tempatan dan western pilihan memikat dan memukau mata anda. Pasti rasa setanding dengan harga di tawarkan. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke restoran Sumo Kitchen BizBox ni.

Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : Biz Box MARA (Berhadapan TMPoint KKB) Lot 3, Jalan Dato Balai, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor. Boleh hubungi 019-264 9490 untutk pertanyaan atau tempahan. Dibuka setiap hari. Beroperasi bermula jam 3:00pm – 12:00am. Rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke Sumo Kitchen BizBox Kuala Kubu Bharu ini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/sumokitchenKKB/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Kuala Kubu Bharu ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.

Share.

Leave A Reply