Resepi Cara Buat Bubur Ayam Ala Mekdi

| December 7, 2019 | 0 Comments

Resepi Cara Buat Bubur Ayam Ala Mekdi | Assalamualaikum semua. Hari ni kami nak kongsikan resepi masakan Bubur Ayam Ala Mekdi. Bubur Ayam Mekdi sememangnya menjadi kegilaan korang semua kan? Bila korang rasa tak ada selera nak makan or rasa tak sihat mesti akan teringat Bubur Ayam Mekdi. Dah tak sihat nak keluar pi beli, apa kata buat sendiri di rumah. So hari ini kami nak kongsikan kepada korang cara-cara untuk membuat Bubur Ayam Ala Mekdi daripada khairulaming. Korang boleh buat sendiri jer dekat rumah, okay..

Bahan-bahan Buat Bubur Ayam Ala Mekdi:

  • 6 cawan air
  • 2 inci halia
  • 1 kiub pati ayam
  • Ayam
  • 1 cawan beras
  • Garam
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Cili
  • Minyak bijan

Cara Memasak Bubur Ayam Ala Mekdi:

  1. Masukkan 6 cawan air menggunakan periuk nasi. Rebus ayam sehingga empuk . Masukkan sekali dengan 2 inci halia yang telah di potong dan 1 kiub pati ayam.
  2. Kemudian, toskan ayam yang telah empuk tu tadi. Air rebusan ayam tidak perlu di buang.
  3. Masukkan beras ke dalam periuk nasi bersama dengan lebihan air rebusan ayam tadi. Pastikan beras basuh bersih ya!
  4. Masak beras tersebut sehingga kembang.
  5. Akhir sekali, masukkan sedikit garam dan kacau hingga rata.
  6. Nak lagi sedap dan nak nampak lagi menarik bubur tu, taburkan daun bawang, bawang goreng ,hirisan cili ,hirisan ayam dan sedikit minyak bijan di atas bubur tersebut.
  7. Ok da siap guys!!!

Nampak mudah dan simple jer kan cara nak masak Bubur Ayam Ala Mekdi ni. Bubur Ayam Ala Mekdi ini anda semua patut cuba. Yela bukan apa bubur ni bukan sahaja sejenis makanan untuk orang sakit, tapi sesuai untuk korang yg sihat2 juga boleh menikmatinya. Hehehe. Sedap nyum. Lembut di mulut, enak di perut. So, kami pun ada sediakan video untuk korang cara macam mana nak buat resepi daripada khairulaming ni.

Video Masakan:

View this post on Instagram

Bubur Ayam ala Mekdi 🍲 . Bahan2/Ingredients:. . 🌕6 cawan air (6 cups water) 🌕2 inci halia (2 inches ginger) 🌕1 kiub pati ayam (1 cube chicken stock) 🌕Ayam (Chicken) 🌕1 cawan beras (1 cup rice) 🌕Garam (salt) 🌕Daun bawang (scallion) 🌕Bawang goreng (fried shallots) 🌕Cili (Chilis) 🌕Minyak bijan (Sesame oil) . . . . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #foodporn #healthy #2019 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #dapurlonely #lapar #makan #bubur #buburayam #porridge #chicken

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

<

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *