Resepi Cekodok Pisang Rangup Senang Buat

| December 10, 2019 | 0 Comments

Resepi Cekodok Pisang Rangup Senang Buat | Hari ini kami terfikir nak kongsikan resepi Cekodok Pisang yang mudah, sedap dan rangup untuk dijadikan minum petang anda semua. Korang yang ada pisang lebih dekat rumah tu boleh lah ya buat Cekodok Pisang ini untuk keluarga. Anak-anak mesti suka. Lebih lagi cuaca hujan kat luar tu, perut pun lapar. Kalau buat cekodok pisang memang terbaik. Bahan-bahan pulak memamng dah ada kat rumah. Apa yang anda tunggu lagi. Anda boleh tengok resepi masakan daripada khairulaming cara-cara nak buat.

Bahan-Bahan Buat Cekodok Pisang

  • 4-6 biji pisang berangan
  • ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu tepung beras
  • 2 sudu gula
  • Garam
  • Sos caramel

Cara-cara Buat Cekodok Pisang

  1. Pertama, lenyekkan 4 biji pisang ke dalam bekas sehingga hancur.
  2. Kemudian, masukan ½ cawan tepung gandum dan 1 sudu tepung beras. Gaul adunan hingga rata.
  3. Sekiranya adunan nampak keras, tambahkan lagi pisang. Tidak perlu air ya!
  4. Masukkan 2 sudu gula dan sedikit garam. Gaul lagi.
  5. Setelah adunan menjadi sebati, panaskan minyak masak.
  6. Gunakan hujung jari untuk menggoreng adunan tersebut ke dalam minyak panas
  7. Goreng sehingga garing dan angkat.
  8. Hidangkan cekodok pisang bersama dengan sos caramel untuk menambahkan lagi kesedapan cekodok pisang.

Resepi Cekodok Pisang dah pun siap. Sekejap jer nak buat cekodok ini. Tak perlu masa yang lama nak buat. Mudah dan sedap! Lagi sedap kalau dapat hidang dengan air kopi atau teh panas waktu petang-petang ni. Lapar pulak min lepas kongsi resepi cekodok pisang nih. Haha. Ok lah korang yang nak cuba tu bolehlah tengok video masakan daripada khairulaming ni ya. Selamat mencuba

Video Cara Memasak

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *