Resepi Cara Buat Ayam Madu

| January 11, 2020 | 0 Comments

Resepi Cara Buat Ayam Madu | Assalamualaikum. Hari ni apa kata kita buat resepi cara buat Ayam Madu yang rasanya manis, crispy dan sedap ni. Resepi Ayam Madu yang sedap dan senang nak masak semestinya menjadi kegemaran anda yang suka makan ayam. Rasa dah bosankan kalau asyik masak ayam dengan cara yang sama, jadi apakata hari ni kita cuba buat satu kelainan dengan cara buat ayam madu yang sedap daripada khairulaming ni.

Bahan-bahan Buat Ayam Madu:

  • 4 ketul ayam bahagian kepak
  • 4 ketul ayam bahagian peha
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 3 sudu tepung jagung
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 sudu madu
  • 1 sudu kicap
  • ¼ cawan air
  • 2 sudu air tepung jagung
  • Sedikit garam
  • Sedikit biji bijin

Cara-cara Buat Ayam Madu:

  1. Gaulkan ayam dengan 1 sudu serbuk lada hitam
  2. Campurkan dengan sedikit garam dan 3 sudu tepung jagung. Gaul sekata semuanya.
  3. Kemudian, goreng ayam tadi dalam minyak yang panas. Goreng sehingga garing.
  4. Untuk buat sos. Gorengkan 3 ulas bawang putih yang telah dipotong kecik.
  5. Tambahkan 4 sudu madu, ¼ cawan air dan sedikit kicap. Kacau rata.
  6. Kemudian, campurkan ayam dengan sos tadi bersama.
  7. Masukkan pula 2 sudu air tepung jagung. Kacau kesemua dengan rata.
  8. Daaa siap… taburkan sedikit biji bijan atas ayam dan sedia untuk makan.

Sangat sedap dan mudah jer kan resepi cara buat Ayam Madu ni. Tak leceh pun cara nak masak. Sekali sekala kita cuba buat satu kelainan dalam masakan kita, anak-anak mesti suka. Anda yang berminat nak cuba resepi Ayam Madu ni, anda boleh tengok video memasak daripada khairulaming dibawah. Selamat mencuba.

Video Memasak:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *