Resepi Cara Buat Telur Bistik

| January 7, 2020 | 0 Comments

Resepi Cara Buat Telur Bistik | Hai assalamualaikum. Hari ni kami nak kongsikan resepi cara buat telur bistik yang mudah dan sedap. Resepi ini kami ambil daripada khairulaming. Jom lihat bahan-bahan buat resepi ni.

Bahan- bahan:

  • 1/2 biji bawang holland (1/2 onion)
  • 3 ulas bawang putih (3 cloves garlic)
  • 100g ayam (100g chicken)
  • 1/2 cawan air (1/2 cup water)
  • 2 sudu sos cili (2 tbsp chilli sauce)
  • 2 sudu sos tomato (2 tbsp ketchup)
  • 1 sudu sos tiram (1 tbsp oyster sauce)
  • Sayur Campur (mixed veggies)
  • Cili (chilli)
  • Garam (salt)

Cara-cara Masak Telur Bistik:

  1. Potong 3 ulas bawang putih dan 1/2 biji bawang holland secara kecil dan mendadu.
  2. Potong 100g ayam secara kecil dan mendadu.
  3. Tumiskan bawang holland dan bawang putih tadi dengan sedikit minyak.
  4. Masukkan ayam yang telah dipotong dadu tadi.
  5. Tuangkan 1/2 cawan air.
  6. Masukkan 2 sudu sos cili, 2 sudu sos tomato, dan 1 sudu sos tiram.
  7. Masukkan sayur campur dan cili yang telah dipotong dan sedikit garam.
  8. Hancurkan 3 biji telur ke dalam mangkuk dan kacau.
  9. Goreng telur tadi dengan sedikit minyak.
  10. Setelah siap tuangkan sos ayam tadi ke atas telur dadar.

Okay siap pun resepi telur bistik ni. Kepada anda di rumah boleh la cuba buat resepi ni sebab mudah saja untuk dibuat. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kami sediakan video di bawah untuk anda dapatkan gambaran cara masak telur bistik ni. Selamat menonton.

Video Cara Buat Telur Bistik:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming 

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *