Resepi Dorayaki Versi Bujang

| November 30, 2019 | 0 Comments

Resepi Dorayaki Versi Bujang| An! An! An! Totemo daisuki Dora…..yaki. Eh, eh ternyanyi pulak. Hihi dah lama tak tengok kartun doraemon ni, menjak-menjak dah makin meningkat dewasa ni. Dulu masa kecik-kecik tergugat tengok Doraemon ni yang asyik makan Dorayaki je sampai buat kami pun teringin nak makan dorayaki tapi mana nak cari kan. Kali terakhir makan pun sebab ada yang belanja. Haa!!! Kali ni kami nak kongsikan resepi dorayaki versi Bujang. Kenapa bujang ye? Versi Duda Janda dah berkahwin takde ke? Haha ntah la nak. Kami pun tak tahu. Apa kata korang tanya senpai khairulaming, almaklumlah ni kan resepi dia. Yosh! Jom tengok bahan-bahannya.

Bahan-bahan Buat Resepi Dorayaki:

  • 2 biji telur (2 eggs)
  • 1/4 cawan gula (1/4 cup sugar)
  • 1 sudu madu (1 tbsp honey)
  • 1/2 sudu kecil tepung penaik (1/2 teaspoon baking powder)
  • 1 cawan tepung gandum (1 cup all purpose flour)
  • 3-4 sudu susu segar (3-4 tbsp fresh milk)
  • Garam (salt)
  • Nutella

Cara Buat Resepi Dorayaki :

  1. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk.
  2. Kemudian masukkan ¼ cawan gula dan 1 sudu madu.
  3. Kacau bahan-bahan tersebut.
  4. Kemudian tambahkan ½ sudu kecil tepung penaik.
  5. Tambah 1 cawan tepung gandum dan kacau lagi.
  6. Masukkan 3 hingga 4 sudu susu segar.
  7. Tambah sedikit garam dan kacau hingga sebati.
  8. Panaskan kuali (non-stick pan) dan selaraskan ke api kecil.
  9. Tuang 1 sendok adunan tadi seperti bentuk dan dorayaki.
  10. Tunggu hingga nampak buih lubang-lubang pada permukaannya.
  11. Kemudian terbalikkan posisi dorayaki.
  12. Dah nampak keperang-perangan tu tandanya dah masak la kan.
  13. Angkat dan isikan intinya dengan Nutella dan apitkan.

Siap sudah Doraemon kita. Eh, eh Dorayaki la. Hihi Senangkan cara buat resepi dorayaki versi bujang ni. Korang bolehlah try buat. Janganla asyik makan cekodok je. Try la rasa snek Jepun pulak kan. Itadakimasu!!! Selamat mencuba. Kami sediakan video resepi di bawah untuk hiburkan korang.

 

Video Cara Buat Resepi Dorayaki Versi Bujang:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

“> Kredit: Instagram khairulaming 

Tags: , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *