Resepi Tuna Sandwich | Assalamualaikum. Hari ni ada idea ke nak buat resepi apa untuk sarapan pagi anda. Hah…. kalau anda masih tiada idea apakata kita buat Tuna Sandwich pagi ni. Resepi Tuna Sandwich yang cukup mudah, sedap, dan semestinya mengenyangkan menjadi pilihan ramai. Resepi Tuna Sandwich ni anda boleh tengok cara masakan daripada khairulaming.

Bahan-bahan Buat Tuna Sandwich:

  • 2 biji telur yang telah direbus
  • 1 tin tuna
  • 1 sudu mayonis
  • ½ tomato
  • 1/3 bawang merah
  • Sedikit lada hitam
  • Garam
  • ½ lemon
  • Roti gandum (whole wheat bread)
  • Sayur salad

Cara-cara Buat Tuna Sandwich:

  1. Hancurkan terlebih dahulu 2 biji telur rebus dalam mangkuk.
  2. Tambahkan, 1 tin tuna. Gaul bersama dengan telur tadi.
  3. Kemudian, tambahkan 1 sudu mayonis. Gaul rata
  4. Campurkan tomato dan bawang merah.
  5. Kemudian, tambahkan sedikit lada hitam, garam.
  6. Kemudian, perahkan ½ jus lemon. Kacau semua sehingga rata.
  7. Bila semuanya sudah digaul, letakkan sayur salad atas sekeping roti yang pertama.
  8. Kemudian, letakkan sebatian tuna tadi atas sayur salad.
  9. Kemudian, kapitkan kedua-dua roti tadi. Anda boleh buat dua layer juga. Terserah ya.
  10. Akhir sekali, potong sandwich kepada 2 atau 4 keping. Ikut citarasa anda cara nak potong tu ya.
  11. Siap!!!

Cukup ringkas cara penyediaan Tuna Sandwich ni kan. Hidangan sihat ni anda boleh cuba buat bila-bila masa sahaja. Hidangan ni bukan sahaja sesuai untuk  sarapan, tetapi sesuai juga dijadikan minum petang atau bekalan untuk anak-anak ke sekolah. Jadi kepada anda yang nak cuba buat resepi Tuna Sandwich ni, anda boleh tengok video masakan daripada khairulaming dibawah.  Selamat mencuba.

Video Masakan:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Share.

Leave A Reply