Resepi Wanpaku Sandwich

| November 25, 2019 | 0 Comments

Resepi Wanpaku Sandwich| Wanpaku sandwich atau Wanpaku Sando merupakan makanan sihat Jepun. Sesuai untuk orang yang mengamalkan gaya hidup sihat dan tengah berdiet. Yang penting mengenyangkan. Resepi ni dah lama viral tapi jomlah cuba buat resepi oleh khairulaming ni.

Bahan-bahan Resepi Wanpaku Sandwich:

  • Kubis Ungu
  • Sesame Dressing
  • Garam
  • Lobak merah
  • 1 ketul dada ayam
  • Tepung bestari
  • Serbuk roti
  • 2 biji telur
  • Tomato
  • Salad
  • Mayonis
  • 4 keping roti keping
  • Kertas parchment

Cara-Cara Buat Resepi Wanpaku Sandwich:

  1. Potong nipis kubis ungu dan masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Letak sesame dressing dan sedikit garam.
  3. Gaul rata.
  4. Kemudian potong nipis lobak merah.
  5. Letak dalam mangkuk dan letak sesame dressing (gaul)
  6. Rehatkan sebentar.
  7. Kemudian potong tomato dan koyakkan salad.
  8. Ambil ayam dan letakkan sedikit garam.
  9. Kemudian salutkan dengan tepung bestari (premix).
  10. Celup ayam ke dalam telur.
  11. Selepas itu, gaul ayam tersebut dengan serbuk roti.
  12. Goreng salutan ayam dengan minyak hingga garing.
  13. Kemudian goreng sebiji telur mata separuh masak.
  14. Ambil dua keping roti, sapu mayonis di sebelah atas.
  15. Susun salad, tomato, telur, ayam,
  16. Kemudian lobak merah dan kubis ungu.
  17. Letak dua keping roti yang disapu mayonis.
  18. Akhir sekali, ambil kertas parchment.
  19. Balut wanpaku sandwich seperti balut hadiah. Dah Siap!!

Kepada yang tengah diet tu guna 2 keping roti cukuplah untuk resepi ni. Selamat mencuba dan Itadakimasu!!! Kami sediakan video di bawah untuk cara buat resepi ni.

Video Cara Buat Resepi Wanpaku Sandwich:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *