Wanita Cubat Bunuh Diri Kerana Diberhentikan Kerja. | SUNGAI BULOH – Seorang wanita yang mengalami tekanan emosi akibat diberhentikan kerja cuba membunuh diri dari tingkat 32 sebuah kondominium di Damansara Sentral dekat sini semalam. Difahamkan, mangsa yang mempunyai masalah kewangan tersebut turut dihalau keluar oleh pemilik rumah selepas gagal membayar sewa biliknya. Namun, tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor tiba di lokasi kejadian berjaya memujuk mangsa yang memakan masa hampir empat jam dan menyelamatkan mangsa dari cubaan membunuh diri. Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul…
Author: Admin Soleh
Biarkan 3 Orang Anak Lemas Dalam Tangki Air. |SANA’A, YEMEN – Seorang bapa dihukum mati di hadapan khalayak menggunakan raifal AK-47 selepas didapati bersalah membunuh tiga orang anak perempuannya yang masih kecil, lapor akhbar The Sun semalam. Ali Abdullah al-Naomi didapati bersalah membunuh Rahaf, 7, Raghdad, 12 dan Malak, 14 dengan membiarkan mereka lemas di dalam sebuah tangki air akibat perselisihan faham dengan isterinya pada Jun 2019. Dia dibawa ke Dataran Tahrir di Sana’a bersama dua lelaki lain yang juga dihukum bunuh atas kesalahan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun. Selepas ditembak, mayat pesalah akan digulung di…
32 Individu Bermain Badminton Dikompaun RM 48,500.| Ketika negara diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), segala Prosedur Operasi Standard (SOP) telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk rujukan rakyat Malaysia. Namun, masih ada lagi rakyat melanggar SOP yang telah ditetapkan sehingga dikenakan kompaun. JOHOR BAHRU – Keseronokan 32 individu bermain badminton bertukar episod duka apabila dikenakan kompaun selepas didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, individu terbabit yang dikenakan kompaun berjumlah RM48,500 terdiri daripada 31 pemain dan pemilik premis. “Bertindak…
Calon Peperiksaan 2021 Diberi Keutamaan Suntikan Vaksin. | PUTRAJAYA: Pelajar kelas peperiksaan khususnya yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 akan diberi keutamaan bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. Berita itu dikongsi Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi hantaran di Facebook yang memaklumkan, cadangan tersebut dipersetujui Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) yang dipengerusikan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin. “Alhamdulillah, cadangan Kementerian Pendidikan agar pelajar kelas peperiksaan diberi keutamaan untuk divaksin telah dipersetujui CITF. “Ini adalah susulan kelulusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech untuk…
Pelik Pakaian Selalu Hilang. Akhirnya Seorang Lelaki KANTOI. | PETALING JAYA: Tindakan lelaki mencuri pakaian wanita bagi meningkatkan ransangan seksualnya mengundang padah apabila dia diberkas di sebuah Kondominium Jalan PJS 10/11A, Bandar Sunway dekat sini, kelmarin. Penahanan itu dilakukan susulan laporan yang dibuat oleh seorang wanita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling kira-kira pukul 1.50 tengah hari, pada hari sama. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, wanita terbabit membuat laporan selepas melihat suspek berlegar-legar di ruangan lif hadapan kediamannya dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 10.30 pagi. Kata beliau, wanita terbabit turut mengesyaki lelaki…
Anggota Bomba Tak Sangka Anak Sendiri Jadi Korban Kemalangan. | Bertugas sebagai seorang anggota bomba sudah pasti mempunyai cabaran yang perlu dilalui di dalam setiap kes yang mereka terima. Ini yang terjadi kepada seorang anggota bomba di England apabila dia perlu ke kes kemalangan yang melibatkan anaknya sendiri. Baca selanjutnya. LONDON – Seorang anggota bomba di England tidak menyangka panggilan tugasan ke satu lokasi kemalangan baru-baru ini adalah untuk menyaksikan mangsa ialah anaknya sendiri, lapor laman berita Metro UK. Adrian Smith, 47, tergamam ketika tiba di lokasi nahas apabila mengetahui anaknya, Ella Brooke Smith, 21, terlibat dalam kemalangan tersebut bersama…
Sebuah Bandar Di Australia Dipenuhi Sarang Labah-Labah . | VOCTORIA: Jaring sarang labah-labar besar menyelimuti pokok-pokok dan padang rumput di bandar wilayah Gippsland, wilayah Vistoria, Australia selepas berlaku banjir besar. Jaringan sarang raksasa yang lebar itu terbentuk setelah kota-kota di negara itu dilanda banjir beberapa waktu lalu. Memetik laporan The Age, sebaik sahaja banjir tamat, jutaan labah-labah turut memindahkan sarang mereka dari kawasan yang tergenang air ke pokok-pokok di kawasan kering termasuk tanaman penduduk. Maka terhasillah satu jaringan hamparan sarang labah-labah ibarat selimut sutera. Fenomena tersebut menciptakan hamparan besar yang halus yang menutupi kawasan antara kota Sale dan Longford. Pakar…
Tindakkan Pemain Bola Perancis Ini Buat Ramai Orang RESPEK. | MUNICH: Paul Pogba menjadi pemain terbaharu menimbulkan rasa tidak senang penaja Euro 2020 apabila mengalihkan botol bir Heineken yang diletakkan di depannya ketika menghadiri sidang akhbar semalam. Bintang tengah Perancis itu yang beragama Islam mengalihkan botol berkenaan ketika dibawa memasuk ke bilik akhbar selepas muncul pemain terbaik perlawanan yang menyaksikan pasukannya menewaskan Jerman 1-0. Perkara tersebut berlaku hanya sehari selepas penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo bertindak mengalihkan botol minuman Coca-Cola yang berada di depannya ketika menghadiri sidang akhbar sebelum pertemuan menentang Hungary. Tindakan Ronaldo, 36, yang amat mementingkan kesihatan, malah menjerit ‘aqua!’…
Ramai BANGGA Dan TERHARU Dengan Tindakkan Anggota APM Ini. | Kuala Lumpur: “Memikirkan kesukaran berkomunikasi dihadapi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) cacat pendengaran dan pertuturan, saya belajar cara menggunakan bahasa isyarat melalui YouTube sejak sebulan lalu,” ujar anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Nurul Syalinda Shamsuddin, 27. Ternyata inisiatif dilakukannya itu berguna apabila dia mampu menguasai bahasa isyarat dan membantu golongan warga emas dan OKU yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) di sini. Dia yang ditugaskan di PPV itu sejak 7 Jun lalu, tular di media sosial semalam, apabila turut didapati fasih berbahasa Inggeris ketika…
Rakam Menyanyi Dlm Bilik Air.Tapi ‘Benda’ Ini Yg Keluar. | Anda Suka menyanyi dalam bilir air ketika mandi? lepas tengok video Tiktok yang dirakam ini pasti selepas ini anda teragak agak nak menyanyi dalam bilik air. Berapa ramai yang ada tabiat suka menyanyi dalam bilik air? Mesti korang pun pernah kena bebel dengan mak jangan menyanyi dalam bilik air kan. Mungkin mereka larang tu ada sebabnya. Lepas dengar cerita dialami wanita yang mesra disapa Indah ni, mesti korang tak berani dah nak nyanyi dalam bilik air. Video yang diunggah di akaun TikTok @indahsyafyra ini mendapat 407.4 ribu tontonan setakat ini.…