Sehari Selepas Disuntik Vaksin. Ini Yg Mereka Rasai. Alhamdulillah! |Mesti ada yang tertanya-tanya, bagaimana keadaan petugas barisan hadapan yang menerima suntikan vaksin semalam.Mungkin ada yang ingin tahu tentang kesan dan keadaan badan selepas menerima vaksin itu. Baca selanjutnya. Putrajaya: “Alhamdulillah, saya sihat dan tiada sebarang kesan sampingan atau alahan yang diterima selepas mendapat suntikan vaksin semalam,” kata Penolong Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Khairul Asraf Mohd Yasin. Dia adalah antara petugas barisan hadapan yang terawal menerima suntikan vaksin ketika Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), di PKD Putrajaya Presint 11, semalam. Khairul berkata, disebabkan tiada sebarang kesan sampingan…
Author: Admin Soleh
Pertikai Warna Jarum Tak Sama. Ini Penjelasan KKM. | Putrajaya: Penggunaan dua jarum berbeza ketika pemberian vaksin Covid-19 kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjadi perbahasan dalam media sosial sejak semalam. Malah, ada pihak yang seolah-olah mempersoalkan adakah benar vaksin yang disuntik kepada Muhyiddin pada Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu penjelasan ringkas hari ini berkata, penggunaan dua jenis jarum itu berikutan ia mempunyai saiz berbeza untuk fungsi berlainan. Kenyataan itu menyebut, jarum yang digunakan untuk menyedut cecair vaksin dari bebuli (berwarna biru) bersaiz besar untuk memastikan pengambilan yang lancar. “Saiz jarum yang…
“Hati saya resah…” Ini Luahan Sayu Adik Muhammad Haikal Iskandar. | Semalam tular gambar-gambar seorang calon yang sedang menduduki peperiksaan SPM telah kehilangan ayahnya ketika dia sedang menjalani peperiksaan. Ambulans hospital turut membawa jenazah ayahnya ke sekolah untuk memberi peluang kepada beliau untuk melihat wajah ayahnya buat kali terakhir. Ini luahan Muhammad Haikal Iskandar . Baca selanjutnya. Kuala Kangsar: “Saya masuk 20 minit lewat ke dalam dewan peperiksaan selepas ‘bertemu’ arwah ayah, fikiran saya agak terganggu tetapi saya cuba memberi tumpuan untuk menjawab kertas Sejarah,” kata Muhammad Haikal Iskandar Zambry, 18. Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah…
Jenazah Terkeluar Dari Liang Lahad Dan Jatuh Dalam Sungai. | Insiden tanah runtuh ini terjadi di sebuah kampung. Kejadian ini berlaku pada tapak perkuburan, akibat kejadian itu, ada jenazah yang terkeluar dari liang lahad dan ada yang terjatuh dalam sungai. Baca selanjutnya. JAKARTA: Insiden tanah runtuh berlaku di sebuah tanah perkuburan di Dusun Bendungan di Desa Klodran, daerah Karanganyar sehingga menyebabkan ada jenazah yang masih berkain kafan terkeluar dari liang lahad. Lapor Tribunnews, ada sejumlah jenazah turut jatuh ke dalam sungai dan tersangkut celah runtuhan tanah. Sehingga kini, sebanyak 10 jenazah hanyut ke sungai dan 25 kubur yang tidak terjejas…
Seorang Lelaki Ditemui Tidak Bernyawa Ditindih Motosikal. | Parit Buntar: Lelaki ditemukan tidak bernyawa dalam keadaan ditindih motosikalnya selepas dipercayai terbabas ke dalam parit di Parit Haji Tahir, Batu 5 di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mazuki Mat berkata, mangsa, Mohammad Irwan Syafiq Mazlan, 24, ditemukan oleh penduduk kampung pada 12.37 tengah hari. Menurutnya, mangsa kemudiannya diangkat dan dibawa oleh orang awam ke tepi jalan. “Siasatan awal mendapati motosikal Yamaha Ego yang ditunggang mangsa dipercayai dari arah Parit Haji Tahir menghala Pekan Batu 5 dipercayai hilang kawalan dan terbabas. “Mayatnya kemudiannya dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk…
Ubah Suai Ekzos. Ini Hukuman Bagi Pesalah Yg Ditetapkan. | Kuala Lumpur: Mana-mana kenderaan yang didapati bersalah mengubahsuai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dipenjara sehingga enam bulan. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, mereka juga boleh dikenakan denda sehingga RM2,000, jika disabitkan. “Mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos (dengan penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah pada setiap masa diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik. “Ia juga perlu dipastikan tidak diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising. Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian sedemikian adalah…
Pekerja Ladang Sawit Jumpa Sesuatu Dalam Tong Ketika Sedang Kerja. | Nibong Tebal: Mayat lelaki dipercayai warga asing dalam keadaan sudah mereput ditemukan dalam sebuah tong di ladang kelapa sawit dekat Tiga Kongsi Simpang Ampat, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu daripada tukang kebun berusia 46 tahun pada 10.40 pagi tadi. “Tukang kebun itu memaklumkan kepada polis bahawa pekerjanya yang pergi membuat kerja pemotongan sawit pada 6 petang semalam terhidu bau busuk dalam sebuah tong berwarna biru. “Pekerjanya kemudian menghubunginya pada 9.03 malam dan pagi…
Tergamak Tinggalkan Emak Berkerusi Roda Di Tepi Jalan. | Seorang Emak boleh menjaga anaknya tetapi anak belum tentu lagi boleh menjaga emaknya. Ini yang terjadi kepada seorang emak, apabila ditinggalkan oleh keluarga di tepi jalan. Seorang wanita warga emas ditemui di tepi jalan dengan berkerusi roda kerana sebelah kakinya kudung. Baca selanjutnya. Shah Alam: Wanita warga emas yang kudung sebelah kaki ditemui bersendirian dengan kerusi roda di tepi jalan di Jalan Kebun dekat sini, semalam, dipercayai ditinggalkan ahli keluarga. Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung warga emas ditinggalkan di tepi jalan…
Gambar Viral Lelaki Dalam But Kereta. Ini Cerita Sebenar.| Terdahulu, viral di media sosial hari ini apabila beberapa gambar seorang lelaki yang dipercayai bersembunyi di dalam but kereta untuk merentas daerah. BUTTERWORTH: Tindakan seorang wanita yang mahu merentas daerah dengan menyembunyikan anak tirinya dalam but kereta kerana lebih dua individu dalam kenderaan tidak berjaya, apabila polis mengesan perbuatannya itu di sekatan jalan raya di Kilometer 2.4 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) di sini, petang semalam. Wanita berusia 35 tahun yang memandu kereta jenis Proton Waja melalui sekatan jalan itu jam 5 petang dan memberitahu kepada polis yang bertugas mahu ke sebuah…
Berang Ditegur. Seorang Pakcik Tendang Dan Ugut Bunuh Anggota Polis. | Petaling Jaya: Berang ditegur polis kerana berkumpul melebihi dua orang di sebuah restoran, seorang lelaki bertindak menendang dan mengugut membunuh anggota berkenaan di Taman Sri Manja di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian berlaku pada jam 9.30 malam ketika sepasukan anggota polis sedang membuat rondaan cegah jenayah. “Ketika rondaan dilakukan, sepasukan polis melihat beberapa individu berkumpul melebihi dua orang semeja di sebuah restoran dan bertindak menegur mereka. “Beberapa individu beredar namun seorang lelaki berusia 62 tahun datang ke arah anggota…