Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Lelaki Dipukul Sampai Mati Kerana Tunjuk Kemaluan. | Sulawesi: Perbuatan tidak senonoh seorang lelaki menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita yang juga keluarganya sendiri mengundang padah apabila dia dipukul sampai mati. Dalam kejadian di Tanete Riattang Timur, wilayah Bone di Sulawesi Selatan itu, lelaki terbabit mati akibat dipukul suami kepada wanita berkenaan. Unit Siasatan Jenayah Polis Bone, Ardy Yusuf mengesahkan penahanan suspek dan memaklumkan ketika kejadian, mangsa masuk ke bilik isteri suspek dalam keadaan mabuk sebelum menunjukkan kemaluannya. Katanya, isteri suspek ketakutan dan menelefon suaminya yang tiada di rumah ketika itu. “Suspek kemudian mendapatkan mangsa yang masih berada dalam rumahnya, tetapi…

Read More

Mayat Tanpa Kepala Ditemui Dalam Banglo Lama. | GOMBAK – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tanpa kepala di atas bukit berhampiran hutan tanah rizab Universiti Islam Antarabangsa Malaysia hari ini. Difahamkan, pihak polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu kira-kira pukul 11.45 pagi. Difahamkan mayat lelaki yang dipercayai sudah meninggal dunia lebih tiga hari itu ditemui dalam sebuah banglo lama kira-kira lima meter dari kaki bukit. Operasi membawa turun mayat agak sukar susulan pihak berkuasa perlu mengambil masa 30 minit untuk mendaki ke lokasi penemuan mayat. Operasi membawa turun mayat itu sedang dilakukan dengan bantuan anggota bomba dari Balai…

Read More

Bosan Suami Selalu Mabuk. Isteri Kapak Kepala Suami. | Jakarta: Bosan dengan suami yang kaki mabuk, seorang wanita di Nusa Tenggara Timur, Indonesia nekad membunuh lelaki itu dengan kapak. Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Polo, Amanuban Selatan, Timor Tengah Selatan, petang semalam, Johana Liu nekad membunuh suaminya, Anderias Nabuasa, 53. Ketua Polis Amanuban Selatan Made Sudarma Wijaya mengesahkan suspek bertindak sedemikian kerana tidak tahan melihat mangsa mabuk. Beliau berkata, suspek kerap meminta suaminya menghentikan tabiat buruknya itu namun ia tidak pernah diendahkan. Katanya, akibat kesal suaminya tidak mengendahkan permintaannya, suspek menghayun kapak ke kepala suaminya. Susulan kejadian, wanita itu…

Read More

Wanita Terjun Laut Diselamatkan . | Georgetown: Pemilik ‘Axia Kuning’ yang meninggalkan kenderaannya di bahu jalan di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) dekat sini, diselamatkan selepas dipercayai terjun ke laut. Wanita berusia 22 tahun itu diselamatkan anggota penyelamat selepas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 7.22 pagi hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, wanita berkenaan meninggalkan Perodua Axia di Kilometer (KM) 16.5 jambatan terbabit bersama pengenalan dirinya. “Anggota peronda PLUS yang bertugas juga melakukan tindakan awal dengan turun dari jambatan menggunakan tali…

Read More

Seorang Lelaki Maut Akibat Penyakit Rabies. Pernah Digigit Anjing. | PUTRAJAYA: Seorang lelaki meninggal dunia akibat penyakit rabies pada 25 November lalu, dengan sejarah pernah digigit anjing liar ketika berburu di hutan, dua tahun lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mangsa berusia 58 tahun dimasukkan ke Hospital Lundu, Sarawak, 19 November lalu, berikutan mengadu sakit dan lemah badan selama tiga hari. Katanya, lelaki itu turut mengadu sakit tekak serta mengalami kesukaran untuk makan dan minum. Beliau berkata, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 21 November lalu susulan tahap kesihatannya didapati semakin merosot.…

Read More

9 Anggota Polis Ditahan Edar Dadah Dalam Lokap. | JOHOR BAHRU: Sembilan anggota polis dan seorang awam ditangkap terbabit dalam pengedaran dadah di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada 29 November lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata sembilan anggota polis yang ditahan berusia antara 20 hingga 36 tahun termasuk seorang anggota wanita. Mereka yang berpangkat Koperal hingga Konstabel adalah penjaga lokap di IPD berkenaan manakala, orang awam yang ditahan wanita berusia 23 tahun, anak kepada salah seorang tahanan di lokap itu yang dikenali sebagai ‘Datuk Ajim’. “Penangkapan ini adalah susulan tindakan…

Read More

KEJAM. Jumpa Bayi Sedang Menangis Dlm Kawasan Semak.| | Kes pembuangan bayi ke tempat awam oleh individu yang tidak bertanggungjawab masih lagi terjadi dalam masyarakat kita. Jika masih ingat lagi, seorang bayi pernah ditemukan oleh imam di sebuah surau di Petaling Jaya baru-baru ini. Namun agak menyedihkan, bayi tersebut ditinggalkan dalam bungkusan plastik beserta sekeping nota daripada ibunya yang mendakwa ‘terpaksa’ berbuat demikian kerana tidak mampu menjaganya. Kes tersebut berjaya diadukan kepada pihak polis sebelum siasatan dijalankan. Baru-baru ini, tular satu video mengenai ‘misteri’ suara seakan-akan bayi menangis yang sayup-sayup kedengaran di dalam kawasan semak. Video tersebut dikongsikan oleh pengguna…

Read More

Seorang Bilal Meninggal Dunia Ketika Azan Subuh Berkumandang. | PORT DICKSON – Seorang bilal Masjid Kampung Baru Sri Rusa di sini rebah dan meninggal dunia di masjid berkenaan ketika azan subuh berkumandang pagi tadi. Ahmad Bahtin Khalid, 77, yang merupakan bilal dua masjid terbabit rebah ketika membetulkan sejadah. Seorang jemaah masjid, Hashim Kamarudin, 57, berkata, kejadian itu mengejutkan seramai 20 jemaah yang hadir untuk menunaikan solat Subuh. “Biasanya arwah yang akan laungkan azan. Tapi hari ini dia lambat sikit mungkin disebabkan hujan. Jadi siak ambil peranan untuk laungkan azan. “Bila arwah sampai ke dalam masjid, dia terus membetulkan sejadah di…

Read More

Mayat Seorang Pesara Ditemui Di Rumah Sewanya.| Bukit Mertajam: Misteri kehilangan seorang pesara lelaki terungkai apabila mayatnya ditemui dalam rumah disewanya di Taman Impian Alma, di sini, malam tadi. Mayat Seow Ching Yee,49 ditemui tuan rumah berkenaan pada jam 9.21 malam selepas dia mendapat panggilan dari jiran lelaki terbabit yang menyatakan terdapat individu mencari mangsa namun kelibatnya tiada selain tidak nampak penyewanya keluar beberapa hari lalu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata tuan rumah berusia 50 tahun itu kemudian bergegas ke kediaman disewa kepada lelaki terbabit untuk pemeriksaan. “Apabila sampai di sana didapati pintu…

Read More

Seorang Meninggal Dunia Disambar Petir Depan Suami. | Lombok: Seorang wanita meninggal dunia akibat disambar petir ketika mahu berteduh daripada hujan di sebuah pondok berhampiran ladang di daerah Dompu, Nusa Tenggara Barat. Lebih menyayat hati, kejadian itu berlaku di depan mata suaminya. Portal Kompas melaporkan, pada kejadian kelmarin itu, mangsa dikenali sebagai Maani dan berusia 36 tahun. Sebelum kejadian, mangsa membantu suami melakukan kerja di sebuah ladang kacang tanah. Disebabkan hujan, mereka berhenti melakukan kerja untuk berehat seketika di sebuah pondok. Difahamkan, pondok itu hanya terletak 100 meter dari ladang berkenaan. Namun, mangsa tidak bernasib naik apabila disambar petir ketika…

Read More