Seorang Lelaki Cedera Parah Ditetak 2 Lelaki. | Teluk Intan: Lelaki parah selepas diserang dan ditetak dua lelaki tidak dikenali yang dipercayai bersenjatakan parang dalam kejadian di sebuah pasar mini di Jalan Kampung Banjar di sini, semalam. Sebelum kejadian, mangsa berusia 46 tahun itu datang ke premis itu untuk membeli barang pada 8.30 pagi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, sebaik selesai membuat bayaran, mangsa yang keluar dari premis mendapati sebuah kereta Honda City berwarna kelabu berhenti berhampiran dengannya. Menurutnya, kemudian dua lelaki yang memakai pakaian berwarna gelap berserta topeng muka keluar daripada kereta itu…
Author: Admin Soleh
KEJAM. Pasangan Suami Isteri Guna Pisau, Gunting, Periuk Dera Amah. | Kuala Lumpur: Hanya kerana tidak puas hati dengan prestasi kerja, suami isteri dipercayai mendera pembantu rumahnya sehingga mangsa cedera di seluruh badan. Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar selepas orang awam membuat laporan polis pada 11 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya bersama sepasukan anggota dari Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman membuat pemeriksaan di rumah pasangan itu di Taman Batu Jinjang, di sini, pada 3 petang, semalam. “Dalam serbuan itu, kami menyelamatkan seorang wanita warga Indonesia berusia 26 tahun yang…
Sedih Jumpa Mayat Sahabat Dlm Rumah Lepas 4 Hari Tak Jumpa. | KUALA PILAH: Rasa tidak sedap hati susulan empat hari tidak bertemu sahabat karibnya membawa kepada penemuan mayat di sebuah rumah di Kampung Kabong, Inas, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, Jamaluddin Arifin, 58, terkejut apabila meninjau ke dalam rumah dan mendapati rakannya, Zainal Abidin Salleh, 52, terbaring kaku di atas lantai rumah. Menurut Jamaluddin, kali terakhir dia bertemu dengan rakannya itu adalah pada hari Jumaat lalu dan kebiasaannya pada siang hari sahabatnya itu akan membuka pintu rumah. “Pagi ini bila saya menunggang motosikal…
TERKINI. 6 Individu Disyaki Serang Anggota PGA Ditahan.| PADANG BESAR: Enam daripada 13 individu yang disyaki mendalangi serangan bersenjata api terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) hingga menyebabkan seorang terkorban awal pagi tadi, sudah ditahan pihak berkuasa. Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata dua daripada suspek terbabit ditahan oleh pasukan keselamatan Malaysia, manakala empat lagi ditahan pihak berkuasa Thailand. Beliau berkata, usaha memburu baki tujuh lagi anggota kumpulan penyerang itu sedang dijalankan pihak berkuasa kedua-dua negara. Sumber : BH KUALA LUMPUR: Insiden tembakan yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand…
Anggota PGA Maut Ditembak. Ini Arahan Terkini Menteri Dalam Negeri. | KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti penjenayah yang melakukan serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand, awal pagi Selasa. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kerajaan memandang serius kejadian itu dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutamanya kumpulan penyeludup yang melakukan aktiviti jenayah rentas sempadan. Dalam satu kenyataan yang dikongsi di Facebook Kementerian Dalam Negeri, beliau berkata berdasarkan siasatan awal, kumpulan penjenayah itu terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing.…
Lelaki ‘Salah Langkah’ Ceroboh Rumah Pegawai Polis. | KUCHING: Lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai di bawah pengaruh dadah ditahan selepas memecah masuk kediaman seorang pegawai polis di Taman Sourabaya Indah, di sini jam 3.30 pagi tadi. Suspek ditahan sendiri oleh pegawai polis berkenaan yang terjaga daripada tidur susulan bunyi mencurigakan dari arah pintu utama rumahnya. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani, berkata, pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak itu kemudiannya mendapati suspek sudah berada di dalam rumahnya. “Pegawai polis itu bertindak pantas dan berjaya menangkap suspek sebelum menghantarnya ke balai polis…
Akhirnya 2 Lelaki Diburu Polis Kes Samun Berjaya Ditahan. | KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang diburu polis sebelum ini selepas disyaki terbabit kes samun rantai emas di sebuah farmasi di Jalan Gombak, Setapak kelmarin, berjaya ditahan hari ini. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, berkata sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju dan Cawangan Risikan Jenayah (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menangkap dua suspek berusia 31 dan 40 tahun itu di lobi sebuah hotel di Jalan Pudu, di sini jam 2 pagi tadi. “Kami merampas pakaian yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian…
Sindiket Penyuludupan Disyaki Tembak Anggota PGA. | PADANG BESAR: Sindiket penyeludupan disyaki dalang serangan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini, awal pagi tadi. Seorang Anggota PGA Maut Ditembak Di Pos Sempadan. Al-fatihah. Sumber memaklumkan, tindakan pihak berkuasa Malaysia mengetatkan kawalan sempadan terutama di Perlis dan Kedah, menyebabkan kegiatan penyeludupan sukar dilakukan. Katanya, sindiket sama turut dipercayai melepaskan tembakan amaran ke arah anggota PGA yang sedang melakukan rondaan sempadan di Bukit Kayu Hitam, Kedah, 13 November lalu. “Kes (tembakan) ini ada kaitan kumpulan penyeludup, ada yang tidak puas hati kita (pasukan keselamatan) ketatkan…
Seorang Anggota PGA Maut Ditembak Di Pos Sempadan. | PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand dekat sini, maut dipercayai akibat ditembak awal pagi tadi. Dalam kejadian pada jam 3.10 pagi itu, mangsa, Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah. Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dengan mangsa yang cedera sedang dirawat dan dilaporkan kritikal. Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji yang dihubungi, mengesahkan kejadian dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa…
Seorang Wanita Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Di Sebuah Kondominium. | Georgetown: Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah kondominium di Jalan Kelawai di sini, hari ini. Wanita berusia 72 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang memberi rawatan awal selepas dipanggil ke lokasi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenainya pada 8.10 pagi. Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat. “Ketika di lokasi, didapati pintu utama dan jeriji di rumah berkenaan berkunci daripada dalam. “Berikutan mendapat maklumat…