Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Tegur Buang Air Besar Merata Jadi Punca Pembunuhan. | Palembang: Hanya kerana tidak dapat menerima teguran akibat membuang air besar merata-rata, menjadi punca pembunuhan seorang pemuda di Indonesia. Dua beradik Candra, 23, dan Calvin, 19, mengaku membunuh rakan mereka itu, Fran, 22, akibat dendam selepas mangsa tidak meminta maaf akibat keterlanjurannya menikam Candra. Dalam pengakuannya kepada polis, Candra berkata, masalah perselisihan itu timbul ketika dia dan mangsa melepak di sebuah pondok berhampiran rumah mereka di Jalan Meranti Sungai Buaya, daerah Kertapati. Katanya, dia menegur Fran yang membuang air besar sembarangan di kawasan itu, namun tegurannya itu tidak diterima mangsa. “Teguran…

Read More

Pencari Ketam Temui Mayat Terapung Di Celah Pokok Nipah. | TUMPAT: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung dalam sungai di Kampung Mentua, di sini tengah hari tadi. Mayat lelaki itu ditemui seorang pencari ketam yang hanya mahu dikenali sebagai Amir, 20, ketika turun ke sungai untuk memeriksa bubu ketam. Amir berkata, ketika berada di jeti untuk turun ke sungai kira-kira jam 12.45 tengah hari, beliau ternampak satu objek terapung di celah pokok nipah. “Objek itu kelihatan seperti badan manusia namun saya tidak begitu mengendahkannya dan naik bot menuju ke lokasi bubu ketam yang terletak kira-kira satu kilometer. “Selepas mengambil…

Read More

Berang Lembu Makan Rumput Yang Ditanam. Serang Pemilik Lembu dengan Parang. | Dungun: Seorang lelaki menyerang seorang peneroka menggunakan parang gara-gara tidak berpuas hati apabila lembu milik mangsa dikatakan memasuki kawasan tanaman rumputnya di Ketengah Jaya, di sini, semalam. Dalam kejadian 5 petang itu, mangsa berusia 62 tahun cedera di muka dan menerima lapan jahitan akibat diserang suspek berusia 60 tahun. Menurut sumber, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke kandang lembunya dengan menunggang motosikal sebelum ditahan suspek yang juga seorang peneroka. Katanya, suspek memaklumkan lembu mangsa memasuki kawasan tanaman rumput miliknya sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka. “Suspek yang…

Read More

Tegur Bunyi Bising Radio. Seorang Lelaki Cedera Ditikam. | Kota Kinabalu: Lelaki cedera ditikam dengan pisau hanya kerana menegur seorang pemuda yang membunyikan radio di kawasan Pelabuhan Sepanggar di sini, semalam. Kejadian berlaku kira-kira 2 pagi yang menyebabkan mangsa, 27, yang bekerja sebagai pembantu perkapalan cedera di belakang bahu kiri. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa sedang melepak bersama lima rakannya di kawasan berkenaan. Katanya, seorang daripada rakan mangsa kemudian mempelawa suspek berusia 20-an yang ketika itu berada di sebuah kapal untuk lepak bersama. “Suspek kemudian datang dengan membawa radio…

Read More

“Tinggal Saya Seorang, Saya Sedih”. Tun Mahathir Luah Rasa Sedih. | “TINGGAL saya seorang. Saya sedih. “Semua mereka kawan lama. Saya kesunyian.” Itu luahan rasa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di blog rasminya chedet.cc hari ini. Dalam posting terkini itu, beliau meluahkan rasa kesunyian selepas rakan-rakannya meninggal dunia. “Khalid Julong meninggal pada 18 November 2020. “Dengan pemergiannya maka tamatlah satu generasi pejuang Melayu. “Khalid, Azahari Taib, Khir Johari, Khir Pa’ Awang, Hj Taha, Chegu Senu dan lain-lain sudah tidak ada,” tulisnya lagi. Ahli Parlimen Langkawi berkata beliau dan Khalid bersama selepas tamat perang dunia. “Kami berkenalan dan berdamping…

Read More

Seorang Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Keseorangan Di Rumahnya. | JOHOR BAHRU : Warga emas yang terpisah lebih lapan bulan dengan keluarganya di Singapura ditemukan meninggal dunia keseorangan di rumahnya di Taman Pelangi di sini hari ini. Difahamkan mangsa, Er Chiang Seng, 77, tinggal seorang diri di rumah dua tingkat tersebut memandangkan keluarganya kini berada di Singapura. Menurut jiran mangsa, dia menyedari sesuatu yang tidak kena apabila mendapati pintu belakang rumah mangsa terbuka. Jirannya itu kemudian mendapati mangsa terbaring tidak sedarkan diri di dalam tandas sebelum menghubungi pihak polis dan bomba pada pukul 10.44 pagi untuk mendapatkan bantuan. Dalam pada…

Read More

Berang Ditegur. Anak Tikam Bapa Sampai Mati. | Jelebu: Berang ditegur leka bermain telefon, seorang anak sanggup membunuh bapanya dengan pisau di rumah di Simpang Pertang, 9.30 pagi, hari ini. Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, mangsa, 59, maut di tempat kejadian selepas ditikam suspek pada bahagian depan dan belakang badan. Katanya selain suspek, ibu mangsa berusia 85 turut tinggal bersama mangsa di rumah berkenaan. “Siasatan awal, ibu mangsa sebelum itu keluar berjumpa saudaranya berhampiran rumah dan tinggal mangsa bersama suspek sebelum berlaku pertengkaran. “Mangsa dipercayai memukul belakang suspek dengan kerusi plastik sebelum suspek menikam mangsa dengan…

Read More

Seorang Lelaki Warga Emas Usia 85 Tahun Dipijak Dan Disamun.| Kuala Selangor: Lelaki warga emas bukan hanya disamun, malah dipijak seorang remaja dalam kejadian di Kampung Bukit Kuching Tengah, Jeram, di sini, semalam. Dalam kejadian 2 petang itu, mangsa berusia 85 tahun yang tinggal bersendirian sedang berada di ruang tamu sebelum didatangi suspek berusia 17 tahun. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, suspek yang tidak dikenali terus menyerang mangsa dengan memijak badannya. “Suspek menghunus pisau ke arah mangsa supaya tidak menjerit sebelum menggeledah rumah dan mengambil telefon bimbit milik mangsa serta melarikan diri melalui pintu dapur,” katanya…

Read More

Maki Dan Cekik Anggota Polis. Ini Hukuman Mahkamah Buat Seorang Penganggur. | Petaling Jaya: Seorang penganggur dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku salah mencekik leher dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis, 11 November lalu. Majistret Mohamed Ikhwan Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu selepas Ahmad Rosli Ahmad Kamsah, 49, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan ke atasnya. Mengikut pertuduhan pertama, Ahmad Rosli didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan Koperal Mohamed Nor Fitri Zainurin dengan mencekik lehernya mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit…

Read More

Lepas 2 Hari Tak Pulang Rumah Akhirnya Ditemui Dlm Hutan. | Jeli: Selepas dua hari hilang, seorang lelaki warga emas ditemukan selamat dalam hutan di Bukit Pasir Berdang, di sini, pada 9.45 pagi hari ini. Mangsa, Ismail Awang Kecik, 83, ditemui pasukan penyelamat bersama penduduk kampung dalam keadaan agak lemah dan berkaki ayam dengan sedikit kecederaan di kedua-dua kaki. Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, laporan kehilangan mangsa dibuat ahli keluarga malam Ahad lalu selepas menyedari warga emas itu tidak pulang ke rumah. “Misi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan sejak pagi semalam membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM),…

Read More