Mak Ayah Suspek Datang Melawat Kelurga Arwah. | KUALA TERENGGANU- “Ya, memang mereka (keluarga suspek) ada ziarah kami di rumah keluarga di Beladau Kepong, Serada di sini pagi tadi,” demikian kata Ismail Muda, 58, bapa mangsa pembunuhan kejam, Allahyarham Siti Nur Surya Ismail. Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai tujuan dan apa yang dibualkan dengan keluarga suspek sepanjang tempoh ziarah itu dan hanya berkata, beliau serahkan semuanya kepada pihak berkuasa bagi menyelesaikan kes tersebut. “Ya, memang mak dengan ayah dia ada datang jumpa kami, tetapi cukup saya mengesahkan kedatangan mereka ke rumah. “Saya tidak mahu ulas panjang-panjang, sebab kes ini…
Author: Admin Soleh
Ini Keadaan Terkini Keluarga Arwah Nur Surya. | KUALA TERENGGANU: Keluarga Allahyarham Siti Nur Surya Ismail, 19, menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia di atas sokongan moral dan mendoakan kesihatan ibu remaja terbabit yang menghidap kanser otak tahap tiga. Bapa Allahyarhamah mangsa pembunuhan kejam, Ismail Muda, 58, berkata sokongan moral dan doa rakyat Malaysia sama ada yang dizahirkan secara terus atau media sosial membuatkan keluarga berkenaan terharu di atas keprihatinan masyarakat terhadap keluarga mereka. “Berkat doa pelbagai pihak, keluarga saya kini semakin kuat untuk menerima ketentuan yang sudah ditetapkan Allah terhadap arwah anaknya walaupun ia pahit untuk ditelan.…
Ini Luahan Ibu Suspek Kes Bunuh Arwah Nur Surya. | HULU TERENGGANU – “Saya akan terus berdoa kakak tidak salah dan naluri ibu tetap menyatakan kakak tidak salah walaupun satu dunia kata dia salah” demikian luah ibu kepada suspek bunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, yang ditemui mati dengan kesan tetakan di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu Ahad lalu. Ibu kepada dua anak ini berkata, anak sulung yang mesra dipanggil kakak merupakan anak harapannya dan sangat memahami kemiskinan hidup yang dihadapi mereka sekeluarga selama ini. Beliau yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, kakak memang anak yang sangat baik kerana…
Kes Bunuh : Tak Sanggup Cerita Hal Sebenar Kepada Isteri. | KUALA TERENGGANU – Walaupun pemergian Siti Nur Surya Ismail, 19, yang ditemui mati dengan kesan tetakan di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu sudah lima hari berlalu, namun keluarga mangsa masih tidak mampu menceritakan hal sebenar kepada ibunya, Zaini Muda, 54. Ismail Muda, 58, berkata, beliau memang tidak sanggup lagi hendak menceritakan kejadian sebenar menimpa anaknya kepada isteri setiap kali ditanya ke mana Allahyarham. “Memang isteri melihat jenazah arwah buat kali terakhir sebelum dikebumikan tetapi disebabkan faktor kesihatannya, dia cepat lupa dan selalu bertanya di mana kakak (arwah). “Jadi,…
Masih Ingat Kubur Berdarah Di Alor Setar? Ini Puncanya. | ALOR SETAR: Polis mengesahkan cecair merah ditemui di Tanah Perkuburan Masjid Al Irfan, Derga di sini, September lalu, ialah cecair campuran dan bukannya darah. Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata hasil ujian mendapati cecair itu dicampur dengan bahan berminyak seolah-olah darah. Hasanuddin berkata, perbuatan meletak cecair seperti darah itu berkemungkinan dilakukan individu nakal. “Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan kerana ini kerja mereka yang nakal. “Kes ini dianggap selesai dan kebetulan tanah perkuburan itu masih baharu menyebabkan ia mendap,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Kedah…
Jumpa Bayi Bertali Pusat Dihurung Semut Dalam Semak. | Seorang bayi lelaki yang masih berdarah ditemui di kawasan semak di Jalan Sidang Hassan Bukit Katil. Bayi lelaki yang dipercayai dibuang dan dihurung semut dan masih berdarah itu ditemui oleh seorang wanita di kawasan semak di Jalan Sidang Hassan Bukit Katil. Yuszida Hashim, 40, berkata, bayi yang masih bertali pusat ditemui sekumpulan kanak-kanak berbasikal di kawasan berhampiran semak terbabit sebelum dia kebetulan melalui jalan itu dengan menunggang motosikal kira-kira jam 3 petang. Menurutnya, dia segera mengangkat bayi yang dibalut dengan sehelai baju berwarna hitam yang hampir menutup mukanya, lalu memeluk bayi…
Pulang Ke Kampung Mengakibatkan 4 Positif Covid-19. | Kota Bharu: Kepulangan seorang wanita dari Selangor ke kampung halaman baru-baru ini mengakibatkan empat jangkitan baru kes Covid-19 di Kelantan termasuk bayi perempuan berusia 22 hari. Selain bayi yang juga anak saudara wanita berkenaan, tiga mangsa lain adalah neneknya berusia 75 tahun, ibu serta adik kepada wanita berkenaan. Difahamkan, wanita itu pulang ke kampung di Kuala Balah, Jeli bersama seorang rakannya pada Oktober lalu sebelum kembali ke Selangor sebelum disahkan positif Covid-19. Sepanjang di kampung, wanita berkenaan sempat bertemu neneknya sebelum pulang ke Selangor. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini…
Wanita Pakai Gelang Kuarantin Ke Pasar Pagi. | GEORGETOWN: Suasana di pekarangan pasar Sri Aman, Relau di sini pagi tadi kecoh dengan kehadiran seorang wanita yang memakai gelang merah jambu Covid-19 memasuki ke kawasan itu. Kelibat wanita memakai baju lengan panjang berwarna hitam itu dipercayai disedari anggota pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut yang bertugas menjalankan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, pasar berkenaan. Tindakan pantas anggota terbabit berjaya menghalang wanita yang datang seorang diri itu daripada memasuki ke kawasan perniagaan tersebut. Difahamkan, wanita tersebut kini dalam tempoh kuarantin oleh Kementerian Kesihatan (KKM) selama dua minggu membabitkan kes Kluster…
Lepas 1 Tahun Sakit Tekak Akhirnya Terjawab Bila Doktor Temui Lintah Dalam Kerongkong. | Sakit tekak dialami seorang budak lelaki dari Yunnan, China sejak lebih setahun yang lalu akhirnya terjawab apabila seekor lintah ditemui di dalam kerongkongnya. Daily Star melaporkan haiwan berukuran 2.8 inci (kira-kira 5.3 sentimeter (sm) itu berjaya dikeluarkan menerusi pembedahan di sebuah hospital. Rakaman di bilik pembedahan menunjukkan doktor dan kakitangan perubatan memasukkan alat khas ke tekak mangsa yang berusia lima tahun. Kejayaan itu sekali gus menghilangkan masalah budak lelaki itu yang sebelum ini sering mengalami sakit tekak, sukar bernafas dan kuat berdengkur ketika tidur. Doktor bertugas…
Suspek Dedah Punca Dia Bunuh Kawan Baiknya Kepada Polis. | HULU TERENGGANU – Tidak berpuas hati disebabkan kata mengata dan sindir menyindir sebelum ini dipercayai menjadi punca suspek nekad membunuh rakan sekolahnya dalam kejadian di Kampung Lubok Batu, Telemong di sini. Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, suspek membuat pendedahan motif kejadian itu semasa tampil ke Balai Polis Telemong di sini bagi membantu siasatan pada peringkat awal dengan ditemani ibunya, kira-kira jam 7.30 pagi semalam. Beliau berkata, suspek memaklumkan kononnya mangsa sering mengejek tentang kehidupan keluarganya yang miskin kerana ibunya hanya seorang tukang cuci dan…