6 Kluster Baharu Covid-19 Dilaporkan Hari Ini. | PUTRAJAYA, 13 Okt – Sebanyak enam kluster baharu penularan COVID-19 dikesan pada hari ini, umum Kementerian Kesihatan (KKM). Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham berkata, daripada enam kluster tersebut, empat dikesan di Sabah, satu di Pulau Pinang dan satu di Selangor. Kluster Semarak dikesan di Tawau, kes indeks iaitu kes ke-12,200 adalah hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober lalu. Kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Seterusnya Kluster Bena di Beaufort, Sabah. Kes indeks iaitu kes ke-15,575 dikesan positif hasil saringan di Hospital Sipitang pada 10 Oktober dan…
Author: Admin Soleh
Pesakit Covid-19 Miang. Jururawat Buat Laporan Polis. | Melaka: Seorang jururawat di Hospital Melaka mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki warga emas yang sedang mendapatkan rawatan Covid-19 di hospital itu, Sabtu lalu. Mangsa berusia 29 tahun itu, dikatakan diganggu lelaki ‘miang’ berusia 60 tahun itu ketika sedang menguruskan pesakit terbabit di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 5.45 petang. Warga emas terbabit dikatakan mengeluarkan perkataan berbaur lucah ketika jururawat berkenaan sedang melakukan prosedur rawatan terhadapnya. Susulan itu, jururawat wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku ke atas dirinya. Salinan laporan polis…
KEJAM. Bayi 8 Bulan Ditemui Mati Dalam Keadaan Menyayat Hati. | Bachok: Bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati termasuk badan dilumur garam dipercayai dibunuh bapa kandung menggunakan objek tumpul dalam kejadian di Kampung Sungai Dua, Bachok, pagi tadi. Kematian Wan Mohamad Afiq Wan Roslan dipercayai dilakukan bapa mangsa yang mengalami masalah gangguan mental. Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, pihaknya mengetahui kejadian selepas sepupu suspek berusia 50-an datang membuat aduan berhubung kematian bayi itu pada jam 11.30 pagi tadi. Katanya, pengadu memaklumkan suspek menghubunginya supaya melihat keadaan anak tunggalnya dan sebaik tiba…
Polis Temui Mayat Wanita Bersama Bayi Di Sebuah Pondok. | Batu Gajah: Mayat wanita warga Indonesia dipercayai meninggal dunia semasa bersalin ditemukan bersama bayi lelaki yang masih bernyawa di sisinya, di sebuah pondok di Jalan Parit, Kampung Piandang, Pusing di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mayat Yanti Abas, 35, bersama seorang bayi lelaki yang masih bernyawa ditemukan orang awam sebelum memaklumkannya kepada Balai Polis Pusing pada kira-kira 6.35 petang. Katanya, semasa tiba di lokasi, polis menemukan mayat wanita itu yang ditutup menggunakan selimut dipercayai sudah lima jam meninggal dunia bersama bayi…
KEJAM. 5 Lelaki Perk0sa Seorang Murid Tahun 6. | DUNGUN: Polis menahan lima lelaki yang disyaki memperkosa murid Tahun Enam, di FELDA Ketengah Jaya, 29 September lalu. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata suspek yang berusia 16 hingga 23 tahun itu ditahan awal pagi tadi susulan laporan dibuat mangsa. Baharudin berkata, dalam kejadian jam 9 malam, 29 September lalu, mangsa dikatakan menunggang motosikal bersendirian untuk mengambil ibunya yang berniaga di pasar malam, tidak jauh dari rumah. “Dalam perjalanan itu, mangsa ditahan dua suspek yang seorang daripadanya dikenali mangsa, sebelum mengajaknya ke tempat yang sunyi. “Sebaik tiba di tempat…
KEJAM. Bunuh Dan Sumbat Mayat Dalam Beg Pakaian. Akhirnya 2 Suspek Ditangkap. | SIBU: Dua suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita yang ditemui dalam beg pakaian tepi Jalan Aman dekat sini, awal pagi semalam ditahan polis kurang lapan jam selepas penemuan mangsa. Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, berkata kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki dan wanita warga tempatan masing-masing berusia 38 tahun, ditahan di sebuah rumah di Jalan Tong Sang pada jam 2.30 petang semalam. Terdahulu, polis menemui mayat wanita dalam beg pakaian di tepi Jalan Aman dekat sini jam 6.45 pagi semalam hasil…
Terpaksa Jual Rumah Sebab Jiran Selalu Menyanyi Kuat. | THAILAND: Seorang ibu dan anak perempuannya di wilayah tengah Nonthaburi terpaksa untuk menjual rumah mereka dalam usaha untuk menjauhkan diri daripada jiran mereka. Diketahui bahawa, ibu tersebut yang dikenali sebagai Somthop berusia 50 tahun dan anaknya, Kanchana berusia 25 tahun berbuat demikian kerana kehidupan seharian mereka terganggu dengan nyanyian daripada jiran mereka. Jiran mereka lelaki berusia 41 tahun, menjalankan perniagaan makanan dari rumahnya, tetapi ketika dia tidak mempunyai pelanggan, dia suka bernyanyi dan bermain gitarnya. Dia mengatakan bahawa muzik membuatnya gembira dan mendakwa tidak ada jiran lain yang mengeluh, sambil menambah…
SEBAK. Video Ibu Wakil Arwah Anak Ke Majlis Konvokesyen . |Melihat anak sendiri merangkul segulung ijazah di atas pentas dalam majlis konvokesyen adalah detik paling berharga bagi semua ibu-bapa. Namun, saat-saat itu tidak dapat dirasai oleh seorang ibu ini apabila anaknya yang bakal bergraduasi itu telah ‘pergi’ meninggalkannya terlebih dahulu. Begitulah kejadian seperti dalam rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini, di mana seorang ibu tampil ke majlis konvokesyen anaknya di Universitas Wiraldora, Wilayah Indramayu. Agak menyentuh hati, gelagat si ibu itu datang dengan membawa gambar potret anaknya, Radja Adam Dzagwan yang telah meninggal dunia sebelum itu, dipercayai…
Pelik. Remaja Perempuan Ini Menangis Keluar Air Mata Darah. | BRAZIL: Seorang remaja perempuan mengeluarkan air mata darah ketika dia menangis. Remaja tersebut berusia 15 tahun dan dikenali sebagai Doris. Kejadian itu menyebabkan para doktor keliru tentang penyakit yang sedang dialami olehnya sehinggakan mengeluarkan darah ketika menangis. Pada 12 September, Doris mengadu kepada ibunya bahawa dia sedang sakit, lalu membawa Doris ke hospital terdekat di Sao Paolo. Dia mengadu berada sakit di bahagian perut ketika itu dan selepas diperiksa oleh doktor, Doris mampunyai penyakit batu karang. Pada keesokan harinya, Doris telah dibawa ke hospital kerana darah telah keluar daripada matanya.…
Kecewa Dengan Menteri Kesihatan Indonesia. Tindakkan Pengacara Ini Buat Ramai TERKEJUT. | Sikap membisu Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto dalam menangani pandemik COVID-19 di republik itu membuatkan pengacara terkenal rancangan Mata Najwa, Najwa Shihab mengambil keputusan menemu bual sebuah kerusi kosong. Tindakan Najwa itu dikatakan kerana beliau dan pihak produksi Mata Najwa kecewa dengan Terawan yang berkali-kali menolak undangan untuk muncul dalam rancangan tersebut. Mata Najwa edisi ‘Menanti Terawan’ itu telah mendapat lebih 3 juta tontonan. Ketika menemu bual kerusi kosong itu, Najwa secara sinis mengatakan menteri kesihatan Indonesia itu merupakan yang paling low profile dalam menangani pandemik COVID-19.…