Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

KEJAM!. Ibu Dan Anak Cincang Seorang Lelaki 22 Bahagian. | NEW DELHI – Seorang ibu dan anaknya ditahan polis New Delhi selepas membunuh suami sendiri dengan memotong badan dan menyimpan dalam peti sejuk sebelum melupuskannya, lapor agensi berita Sputnik. Mangsa, Anhan Das adalah penduduk di perkampungan Pandav Nagar dan menetap bersama isterinya, Poonam serta anak tirinya, Deepak. Polis menahan kedua-dua suspek selepas menjumpai beberapa bahagian badan termasuk dua tangan, dua paha, tengkorak dan lengan di kawasan Trilokpuri, Kalyanpuri dan Pandav Nagar. Identiti mangsa dikenal pasti selepas polis menjalankan siasatan dengan melihat kamera litar tertutup (CCTV) menyaksikan ibu dan anaknya bergerak…

Read More

11 Ahli Keluarga Hilang Sekelip Mata Terkorban Akibat Gempa Bumi. | Jakarta: Enjot sedang mengembala lembunya di bukit berhampiran rumahnya apabila bumi bergegar. Gempa bumi bermagnitud 5.6 mengorbankan sekurang-kurangnya 268 orang, termasuk 11 ahli keluarga Enjot. Kakak iparnya dan dua anaknya cedera, antara ratusan yang cedera dalam gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, Isnin lalu. Kini, Enjot melawat ahli keluarga yang terlantar di hospital dan cuba membina semula kehidupannya yang hancur. “Hidup saya tiba-tiba berubah,” kata Enjot, 45, yang menggunakan satu nama seperti kebanyakan rakyat Indonesia. “Saya perlu hidup dengannya mulai sekarang,” katanya. Pusat gempa terletak di selatan kampung halaman…

Read More

Seorang Lelaki M@ut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Mengecas Telefon. | Port Dickson: Pekebun pekerja sayur warga Bangladesh ditemui meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika sedang mengecas telefon bimbit. Mangsa, Md Abdul, 40-an, ditemui penyelia selepas cuba memanggilnya kerana masih tidak kelihatan bekerja di ladang sayur tidak jauh dari rumah. Menurut jiran mangsa, Ajarah Maarof, 59, dia dimaklumkan penyelia ladang sayur keadaan mangsa yang dipercayai pengsan di lantai rumah. “Saya lihat keadaan dia agak parah di dada dengan kesan melecur dipercayai terkena renjatan elektrik. “Saya terus menghubungi pasukan bomba dan penyelamat serta polis. Pegawai perubatan yang turut datang mengesahkan mangsa…

Read More

Seorang M@ut Dalam Letupan Paip Gas Di Sarawak. | LAWAS: Letupan paip gas Petronas di jajaran Long Ugui ke Long Sukang di sini menyebabkan seorang maut, manakala tiga lagi melecur. Mangsa yang maut merupakan pemandu jentera jengkaut warganegara Indonesia manakala tiga yang cedera adalah warga tempatan. Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Sila Kadong ketika mengesahkan kejadian berkata, insiden dipercayai berlaku sekitar jam 2.10 petang. “Mangsa pertama berada di dalam jengkaut, dan jarak dia dengan tiga mangsa lain sekitar 200 meter,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu. Siasatan awal mendapati, pihaknya tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada kebocoran paip. Sementara…

Read More

Seorang Ibu Terkejut Anaknya Tingkatan 2 Lahirkan Anak . | Baling: Rahsia seorang remaja perempuan yang sarat mengandung terbongkar apabila dia mengadu sukar membuang air besar kepada ibunya ketika berada di rumah mereka di sebuah kampung di sini, semalam. Dalam kejadian 4.30 petang itu, remaja terbabit yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah dibawa ibunya ke Hospital Baling namun wanita berusia 40-an itu terkejut apabila doktor memberitahu anaknya mengandung dan bakal melahirkan anak. Selepas dua jam dimasukkan ke hospital, doktor memaklumkan kepada ibunya yang remaja perempuan terbabit disahkan selamat melahirkan bayi perempuan cukup sifat. Menurut sumber, ibu pelajar berkenaan…

Read More

Seorang Kanak-Kanak Perempuan ‘Bermandikan’ Telur. | PETALING JAYA – Tindakan seorang kanak-kanak perempuan yang bermandikan lebih seratus biji telur ayam yang dipecahkan olehnya bikin orang ramai ‘pening’. Perkongsian video melalui akaun TikTok @rais_murtabak_kadok yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut menyaksikan aksi riang anak perempuannya memecahkan lebih seratus biji telur yang akan digunakan bagi membuat murtabak untuk dijual . Bagaimanapun, ibu kepada kanak-kanak perempuan tersebut menzahirkan rasa reda di ruang kapsyen dengan menulis ‘anak oh anak, sabar sahajalah, telur sudah menjadi bubur’. Sejurus video itu telah tular, majoriti besar orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah memahami perasaan sang ibu tersebut apatah…

Read More

BKM 4 HARAM Diterima Rakyat – Tun Mahathir. | MELAKA: Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertikaikan kuasa yang ada kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri caretaker, selepas Naib Presiden UMNO itu meluluskan peruntukan RM2.1 bilion bagi pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 yang diterima rakyat mulai esok. Bekas Perdana Menteri itu berkata, memandangkan kerajaan Persekutuan yang mentadbir negara selepas pembubaran Dewan Rakyat adalah sebuah kerajaan caretaker, Ismail Sabri tidak boleh meluluskan sebarang peruntukan kerana ia perlu mendapat kelulusan Parlimen. Tegasnya, oleh itu bayaran BKM berkenaan haram diterima rakyat kerana tidak sah dan…

Read More

3 M@ut Dalam Kebakaran Sebuah Banglo Di Sarawak. | KUCHING: “Pohon maaf sekiranya ada salah silap,” menjadi status pelik yang ditulis Aneeqa Affandi sekitar jam 2 pagi beberapa hari lalu, bagaikan petanda dia akan pergi selama-lamanya malam tadi. Aneeqa, 35 tahun, yang bekerja sebagai penyambut tetamu di salah sebuah hotel butik di bandar raya ini maut dipercayai lemas setelah rumahnya terbakar dalam kejadian di Jalan Bunga Tongkeng, Kampung Gita di sini. Turut maut, bapanya, Affandi Keli, 68 tahun, bekas Setiausaha Tetap di beberapa kementerian di negeri ini, termasuk Kementerian Perumahan yang ketika itu diterajui Tan Sri Abang Johari Tun Openg.…

Read More

Seorang Suri Rumah Ditemui Mati Tergantung Pada Kipas. | SEREMBAN – Seorang suri rumah ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas di sebuah rumah di Taman Semaya Iringan Bayu di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 8.05 pagi itu, mangsa seorang wanita berusia 25 tahun ditemui tergantung di kipas dalam keadaan tidak sedarkan. “Pihak polis telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan polis yang daripada suami mangsa. “Mangsa seorang suri rumah sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut…

Read More

Bayi Lelaki Dihempap Pokok Ru Ketika Berkelah Meninggal Dunia. | MELAKA – Bayi lelaki berusia setahun lima bulan yang dihempap pokok ru bersama ibunya dilaporkan meninggal dunia setelah lebih enam jam bertarung nyawa di Hospital Melaka di sini, pada Ahad. Perkara itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Puteri, Tuminah Kadi bahawa Muhammad Zahfran Ilman Mohd Syazawan telah meninggal dunia. Menurutnya, beliau dihubungi pihak hospital pada jam 1.30 pagi yang memaklumkan berita sedih tersebut dan berharap ibu bapa serta keluarga mangsa tabah dengan dugaan itu. “Adik Muhammad Zafran Ilman Mohd Syazwan, mangsa dihempap pokok telah kembali kepada sang penciptanya…

Read More