Tinggalkan Ibu Di Rumah Jagaan Orang Tua Lepas Bawa Bersiar. | Kita selalu mendengar berita atau kisah ibu bapa yang dibuang oleh anak mereka sendiri. Ada yang sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah jagaan orang tua walaupun si anak mampu untuk menguruskan ibu bapa mereka sendiri. Ini yang terjadi kepada seorang ibu di indonesia apabila anak-anak bertindak menghantar ibu mereka ke rumah orang tua dan mengumpan untuk bersiar-siar sebelum ditinggalkan. Baca selanjutnya. MALANG: Seorang ibu boleh membesarkan seramai 10 anak, namun, 10 anak belum tentu dapat membela seorang wanita bergelar ibu. Itu adalah kenyataan pahit yang terpaksa ditelan oleh…
Author: Admin Soleh
Dua Lelaki Meninggal Dunia Ketika Selamatkan Ibu Yang Lemas. | GERIK – Dua lelaki lemas ketika menyelamatkan wanita kesayangan mereka yang lemas di Sungai Air Beruk, Kampung Padang Stang di sini pada Selasa. Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, Abdul Rahman Ramli, 26, dan abang iparnya, Ahmad Asymuni Idris, 42, ditemukan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama ibu, adik-beradik dan anak saudara pergi ke sungai itu untuk mandi. Menurutnya, polis dimaklumkan semasa mandi, ibu mangsa hampir lemas menyebabkan mangsa cuba untuk menyelamatkan. “Wanita itu dapat diselamatkan, tetapi…
Seorang Guru Tadika Maut Digilis Lori Dalam Kemalangan. | KEMAMAN – Seorang guru tadika wanita maut selepas motosikal dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan lain dipercayai lori di Kilometer 152, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhadapan Masjid Sultan Ahmad, Chukai di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Qurratu Aini Mohd Azlan, 22, maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, motosikal dinaiki Nur Qurratu Aini dipercayai bergesel dengan sebuah lori sebelum dia terjatuh ke atas jalan raya. “Mangsa kemudiannya dipercayai digilis hingga maut oleh lori berkenaan.…
Selepas Mahkamah Jatuhkan Hukuman. Ini Luahan Bapa Arwah Zulfarhan. | KUALA LUMPUR – “Saya sudah maafkan mereka”. Itu luahan ayah pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain. Zulkarnain Idros, 57, berkata, meskipun berat untuk dia memaafkan dan sukar melupakan apa yang telah berlaku, beliau menghormati namun segala keputusan yang telah ditetapkan pihak mahkamah. “Saya maafkan kesemua mereka…,” katanya ketika ditemui lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas keputusan kes itu di sini sebentar tadi. Bagaimanapun menurut Zulkarnain apa yang membuatkan beliau terkilan tertuduh dan keluarga tidak datang berjumpanya ataupun untuk meminta maaf. “Keluarga tertuduh mahupun tertuduh langsung tidak datang…
Datuk Nenek Bersama Seorang Cucu Maut Dlm Kemalangan. | KLUANG: Seorang cucu bersama datuk dan neneknya maut selepas Perodua Alza dinaiki mereka bertembung lori pasir di Jalan Johor Kampung Pinggir, di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi. Mangsa yang maut ialah pemandu kereta iaitu Izzah Shahirah Sahri, 22, dan datuknya, Md. Salleh Kosran, 75, serta neneknya, Miskina Naining, 70. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Fauzi Md. Nor berkata, ketiga-tiga mereka dikatakan dalam perjalanan mengambil ubat di Simpang Renggam. “Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian…
Kelantan Mula Laksana Undang-Undang Syariah Hari Ini. | KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan akan mula melaksanakan undang-undang Islam di negeri ini dengan menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 pada Isnin. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pelaksanaan enakmen itu dibuat selepas mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. “Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 telah memilih kaedah pelaksanaan hukuman retributif (hukuman setimpal dengan kesalahan) dan restoratif (hukuman bersifat pemulihan) untuk memulih dan memberi kesedaran kepada pesalah syariah,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penerangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 secara dalam talian menerusi laman…
Lelaki Didenda RM10k Akibat Hina Tokoh Agama Dan Pemimpin. | KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur didenda RM10,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah menghantar komunikasi jelik serta menghina tokoh agama dan pemimpin menerusi Facebook. Tertuduh, Ahmad Farhan Mohd, 39, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman. Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara sedar menggunakan kemudahan rangkaian Facebook Farhan Hazard untuk membuat penghantaran komen kepada Group Facebook Gabungan Anak Terengganu dengan niat untuk menyakitkan hati dan mengganggu. Dia dituduh melakukan perbuatan itu kira-kira jam 5 petang pada 20 November…
Bekas Ketua Kampung Cabut Puluhan Tiang Elektrik. Ini Puncanya. | JAKARTA – Sebuah video yang menunjukkan aksi seorang bekas ketua kampung yang mencabut puluhan tiang elektrik menjadi tular di media sosial, lapor laman berita Suara.com semalam. Menerusi video yang dimuat naik akaun Instagram @memomedsos, lelaki itu dipercayai berbuat demikian kerana berang apabila kalah dalam pilihan raya ketua kampung di wilayah Jawa Tengah. “Puluhan tiang elektrik dicabut selepas bekas ketua kampung kalah dalam pilihan raya. “Penduduk Desa Guwo, Pati, Jawa Tengah dikejutkan dengan perkara itu, dipercayai kerana bekas ketua kampung kalah pada pilihan raya yang diadakan April lalu,” demikian keterangan yang…
Video Tular Suami Isteri Mengamuk. Ini Puncanya. | PETALING JAYA – Seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah kawasan perumahan didakwa dimarahi dengan kata-kata kesat oleh seorang lelaki akibat menolak untuk menjaga anak mereka. Dipercayai lelaki tersebut berang kerana pengawal keselamatan di kawasan itu tidak menjaga anaknya yang ditinggalkan di pos pengawal keselamatan kerana meronda kawasan perumahan itu. Menerusi perkongsian video oleh @Dobetter4Malaysia di laman sosial Facebook semalam, lelaki tersebut didakwa bertindak sedemikian kerana disebabkan kecuaian sendiri yang meninggalkan anaknya di pos keselamatan. Berdasarkan video berdurasi 2 minit 16 saat di Facebook, lelaki tersebut memaki hamun dan bertindak mengugut untuk…
PKR & BN Disaman Langgar SOP. Ini Penjelasan Perdana Menteri. | KUALA LUMPUR: Tidak ada pihak yang kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati melanggar ketetapan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 ketika Pilihan Raya Negari (PRN) Melaka, tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurut Perdana Menteri, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dengan jelas menunjukkan perkara yang menyalahi ketetapan kerajaan dan hukuman yang boleh dikenakan. Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, undang-undang yang termaktub di negara ini meliputi semua pihak termasuk individu. “Tidak ada sesiapa yang kebal dari segi undang-undang, Akta 342 jelas dari segi…