Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Ini Punca Petugas Kesihatan Meninggal Dunia Dan Pengsan Dlm Ambulans. | PORT DICKSON: Tiga petugas Klinik Kesihatan Bukit Pelandok, Chuah dekat sini yang tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Port Dickson dekat sini, disahkan keracunan gas karbon monoksida di dalam ruang kabin ambulans yang dinaiki mereka. Pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba, Mohammad Idris berkata, gas tersebut dikesan pihaknya dalam pemeriksaan dan ujian secara statik dan perjalanan terhadap ambulans tersebut. Ujar beliau, ujian menggunakan alat pengesanan gas dalam tempoh 10 minit perjalanan menggunakan kenderaan tersebut mendapati bacaan kandungan gas karbon monoksida yang tinggi…

Read More

Seorang Petugas Kesihatan Maut Dan 3 Orang Lagi Pengsan Dlm Ambulans. | PORT DICKSON – Seorang petugas kesihatan Klinik Kesihatan Bukit Pelandok di sini meninggal dunia manakala tiga lagi didapati pengsan di dalam ambulans yang tiba di Hospital Port Dickson dekat sini, pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mangsa yang meninggal dunia merupakan lelaki berusia 29 tahun manakala tiga lagi lelaki yang tidak sedarkan diri berusia 30-an. Menurut beliau, bomba pada awalnya menerima maklumat berlaku kebocoran gas di Klinik Kesihatan berkenaan pada jam 9.30 pagi. “Seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan…

Read More

Tular Awan Berbentuk Kalimah Allah. | JAKARTA – Satu video yang memaparkan penampakan awan yang membentuk kalimah Allah menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com semalam. Awan tersebut dikesan di langit Situbundo, Jawa Timur semalam. “Petang ini (semalam) satu awan yang menyerupai kalimah Allah kelihatan di langit Situbondo dan menjadi tular di kumpulan media sosial,” demikian keterangan yang dimuat naik bersama video awan itu. Perakam video itu kelihatan berada di pinggir sebatang jalan raya ketika merakam fenomena itu. “Semoga ini petanda baik menjelang perayaan Hari Raya Aidiladha, segera sembuh Bumiku,” tulis keterangan tambahan pada video itu. Netizen yang menonton…

Read More

Cubaan Rentas Negeri. 3 Lelaki Menyorok Dalam Bonet. | TELUK INTAN: Cubaan tiga lelaki warga Indonesia merentas negeri dengan menyorok di bahagian bonet sebuah kereta gagal, apabila dikesan pihak berkuasa semasa pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 30, Jalan Feri dekat Hutan Melintang, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, warga asing berusia 18, 32 dan 36 tahun ditahan bersama pemandu kereta sewa iaitu lelaki warga tempatan berusia 36 tahun. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kereta jenis Perodua Bezza yang dalam perjalanan menghala Hutan Melintang itu ditahan selepas didapati berada…

Read More

Seorang Lelaki Cedera Ditikam Ketika Cuba Leraikan Pergaduhan. | JOHOR BAHRU: Seorang pemuzik yang tinggal di Kuala Lumpur dan pulang ke sini untuk menziarahi bapanya yang meninggal dunia kelmarin cedera ditikam ketika cuba meleraikan pergaduhan antara jirannya. Niat baik mangsa itu bertukar tragedi apabila dia ditikam di bahagian perut dalam kejadian yang berlaku di Permas Jaya, di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 1.15 petang itu, mangsa, Ahmad Nadzir Sabtu, 50, cedera pada bahagian perut setelah ditikam suspek yang merupakan jiran bersebelahan dengan rumah adiknya, Farahzila, 42. Difahamkan, mangsa yang merupakan seorang pemuzik yang tinggal di Kuala Lumpur pulang ke…

Read More

Lelaki “Drakula” Hisap Darah Kanak-Kanak Sebelum Membunuh. | NAIROBI, KENYA – Polis Kenya memberkas lelaki ‘drakula’ yang dilaporkan menghisap darah kanak-kanak sebelum membunuh mereka dalam siri pembunuhan kejam sebelum ini, lapor akhbar New York Post baru-baru ini. Masten Milimo Wanjala, 20, ditahan Rabu lepas kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan dua kanak-kanak yang mana mayat mereka ditemui di sebuah kawasan hutan dekat Nairobi. Selepas disoal siasat, Wanjala mengaku dia juga bertanggungjawab terhadap pembunuhan sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak dan remaja lain. “Dalam pengakuan demi pengakuan yang didedahkan, suspek menceritakan secara terperinci bagaimana dia menghisap darah semua mangsa menggunakan rahang giginya sebelum…

Read More

Berang Barisan Dipotong. Seorang Pemandu Teksi Langgar Teksi Lain. | Gara-gara berang barisan dipotong, seorang pemandu teksi nekad melanggar beberapa buah teksi lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah hari ini. Menurut satu hantaran yang tular di laman sosial Facebook, pemandu itu dikatakan bergaduh dengan seorang pemandu teksi sebelum memasuki kenderaannya dan melanggar sebuah teksi. Sejurus keluar dari teksinya, dia pitam seketika sebelum bangun semula dan melanggar beberapa buah teksi lain. Menurut pengguna Facebook, Ahmad Zahir, tekanan perasaan yang dihadapi pemandu berkenaan menyebabkan dia mengambil tindakan tersebut. “Sudahlah kehilangan pelanggan akibat Covid-19, barisan pula kena potong dengan teksi lain.…

Read More

Bomoh Tawar Khidmat ‘Sedut’ Covid Dalam Badan. | JAKARTA – Perbuatan dua bomoh Indonesia yang menawarkan khidmat ‘menyedut Covid-19’ dari badan pesakit menimbulkan kemarahan netizen, lapor Suara.com, semalam. Bomoh dikenali sebagai Masudin dan Samian itu dikenali sebagai ahli terapi yang kononnya mampu menyedut keluar virus pesakit sekali gus menyembuhkannya. Rakaman video yang menunjukkan Samian menyedut nafas pesakit Covid-19 itu tular di media sosial hingga menjadi tajuk berita sebuah stesen televisyen di Taiwan. Ketika ditemui di kediamannya, Samian berkata dia berada dalam keadaan sihat selepas melakukan perbuatan sedutan Covid-19 itu. “Saya sihat walafiat dan belum ada tanda-tanda dijangkiti Covid-19. Apa yang…

Read More

13 Orang Maut Selepas Trak Bawa Minyak Petrol Terbakar. | NAIROBI: Seramai 13 orang maut dan beberapa lagi kritikal dengan kesan bakar selepas sebuah trak membawa muatan petrol yang terbabit dalam kemalangan di Malanga, meletup. Kejadian berlaku ketika orang ramai cuba mengambil limpahan petrol yang bocor daripada trak terbabit. Pihak berkuasa memaklumkan trak berkenaan pada mulanya bertembung dengan sebuah kenderaan lain mengakibatkannya terbalik. Orang ramai yang berada berhampiran kawasan kemalangan kemudiannya bergegas bersama tong minyak untuk mengambil limpahan petrol yang bocor. Seorang penduduk, Jack Odhiambo, berkata dia dikejutkan dengan letupan yang kuat sebelum menyaksikan api marak dan beberapa orang terbakar.…

Read More

“Jaga SOP Saya Sudah Kehilangan Isteri Dan Anak Kerana Covid”. | SUNGAI PETANI: “Saya minta orang ramai jagalah prosedur operasi standard (SOP) kerana saya sudah kehilangan isteri dan anak kerana COVID-19. Kasihanilah anak, isteri dan suami masing-masing serta duduklah di rumah,” kata Mohd Fadli Abd Wahab, 35. Mohd Fadli berkata, isterinya Umaisarah Azmi, 25, yang hamil tujuh bulan disahkan meninggal dunia jam 1.25 tengah hari semalam selepas dijangkiti COVID-19 dan anak dalam kandungannya juga gagal diselamatkan. Isterinya meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) selepas mengadu sesak nafas dan sakit kepala teruk. “Isteri tidak pernah menghidap penyakit…

Read More