Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Kerajaan Setuju Kaji Cadangan Pengeluaran Akaun 1 KWSP | Kerajaan bersetuju untuk mengkaji saranan pengeluaran simpanan dalam Akaun 1 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) bagi membantu rakyat yang berdepan kesusahan dan benar-benar memerlukan. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara membabitkan KWSP sememangnya isu panas yang dibangkitkan pelbagai pihak dan kumpulan yang meminta kerajaan menimbangkan supaya pencarum KWSP boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beberapa hari lalu. “Belanjawan 2021 nanti ada bantuan yang kerajaan akan sampaikan. Jika ia dianggap memadai, tidak perlu mengeluarkan…

Read More

Covid 19. Kerajaan Umum SOP Baharu Dalam Tempoh Terdekat | Kuala Lumpur: Perubahan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan diumumkan kerajaan dalam tempoh terdekat. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ketika ini SOP itu sudah dibentangkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam sidang khas yang dipengerusikan Perdana Menteri, namun ia tidak diumumkan sekiranya ada perkara yang akan menimbulkan kekeliruan masyarakat. “MKN sudah bentang (SOP baharu), tetapi kita minta mereka kemaskan kembali cadangan itu kerana kita tidak mahu berlaku kekeliruan di dalam masyarakat yang akan menyusahkan rakyat…

Read More

Buang Kubah Masjid, Tindakan China Dikritik | Beijing – China membuat tindakan membuang kubah dan elemen perhiasan dari semua masjid di negara itu baru-baru ini. Langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha Beijing untuk menguburkan identiti Islam, demikian menurut laporan akhbar The Telegraph. Masjid Nanguan di bandar Yinchuan iaitu ibu negeri wilayah Ningxia. Yang popular dengan kubah berwarna hijau cerah dan hiasan keemasan antara sasaran gerakan tersebut. Beberapa gambar yang dikongsi oleh Timbalan Ketua Misi United Kingdom (UK) di China, Cristina Scott menunjukkan semua perhiasan dan warna asal masjid itu dibuang atau di­padamkan. Hanya papan tanda dengan tulisan Masjid Nanguan dalam…

Read More

Kerajaan Bekukan Program Malaysia Rumah Keduaku | Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dicadang dibekukan sementara bagi memberi ruang Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta agensi berkaitan untuk mengkaji serta menilai semula secara komprehensif selepas ia dilancarkan pada 2002. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pembekuan berkenaan selari dengan keputusan kerajaan yang masih belum membenarkan warga asing masuk ke Malaysia susulan Covid-19. Katanya, syarat, insentif dan perbandingan dengan program luar negara yang setara dengan MM2H merupakan antara perkara yang bakal diteliti dalam kajian berkenaan menyebabkan MOTAC selaku penyelaras tidak dapat meneruskan proses permohonan baharu. “Hal ini mengambil…

Read More

Tak Guna Wang Sejak 36 Tahun, Cara Lelaki Ini Berbelanja Pasti Ramai Tak Sangka | Tokyo: Kedengaran seakan mustahil tetapi seorang lelaki dari Jepun mampu meneruskan hidupnya tanpa menggunakan wang tunai sejak 36 tahun lalu apabila hanya berbelanja dengan baucar terkumpul. World of Buzz melaporkan, Kiriya Hiroshi, 71, melakukannya dengan cara membuat pelaburan saham di ratusan syarikat sejak berusia 35 tahun. Di pasaran saham Jepun, terdapat sistem yang membolehkan pelabur menerima baucar sebagai ganjaran hasil pelaburan dibuat. Kiriya mengumpul baucar yang diperolehnya itu untuk membeli pelbagai keperluan seperti beras, minyak, pakaian, kasut atau makan di restoran. Dompetnya juga tidak diisi dengan…

Read More

Jika Pilihan Raya Diadakan, Ini 3 Larangan KKM | PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan tiga larangan yang perlu diberi perhatian dan perlu dilaksanakan jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat, bagi mengawal penularan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia adalah larangan rentas sempadan atau pulang ke kampung; tidak boleh berkempen rumah ke rumah serta tidak boleh mengadakan perhimpunan beramai-ramai. “KKM menyarankan sebaik-baiknya pilihan raya tidak dijalankan dalam masa terdekat tetapi jika diadakan perlu mematuhi tiga larangan berkenaan,” katanya pada sidang media harian di pejabat KKM, di sini, hari ini. Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)…

Read More

Isu Hina Nabi SAW. Ini Tindakan Drastik Menteri Agama Malaysia | Susulan tindakan Charlie Hebdo  yang mahu menerbitkan semula karikatur Nabi Muhammad SAW. Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mewakili kerajaan Malaysia dan umat Islam di negara ini menulis surat kepada Kedutaan Perancis berhubung hal berkenaan. “Saya telah menulis surat khusus berhubung peristiwa terkait karikatur Nabi Muhammad ﷺ oleh Charlie Hebdo, kepada Tuan Yang Terutama Duta Perancis di Malaysia. “Surat ini akan dihantar hari ini kepada Kedutaan Perancis.” “Bersempena dengan bulan Rabi’ul Awwal yang juga bulan kelahiran Rasulullah SAW. Saya hadiahkan…

Read More

Covid-19: PKPB Di Labuan Mulai Lusa Hingga 30 Oktober | Putrajaya: Labuan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula lusa hingga 30 Oktober ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di Wilayah Persekutuan itu sejak akhir-akhir ini. Katanya, perkara itu diputuskan pada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), hari ini. Justeru seperti di Selangor, beliau berkata, semua sektor dan aktiviti berkaitan ekonomi dibenarkan beroperasi seperti biasa, termasuk industri perkilangan dan perkapalan. “Pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan, namun mereka yang ada kecemasan ataupun pekerja boleh mendapatkan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).…

Read More

Yahoo Tutup Operasi Pada Disember | Kuala Lumpur: Yahoo Groups iaitu salah satu segmen milik laman web Yahoo akan menutup operasinya pada 15 Disember depan apabila platform berkenaan dilihat tidak lagi relevan terutamanya penurunan jumlah pengunjung sejak beberapa tahun lalu. Sehingga kini, hanya emel milik Yahoo saja yang masih berfungsi namun perkhidmatan itu juga akan dihentikan pada Disember depan. Ia juga salah satu perancangan strategik oleh syarikat telekomunikasi terkemuka, Verizon yang melakukan membeli laman web Yahoo pada 2017 dan pengumuman untuk penutup Yahoo Groups berkenaan dihantar menerusi emel awal pagi ini kepada semua pengguna. Pengumuman berkenaan menandakan berakhirnya perkhidmatan mesej…

Read More

Antibodi Merosot Selepas Pulih, Bekas Pesakit Covid-19 Dimohon Tampil Bantu Kajian | Kuala Lumpur: Bekas pesakit Covid-19 diperlukan bagi membantu kajian mengenai tindak balas antibodi neutralisasi dalam kalangan pesakit Covid-19 di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, laporan kajian yang dijalankan sebelum ini mendapati antibodi pesakit yang sudah pulih merosot dan hanya bertahan selama tiga bulan. “Kajian yang dilakukan kepada satu kumpulan daripada Kluster Sungai Lui mendapati antibodi pesakit semakin berkurangan selepas lapan minggu. “Jadi kita perlukan lebih ramai pesakit tampil ke depan supaya kita dapat menggunakan darah mereka untuk melihat kepada kekalan…

Read More