(Video) Youtuber Terkenal Bawa Anak Yatim Shopping Raya | Seorang youtuber terkenal Malaysia ini begitu dikenali disebabkan oleh kemurahan hatinya yang sering memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Kali ini, youtuber ini telah melakukan satu lagi kebaikan bersama dengan para pelajar dari sebuah rumah anak yatim di Selangor. Youtuber terkenal yang dikenali sebagai Isa Isarb bersama dengan rakan-rakan dan krewnya telah membawa sekumpulan anak yatim dari Rumah Anak Yatim Kuala Langat untuk membeli persiapan raya mereka buat lebaran yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi. Berdasarkan video yang dimuatnaik di youtube itu, dapat dilihat segala perancangan telah dilakukan dengan teliti…
Author: Miss Alin
Kertas Siasatan Kes Neelofa Dan Suami Rentas Negeri, Di Peringkat Akhir | Pihak polis kini sedang membuka kertas siasatan berhubung selebriti sensasi, Neelofa Binti Mohd Nor serta suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar prosedur standard operasi (SOP) selepas dia dilihat merentas negeri bagi membeli karpet berdekatan Nilai 3, di sini, baru-baru ini. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohammad Mat Yusop menerusi Sinar Harian, kertas siasatan kini berada di peringkat akhir dan ia sedang dirujuk kepada pendakwa raya namun terdapat beberapa tindakan yang perlu diambil bagi pihak polis memperkemaskan lagi siasatan berhubung isu tersebut. Tambahnya lagi, pihak polis…
Terselamat Dari Kemalangan, Lelaki Dirikan Solat Dan Sujud Syukur | Kemalangan jalan raya merupakan salah satu perkara yang ditakuti ramai. Hal ini kerana ia boleh mengakibatkan kita mengalami kecederaan yang teruk bahkan mampu untuk membuat kita terbunuh. Oleh itu, kita perlu sentiasa bersedia dan berdoa supaya sepanjang perjalanan kita tidak ditimpakan sesuatu yang buruk. Seperti kejadian kemalangan yang melibatkan seorang lelaki di negara Turki yang menjadi bualan hangat pengguna media sosial. Berdasarkan foto-foto yang tular, kemalangan itu dipercayai berlaku di wilayah Aydin, bertempat di satu kawasan jalan raya yang berbukit dan agak sepi daripada tumpuan awam, manakala mangsa pula melibatkan…
Video Janda Berebut Anak Dengan Bekas Suami Buat Ramai Sedih | Tiada siapa yang inginkan masjid yang dibina berakhir di pertengahan jalan. Namun tiada siapa mampu melawan suratan takdir sama seperti wanita ini yang telah bercerai dengan suaminya. Tetapi perpisahan itu tidak berakhir dengan baik buat dirinya. Sebagai seorang ibu yang mengkandungkan zuriatnya selama 9 bulan dan menahan operitnya melahirkan semestinya ingin sentiasa ada bersama dengan anaknya. Namun setelah berpisah dengan bekas suami, wanita yang telah bergelar janda ini tidak diberikan peluang untuk bertemu dengan anaknya sendiri oleh bekas suami. Berdasarkan sebuah video, dapat dilihat wanita itu membawa anaknya masuk…
Pemilik Dan Pelanggan Di Pusat Hiburan Dikompaun RM470,000 | Terdapat segelintir antara rakyat di negara ini yang mengambil ringan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang telah dilaksanakan sejak awal penularan wabak Covid-19 lagi. Kuala Lumpur: Baru-baru ini pihak polis telah mengeluarkan kompaun yang berjumlah RM470,000 kepada 90 individu termasuk pemilik pusat hiburan pada awal pagi tadi, kerana disyaki melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Dalam pada itu, seramai 51 lelaki dan 39 wanita telah dikenakan kompaun itu dalam serbuan yang dilakukan oleh 35 pegawai polis di sebuah pusat hiburan, dekat Jalan Kia Peng, di sini. Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah…
“Tiada Sambutan Aidilfitri Di Mesir”, Ujar Mostafa Madbouli | Mesir dilaporkan tidak akan menyambut perayaan aidilfitri selain pusat membeli belah serta restoran berikutan arahan penutupan oleh Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouli yang bermula sejak semalam dan ditutup bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negara tersebut. Mesir kini dikatakan sedang berdepan gelombang ketiga Pandemik Covid-19 serta menggesa supaya orang awam terutamanya rakyat Mesir untuk sentiasa mengikuti garis panduan kesihatan serta segera mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin. Kes Covid-19 bagi negara Mesir telah merekodkan hampir 232,000 kes positif dan telah mencatatkan sebanyak 13,000 kematian selain menyifatkan negara tersebut sedang berada dalam tahap…
Pengantin Lelaki Tidak Tahu Sifir 2, Wanita Nekad Batalkan Perkahwinan | Hari perkahwinan merupakan hari yang bahagia untuk semua pasangan pengantin baru namun berbeza buat pasangan ini apabila pengantin wanita bertekad untuk membatalkan perkahwinan bersama pasangannya selepas pengantin lelaki terbabit tidak tahu sifir 2. Mungkin kedengaran tidak logik namun kejadian ini benar-benar berlaku di India di mana pengantin wanita meminta pengantin lelaki untuk menjawab soalan matematik yang mudah namun ia gagal dijawab oleh pihak lelaki. Pengantin perempuan melakukan tindakan itu kerana merasa curiga dengan kelayakan pendidikan pengantin lelaki. Pada ketika itu,dia meminta pengantin lelaki untuk membacakan sifir 2 tetapi gagal…
Kedai Mamak Di New Zealand Milik Anak Jati Kedah | Sebuah kedai mamak telah dibuka di New Zealand pada April lalu dan kini menjadi buruan pelanggan yang tercari-cari makanan malaysia seperti nasi lemak dan roti canai. Menurut Robin Annadas, dia bukanlah seorang tukang masak malahan apa yang dipelajari selama membesar di Kedah adalah menjadi seorang tukang gunting rambut. Dia telah tertarik minat dengan seni menggunting rambut sejak berusia 16 tahun dan kini mempunyai kedai gunting, Cut & Style di Auckland. Selain daripada perniagaan kedai guntingnya, perniagaan makanan iaitu kedai mamak miliknya turut menjadi bualan. Kedai mamak yang terletak di Three…
Tiga Lelaki Dikompaun Kerana Langgar SOP PKPD | Ketika pandemik, rakyat Malaysia dihimpit dengan pelbagai peraturan yang ketat sehingga tidak boleh merentas negeri tetapi kebanyakan orang ramai tidak berani melanggar peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Namun, sebaliknya yang berlaku apabila terdapat tiga lelaki yang berani melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan. Raub: Tiga lelaki yang memakai gelang merah jambu, termasuk dua warga emas, telah dikenakan kompaun kerana mengingkari peraturan kuarantin di rumah dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), di sini, semalam. Malah dalam insiden antara jam 12.30 tengah hari hingga…
Pilu! Beri Bantuan Pernafasan Keatas Mayat Ibu Akibat Covid-19 | Covid-19 telah banyak meragut nyawa-nyawa yang tidak bersalah di dunia dan ramai juga yang telah menjadi mangsa akibat dijangkiti wabak berbahaya ini. India menjadi antara negara yang telah terjejas teruk akibat pandemik tersebut selepas tular satu gambar di media sosial mengenai kisah seorang anak yang memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada ibunya yang dijangkiti Covid-19 di New Delhi, baru-baru ini. Kisah pilu tersebut dikatakan berlaku di sebuah hospital berdekatan Uttar Pradesh apabila dilihat seorang wanita memberikan bantuan pernafasan kepada ibunya yang dikatakan sudah tidak bernyawa lagi. Wanita tersebut dilaporkan melakukannya bagi…