Author: Miss Alin

Misteri Mumia ‘Paderi Mesir’ Terjawab, Milik Perempuan Hamil |  Mumia yang disangka selama ini adalah milik seorang paderi di Mesir terjawab selepas ia disahkan adalah kepunyaan seorang wanita hamil yang berada pada trimester ketiga menurut seorang Saintis Poland, baru-baru ini. Sainstis yang dikenali sebagai Marzena Ozarek-Szilke, iaitu seorang ahli antropologi di Warsaw Mummy Project telah menemui sesuatu seperti kaki kecil ketika memeriksa pelvis mumia tersebut semasa melakukan imbasan CT di Muzium Nasional. Tambahnya, selepas menyedari sesuatu yang aneh, dia telah memanggil suaminya yang juga seorang ahli arkeologi yang turut terlibat dalam projek tersebut untuk melakukan pemeriksaan dan mengesahkan bahawa ia…

Read More

Polis Tambah Sekatan Jalan Raya Di Laluan Tikus | Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan beberapa kawasan di Kedah telah pun dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selaras dengan arahan itu pihak polis Seberang Perai Utara(SPU) akan  menambah sekatan jalan raya untuk memastikan tiada siapa dapat merentas negeri untuk memasuki kawasan Pulau Mutiara itu melalui laluan tikus. Kepala Batas: Polis telah menambah sekatan jalan raya bergerak di empat lokasi laluan tikus yang bersempadan dengan negeri Kedah untuk memastikan orang ramai tidak merentas negeri berikutan beberapa daerah di negeri itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten…

Read More

Lebih 200 Saman Dikeluarkan Kepada 156 Penunggang Motosikal | Kebelakangan ini jadi riuh-rendah kembali mengenai motosikal yang diubahsuai apabila pihak berkuasa seperti Polis Trafik dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) memaklumkan akan mengambil tindakan serta melakukan operasi bagi mengekang atau mengenalpasti mereka yang melakukan modifikasi berlebihan terhadap motosikal yang digunakan di atas jalan raya. Kuantan: Lebih 200 saman telah dikeluarkan kepada 156 penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan yang dilakukan mereka dalam satu operasi khas yang dijalankan di Tanjung Lumpur di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata bertindak atas maklumat yang diberikan oleh…

Read More

Akibat Dendam, Lelaki Sanggup Bakar Kereta Bekas Isteri | Akibat dendam yang menguasai diri, akal fikiran semestinya akan dipengaruhi oleh rasa amarah dan tidak lagi mampu untuk berfikiran dengan waras. Itulah yang terjadi pada seorang lelaki yang berdendam dengan bekas isterinya. Akibat rasa dendam yang menebal dalam diri seorang lelaki terhadap bekas isterinya, lelaki dari Thailand itu telah bertindak nekad dengan membakar kereta milik bekas isterinya. Ketika itu kereta itu dinaiki oleh bekas isteri dan kekasih baharu wanita itu. Sebelum kejadia itu berlaku, suspek yang dikenali sebagai Niwat Chankaew telah terlihat kenderaan pikap milik bekas isterinya terletak di sebuah stesen…

Read More

Gagal Pastikan Penjarakan Fizikal Pengunjung Punca Penganjur Bazar Aidilfitri Dikompaun RM20,000 | Penganjur kepada bazar  Aidilfitri Kubang Menerong dilaporkan telah dikompaun oleh pihak berkuasa selepas membenarkan lebih 400 pengunjung memasuki bazar tersebut sehingga gagal memastikan penjarakan fizikal, di sini, baru-baru ini. Pemeriksaan oleh polis Seberang Perai Utara telah mengambil tindakan tegas selepas mendapati bazar tersebut tidak memenuhi syarat penjarakan sosial yang ditetapkan dan dilihat padat kerana melebihi kapasti pengunjung yang dibenarkan. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor menerusi laporan Astro Awani, meskipun mereka mendapati pihak penganjur mengikuti prosedur operasi standard yang ditetapkan dengan menyediakan…

Read More

Tular Video Budak 12 Tahun Pandu Treler | Isu remaja bawah umur bukanlah lagi sesuatu yang asing, malah turut pernah berlaku dalam negara ini sendiri beberapa tahun lalu. Namun kini lebih menggemparkan apabila tular satu video seorang kanak-kanak memandu treler. Kanak-kanak itu telah menjadi perhatian orang ramai apabila dia telah memandu sebuah treler di tengah lebuh raya. Berdasarkan video yang telah tular itu, didapati kanak-kanak itu dengan selamba memandu treler itu di Tol Cikampek menuju ke Tasikmalaya. Ketua Perhubungan Awam Satuan Kewilayahan Kepolisian Daerah (Polda) Metro Jaya Yusri Yunus mengesahkan bahawa kejadian itu telah berlaku pada bulan April tahun lalu.…

Read More

Taktik Lelaki Campur Ganja Dalam Kek Akhirnya Terbongkar | Isu pengedaran dadah bukanlah satu isu baru yang kita dengar malah saban hari kita disajikan dengan pelbagai tipu helah yang dilakukan oleh pengedar untuk memastikan ‘kerja’ mereka berjalan lancar. Namun, malang buat lelaki ini apabila taktik kotornya yang mencampurkan ganja di dalam kek akhirnya terbongkar selepas ditahan dalam satu Biro Narkotik Pusat (CNB), Singapura. Menurut Biro berkenaan, Lelaki yang berusia 38 tahun itu ditangkap di kawasan Upper Cross Street pada Rabu lalu. Suspek  kemudiannya dibawa ke tempat persembunyiannya di kawasan yang sama, dan anggota CNB merampas lima bungkus berisi sekitar 36…

Read More

Permainan Video Punca Wanita Hamil Dipukul Suami | Kes keganasan rumah tangga melibatkan sepasang suami isteri telah berlaku di sini selepas seorang isteri yang dilaporkan sedang hamil dua bulan itu dikatakan telah dipukul suaminya gara-gara tidak memberikan telefon mudah alih untuk bermain permainan video di  daerah Simeulue, Aceh, baru-baru ini. Mangsa yang dikenali sebagai AD,21, telah dipukul suaminya RY,24, selepas dia dilaporkan telah menghalang permintaan suaminya untuk bermain permainan yang dikenali sebagai ‘Higgs Domino’ di rumah mereka dan mangsa turut mengalami kecederaan di paha kiri akibat dipukul suaminya menurut laporan Tribunnews. Selepas kejadian tersebut, mangsa didakwa telah pergi ke balai…

Read More

Kes Semakin Meningkat, Wad Biasa Jadi Katil Rawatan Kritikal | Penularan wabak Covid-19 yang kembali meningkat sejak beberapa hari yang lepas telah membimbangkan rakyat di negara ini sekaligus telah menyebabkan wad biasa di hospital sekitar Lembah Klang dijadikan sebagai katil rawatan kritikal bagi pesakit Covid-19. Kuala Lumpur: Sebanyak 80 katil rawatan kritikal telahpun diwujudkan secara ‘repurposed’ di hospital sekitar Lembah Klang bagi memenuhi keperluan peningkatan jumlah pesakit Covid-19 yang kritikal. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah katil itu akan ditambah mengikut keperluan di wad biasa bersesuaian yang telah ditukar fungsinya kepada katil kritikal. Menerusi posting…

Read More

India Catat Lebih 3,000 Kes Kematian Sehari Angkara Covid-19 | Tsunami Covid-19 yang melanda India seolah tidak nampak jalan penghujung apabila ia mencatatkan kematian tertinggi sekaligus menyebabkan peningkatan angka kematian dunia. New Delhi: India merekodkan kes kematian sebanyak 3,650 akibat dari Covid-19 hari ini, ia mencatatkan peningkatan sebanyak 350 kes berbanding hari sebelumnya, menurut Kementerian Kesihatan. Angka terbaharu itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 204,832, walaupun kebanyakkan pakar mengesyaki jumlah sebenar kematian adalah lebih tinggi. Negara berkenaan berdepan gelombang jangkitan baharu dengan hampir 380,000 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam. Malah, India merekodkan tambahan lebih enam juta kes…

Read More