Author: Miss Alin

Bapa kepada salah seorang pemain bola tampar yang ditampar jurulatih memohon netizen menghentikan segala kecaman terhadap individu itu. Juruteknik kilang, Abd Halim Bakar, 50, berkata, apa yang berlaku mungkin sedikit kesilapan jurulatih berkenaan namun mengakui tamparan yang dilakukan tidak sehingga mendatangkan kecederaan kepada anaknya yang berusia 14 tahun. Menurutnya, malah anaknya lebih merisaukan keadaan jurulatih itu kerana telah banyak mengorbankan wang ringgit dan masa untuk memastikan sukan bola tampar terus membangun. Katanya, bukan seorang bakat anaknya yang digilap jurulatih berkenaan, malah anak yang berada di Tingkatan Empat turut diasah bakat oleh individu terbabit. “Daripada tak tahu tentang bola tampar, sampai…

Read More

Kerajaan mungkin akan menyemak semula cukai ‘dosa’ dalam Bajet 2023 yang bakal dibentangkan semula pada 24 Februari depan bagi mencari sumber kewangan tambahan berikutan tekanan daripada kenaikan perbelanjaan, termasuk pemberian subsidi. Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata kali terakhir cukai ‘dosa’ dinaikkan adalah pada 2018, apabila Pakatan Harapan (PH) semasa itu mengambil alih sebagai kerajaan baharu. Katanya, namun cukai yang dikenakan kepada sektor perjudian, minuman keras dan tembakau sudah pun tinggi, bukan hanya melalui cukai korporat sebanyak 24 peratus, tetapi juga pelbagai jenis cukai dan perlesenan. “Sebagai contoh, cukai perjudian…

Read More

Dakwaan mengatakan seorang wanita Afrika Selatan, Gosiame Sithole melahirkan 10 bayi awal bulan ini disahkan tidak benar. BBC melaporkan siasatan rasmi pihak berkuasa menemui tidak ada hospital di wilayah Gauteng merekodkan kelahiran kembar berkenaan. Ujian perubatan juga menunjukkan Sithole tidak mengandung seperti didakwanya. Wanita berusia 37 tahun itu kini ditahan di bawah akta kesihatan mental untuk pemerhatian dan rawatan. Kenyataan itu bagaimanapun tidak menghuraikan sebab-sebab di sebalik rekaan cerita itu. Independent Online (IOL), kumpulan media yang memiliki Pretoria News menjadi media pertama melaporkan kisah Sithole melahirkan kembar itu di Hospital Akademik Steve Biko (SBAH) di Pretoria, pada 7 Jun. Laporan…

Read More

Gerai roti canai popular di sini, diarah tutup berkuatkuasa hari ini sehingga 16 Januari susulan tahap kebersihan tidak memuaskan. Notis dikeluarkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut itu dilakukan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Premis terbabit turut menerima kompaun RM500 kerana gagal menghantar pekerja bagi mengambil kursus pengendalian makanan. Manakala tahap kebersihan kedai berkenaan didapati tidak memuaskan selain menggunakan telur yang terdapat najis ayam sebagai bahan bagi membuat makanan. Turut menerima kompaun RM500 ialah gerai minuman berhampiran gerai roti canai itu yang dikesan mempunyai pencemaran silang pada peti penyimpanan ais. Terdahulu, pemeriksaan dilakukan kira-kira…

Read More

Mahkamah Pakistan membebaskan seorang perogol selepas dia mengahwini mangsanya dalam satu penyelesaian yang diurus oleh majlis orang tua, kata peguamnya hari ini. Keputusan itu telah menimbulkan kemarahan aktivis hak asasi manusia, yang mengatakan ia menghalalkan keganasan seksual terhadap wanita di negara di mana majoriti kes rogol tidak dilaporkan. Dawlat Khan, 25, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada Mei oleh mahkamah rendah di daerah Buner di wilayah Khyber Pakhtunkhwa kerana merogol seorang wanita pekak. Dia dibebaskan dari penjara pada Isnin selepas Mahkamah Tinggi Peshawar menerima penyelesaian di luar mahkamah yang dipersetujui oleh keluarga mangsa rogol. Amjad Ali, peguam Khan, memberitahu AFP…

Read More

Sebanyak lapan premis makanan diarahkan tutup berikutan tahap kebersihan tidak memuaskan termasuk penemuan najis tikus dan lipas dalam Operasi Tomyam dan Premis Makanan Waktu Malam yang dijalankan baru-baru ini. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Rahilah Rahmat berkata, pemeriksaan itu dijalankan Jabatan Kesihatan Persekitaran. Menurut beliau, kesemua premis terbabit diarahkan ditutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. “MPKS mengarahkan pemilik premis melakukan pembersihan segera secara menyeluruh sebelum dibenarkan beroperasi semula,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Rahilah memberitahu, pemeriksaan mengejut yang dijalankan MPKS bertujuan memastikan premis makanan berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk dikunjungi pelanggan.…

Read More

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook melakukan pemeriksaan mengejut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia) 2 sebelum majlis pelancaran ‘Fixed Fare Midnight Flight’ anjuran AirAsia, pagi tadi. Anthony menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan pemeriksaan itu dibuat bagi melihat keadaan di hab pengangkutan awam di tingkat 1, klia2 selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai. “Pagi tadi, sebelum saya melancarkan ‘fixed fare midnight flights’ di Red Q, AirAsia, saya telah membuat spot-check di klia2. “Tujuan saya pagi ini melihat keadaan di hab pengangkutan awam di Level 1, klia2 selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai,” katanya. Menurut beliau, terdapat beberapa…

Read More

Bintang Liverpool, Mohamed Salah menerima kritikan hebat di media sosial oleh penyokong Muslim selepas dia menyiarkan foto keluarganya bersebelahan pokok Krismas. Salah yang juga seorang Muslim turut berkongsi tulisan ‘#MerryChristmas’ bersama foto itu di akaunTwitter dan Instagramnya. Pemain berusia 30 tahun itu dan keluarganya – isteri Magi dan anak mereka Makka dan Kayan berpakaian pijama dalam foto terbabit. Namun ciapan Salah tidak disenangi penyokong Muslim dengan kebanyakan kritikan dihantar dari luar United Kingdom. https://twitter.com/MoSalah/status/1606747404102995976?s=20&t=aioA74Xw3lMH-D7Zxpc5tw Seorang peminat berkata: “Saya akan berhenti mengikuti anda dan tidak menyokong Liverpool kerana anda meraikan Krismas bersama penganut agama itu.” Seorang lagi berkata: “Saya menjadi penyokong…

Read More

Menteri Kementerian Sumber Manusia (KSM), Tuan V. Sivakumar mengumumkan keputusan kementeriannya untuk menangguhkan pelaksanaan kuat kuasa Gaji Minimum RM1500 dari 1 Januari 2023 kepada 1 Julai 2023 kepada majikan yang memiliki jumlah pekerja kurang dari lima orang. Perkara ini merupakan susulan daripada Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 telah berkuatkuasa mulai 1 Mei 2022, iaitu peningkatan kadar gaji minimum kepada RM1500 sebulan untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima (5) orang pekerja atau lebih. Manakala, bagi semua majikan yang menggajikan kurang dari lima (5) orang pekerja pula telah diberi pengecualian dari pelaksanaan PGM 2022 dan berkuatkuasa pada…

Read More

Baru-baru ini, tular isu penumpang berang akibat penerbangannya ditunda dipercayai sehingga lebih kurang lapan jam tanpa diberi notis awal oleh syarikat penerbangan tersebut, Malindo Air. Video yang memaparkan situasi tegang penumpang berkenaan tular di media sosial hingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak khususnya orang awam. Ekoran daripada itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah tampil untuk memberi keterangan lanjut berkenaan isu tersebut. Menurut perkongsiannya di laman Twitter, @anthonyloke difahamkan beliau telah menghubungi pihak pengurusan syarikat penerbangan tersebut untuk tindakan selanjutnya. “Salam saudara, saya dah hubungi pengurusan Malindo Air. Mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab,” katanya…

Read More