Author: Miss Alin

Seramai 32 penternak ikan kerapu hibrid di Laguna Semerak di sini, mengalami kerugian lebih RM1 juta apabila ternakan mereka mati sejak beberapa hari lepas akibat banjir. Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Laguna Semerak Mustapa Bakar berkata kejadian dipercayai berlaku apabila air hujan (tawar) melimpah secara berlebihan ke kawasan laguna itu yang memiliki 2,100 petak sangkar ikan. Jelasnya, beribu-ribu ikan kerapu hibrid yang diternak mati setiap hari sejak beberapa hari lepas. Ikan kerapu hibrid diternak untuk pasaran Kuala Lumpur, Johor dan Singapura boleh dijual pada harga RM60 sekilogram. Mengulas lanjut, Mustapa berkata ikan berkenaan sepatutnya boleh dipasarkan pada Februari tahun depan sempena…

Read More

Isu mendakwa pengarah sensasi, Syamsul Yusof berkahwin dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar semakin bertiup kencang. Ia semakin kecoh apabila isteri Syamsul, Puteri Sarah Liyana memuat naik hantaran dalam Instagram Story (IGs) yang mendakwa suaminya berkahwin di Thailand, tetapi tidak membuat pengakuan sebenar. Jelasnya, ramai tanya Sarah pasal berita perkahwinan Syamsul dan Ira ini. Ada juga yang tidak berpuas hati. Ujarnya, sebagai isteri, wajib taat kepada suami, tetapi suka ke apabila dapat tahu mereka berkahwin di Thailand? Selepas itu, tak mengaku. “Bagaimanapun, nak saman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dah betul-betul pasti ke? Jangan terbalik pula…

Read More

Kapal membawa puluhan pelarian Rohingya mendarat di pantai dekat Aceh, Indonesia hari ini, hasil tuntutan pertubuhan kemanusiaan supaya membenarkan mereka berlabuh, selepas hanyut di laut selama sebulan. Memetik laporan agensi berita ANTARA, seramai 57 lelaki warga Rohingya tiba di pantai daerah Aceh Besar. Beberapa orang dilaporkan sakit. Portal Detik.com yang memetik kenyataan Ketua Polis Daerah, Rolly Yuiza Away, berkata kumpulan itu berehat di pantai dan pihak berkuasa belum memutuskan tindakan terhadap mereka. Etnik Rohingya melarikan diri daripada penganiayaan di negeri asal mereka, iaitu di Rakhine, Myanmar termasuk tidak tahan dengan keadaan teruk di kem pelarian di Bangladesh. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu…

Read More

Bank Pusat Argentina mempertimbangkan untuk meletakkan wajah Lionel Messi pada wang kertas not 1000 peso berikutan Argentina menjuarai Piala Dunia selepas menentang Perancis baru-baru ini. Hal ini kerana bintang bola sepak berusia 35 tahun itu telah mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama yang merangkul anugerah ‘Golden Ball’ sebanyak dua kali dalam edisi Piala Dunia. Ditambah lagi dengan pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali, malah dia dikatakan berada pada prestasi terbaik sepanjang kejohanan tersebut yang berlangsung pada musim Piala Dunia ini. Disebabkan jasanya kepada Argentina yang mempunyai pengaruh besar, Bank Pusat negara itu mempertimbangkan untuk memberi penghormatan kepada Messi dengan cara luar…

Read More

MAIS Minta Guna SOSMA, POTA Kekang Ajaran ‘Millah Abraham’ | Khalifah Media Networks – Ajaran ‘Millah Abraham@Ibrahim’ yang difatwakan sebagai sesat. Bukan hanya licik dan mengancam keselamatan negara, malah memberi implikasi kepada sifat taksub melampau dan fenomena ‘takfir’ (kafir mengkafir) dalam kalangan masyarakat Islam. Justeru, Majlis Agama Islam Malaysia (MAIS) berkata, kerjasama dan tindakan bersepadu pihak berkuasa agama bersama pelbagai agensi kerajaan termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu diperkukuhkan lagi. “Ini bertujuan memantau gerakan Millah Abraham@Ibrahim dan kumpulan ajaran sesat lain yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam. “Tindakan tegas terhadap pengikut…

Read More

Wanita warga emas yang dilapor hilang sejak lebih dua minggu lalu disahkan maut selepas tulang dan rangkanya ditemukan di ladang kelapa sawit di FELDA Sungai Kelamah, di sini, petang semalam. Tulang dan rangka mangsa, Aliah Omar, 74, atau lebih dikenali Makcik Senah itu ditemukan orang awam ketika mengembala lembu di kawasan berkenaan. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, mengesahkan identiti tulang serta rangka manusia yang sudah reput itu dipercayai sebagai Makcik Senah berdasarkan pengecaman dibuat anak mangsa melalui pakaian yang dipakai warga emas berkenaan. Mengulas penemuan itu, katanya pada jam 5.30 petang anggota di Pondok Polis Sungai Kelamah menerima maklumat…

Read More

JAKIM Nasihat Ustazah Afifah, Suami Dakwah Secara ‘Hikmah’ | Khalifah Media Networks – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin dan suaminya agar menggunakan pendekatan yang sesuai dan berhikmah dalam menyampaikan dakwah. JAKIM dalam kenyataan kepada Harian Metro berkata, pihaknya mengambil maklum berkaitan video tular di media sosial. Berikutan sepasang penceramah suami isteri yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi termasuk mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap agamawan tertentu. “JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri sentiasa membuat pemantauan kandungan berkaitan hal ehwal agama Islam yang dipaparkan kepada khalayak. Khususnya melalui penggunaan media sosial yang mendapat tempat dalam…

Read More

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meninjau situasi banjir di Kelantan esok. Difahamkan beliau akan melawat sekitar Pasir Mas, daerah paling teruk terjejas akibat bencana alam itu. Perdana Menteri dalam ciapan melalui Twitter juga memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan menyegerakan bantuan kepada mangsa banjir terutamanya di Pantai Timur melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). “Insya-Allah, esok saya akan ke Pantai Timur untuk memantau situasi banjir di sana,” katanya. Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan juga akan meneruskan bantuan tunai oleh pentadbiran terdahulu. Beliau berkata, bantuan itu yang sepatutnya disalurkan pada Mac, akan diberikan Januari depan. Jelasnya, bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan…

Read More

Jenazah warga emas terkandas hampir 14 jam dalam rumah selepas kediamannya di Kampung Gaung di sini, dinaiki air sejak awal pagi, hari ini. Difahamkan, Che Gayah Mohamad, 81, disahkan meninggal dunia pada jam 8 malam tadi akibat sakit tua selepas terlantar hampir enam bulan. Cucunya, Nik Mohd Fhaiez Mohd Khalil, 30, berkata, jika diikutkan jenazah neneknya itu dikebumikan pada malam tadi tetapi disebabkan proses dokumentasi untuk mendapatkan permit kubur tidak lengkap ia terpaksa ditunda ke pagi hari ini. Jelasnya, pada 3 pagi tadi, banjir melimpah ke kawasan rumah sehingga hampir masuk ke dalam kediaman kami semua terkandas tidak dapat keluar.…

Read More

Lionel Messi meninggalkan pentas Piala Dunia buat kali terakhir dengan cara paling dramatik awal pagi tadi, mengetuai senarai panjang pemain ternama yang mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan terbesar bola sepak itu. Messi memukau di Doha ketika Argentina menewaskan Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Lusail selepas salah satu final terhebat dalam sejarah berakhir 3-3, dengan penyerang itu meledak dua gol. Pemain berusia 35 tahun itu meraih anugerah Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan Piala Dunia, tetapi kurang satu gol di belakang Kylian Mbappe dalam perebutan Kasut Emas. Ia cerita yang sama sekali berbeza di Qatar buat Cristiano Ronaldo,…

Read More