Mangsa Banjir Ditemani Ular Sawa 10 Jam Ketika Berteduh | Dua wanita warga emas yang berlindung dari banjir dengan duduk di atas bumbung rumah tidak menyangka seekor ular sawa juga menumpang berlindung. Kejadian yang berlaku pada malam 18 Disember lalu di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, di sini, berakhir tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini walaupun mereka duduk bersama dengan ular hampir 10 jam. Mangsa Asian Osman, 63, berkata dia dan adiknya berusia 62 tahun terpaksa memanjat ke bumbung rumah selepas banjir lumpur menenggelamkan rumah yang diduduki sejak 40 tahun lalu kerana air naik sehingga tiga meter. Ujarnya, dia dilaporkan…
Author: Miss Alin
“Tak Perlu Sekat Ibadah Umrah, Tingkatkan Protokol Perjalanan”- Cadang Pakar | Tiada keperluan untuk kerajaan menyekat aktiviti umrah susulan majoriti kes positif COVID-19 varian Omicron disahkan dari Arab Saudi. Sebaliknya, Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin berpandangan protokol perjalanan pengembara perlu diteliti semula. Ujarnya, ia termasuk mengetatkan proses kuarantin seperti ditempatkan pengembara dari negara berisiko di pusat-pusat kuarantin. Jelasnya lagi, mungkin kita boleh melihat kembali beberapa protokol perjalanan keluar masuk negara dan memberi perhatian serius terhadap varian Omicron ini. Difahamkan, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) juga boleh memberi perhatian berkait…
“Sekolah Vernakular Tak Bercanggah Perlembagaan Persekutuan”- Mahkamah Tinggi | Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan, kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular, serta penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa perantara utama di sekolah terbabit, tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dilaporkan membuat keputusan itu selepas menolak saman dikemukakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA). Ketiga-tiga pertubuhan itu memohon untuk mendapatkan perisytiharan bahawa Seksyen 2, 17 dan 28 dalam Akta Pendidikan 1996 yang membenarkan penggunaan dua bahasa terbabit di sekolah vernakular, adalah bercanggah dengan peruntukan…
Sudan: 38 Maut Dalam Runtuhan Lombong Emas | Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh dalam kejadian runtuhan lombong emas di Kordofan Barat, selatan Sudan, menurut satu kenyataan dikeluarkan oleh sebuah syarikat perlombongan milik kerajaan, baru-baru ini menurut laporan DW News. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pihak Pengurus Besar Sudanese Mineral Resources Company Limited melaporkan kejadian 38 pelombong maut dalam runtuhan lombong Umm Draisaya. Difahamkan, lombong emas berkenaan terletak berhampiran bandar El Nuhud di Kordofan Barat, kira-kira 500 km dari ibu negara Sudan, Khartoum. Kerajaan negeri dan jawatankuasa keselamatan negeri, sebelum ini, memutuskan untuk menutup lombong berkenaan, dengan alasan tidak sesuai untuk aktiviti…
Banjir: Hampir Dua Hingga Tiga Juta Buku Musnah Akibat Ditenggelami Air | Kira-kira dua hingga tiga juta buku rosak selepas ditenggelami air di gudang Big Bad Wolf dan kedai buku BookXcess @Wolf House di Seksyen 33, Taman Alam Indah di sini, akibat banjir teruk melanda Selangor pertengahan bulan ini. Pengasas bersama BookXcess dan Big Bad Wolf Books, Andrew Yap berkata, jumlah kerugian masih dalam proses penilaian kerana ia akan mengambil sedikit masa untuk dipastikan. Namun, ujar beliau, berdasarkan penilaian awal, jutaan buku sudah pasti rosak, musnah dan tidak dapat diselamatkan begitu juga beberapa peralatan gudang. Yap berkata lagi, kerja-kerja pembersihan…
Sebuah Masjid Di Utara Perancis Diarah Tutup. Ini Sebabnya| Perancis mengarahkan sebuah masjid di utara negara itu ditutup kerana pihaknya mengesan seorang imam yang mengamalkan fahaman radikal, menurut pihak berkuasa wilayah menerusi laporan BBC News, baru-baru ini. Masjid di Beauvais, sebuah bandar dengan populasi penduduk seramai 50,000 orang dan terletak 100 kilometer (km) di utara Paris, ditutup selama enam bulan, kata pihak pentadbir wilayah Oise di mana Beauvais terletak. Katanya khutbah yang disampaikan menimbulkan kebencian, keganasan dan mempertahankan jihad. Pengumuman penutupan rumah ibadat itu dibuat dua minggu selepas Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin, mendapati intipati khutbah disampaikan imam berkenaan menyasarkan…
Banjir: Kerajaan Sedia Pertimbang Cuti Khas Kepada Penjawat Awam. Ini Sebabnya.. | Kerajaan mempertimbangkan cuti khas kepada penjawat awam yang terlibat sebagai sukarelawan pascabanjir, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. Ujar beliau, pemberian cuti itu akan membolehkan lebih ramai penjawat awam turun membantu operasi pembersihan selepas banjir terutamanya di kawasan yang teruk terjejas dan memerlukan ramai tenaga kerja. Kebanyakan penjawat awam ingin menjadi sukarelawan membantu mereka yang terkesan tapi kadang-kadang mereka tiada saluran sesuai selain terikat dengan peraturan seperti tidak boleh keluar pada waktu pejabat. Menurut Mohd Zuki lagi, pemberian cuti khas itu adalah sama seperti yang…
Lelaki Temui Ajal Selepas Bermain Bola Sepak Di Padang | Seorang lelaki dipercayai seorang buruh menemui ajal semasa berehat ketika separuh masa pertama perlawanan bola sepak persahabatan yang disertainya di padang Selising, Pasir Puteh petang Isnin. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, lelaki berusia 53 tahun dari Kok Lanas itu duduk berehat sambil minum air dan makan sepotong pisang goreng. Bagaimanapun, dia dipercayai mengalami sesak nafas dan rebah di tepi padang serta tidak sedarkan diri. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh berkata, Deputi Superintendan Ediansha Endal, rakan-rakan mangsa membawanya ke Klinik Kesihatan Selising dan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan mengesahkan kematian mangsa.…
Jabatan Agama Islam Selangor Buka 6 Pusat Pengumpulan Al-Quran, Buku Agama | Khalifah Media Networks – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan telah membuka enam pusat pengumpulan al-Quran serta buku agama yang musnah akibat banjir yang melanda Selangor pada 18 Disember lalu. Menurut Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, penetapan itu dilakukan selaras dengan tanggungjawab jabatan itu untuk menjaga kesucian al-Quran. Ujar beliau, banjir besar yang melanda mengakibatkan kemusnahan serta kerosakan harta benda. Termasuk al-Quran dan buku agama di masjid, surau, sekolah dan rumah persendirian. Oleh itu, Jais dilaporkan telah menetapkan enam pusat pengumpulan di enam daerah yang terjejas banjir. Iaitu…
(ADA VIDEO) Cemas! Pemain Akrobatik Jatuh Dari Ketinggian 24 Kaki Ketika Buat Persembahan Sarkas| Keterujaan penonton menyaksikan persembahan bertukar cemas apabila seorang pemain akrobatik secara tiba-tiba hilang keseimbangan semasa berjalan di atas tali sebelum terjatuh dari atas. Mangsa dikenali sebagai Makhmud Suanbekov, 33, jatuh ke dalam gelanggang sarkas setinggi 24 kaki sewaktu dia sedang mengimbangi ibunya, Sairakan Suanbekova, 56, di atas kepala semasa membuat persembahan di hadapan penonton di Rusia, menerusi laporan Daily Mail. Namun apa yang lebih mengejutkan, lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan tulang walaupun sudah terjatuh pada ketinggian tersebut. Selepas terjatuh dilaporkan pemain akrobatik itu masih boleh…