Author: Miss Alin

(Ada Video) Gerun! Detik-detik Cemas Lelaki Hampir Digilis Kereta Api | Tular satu video di media sosial yang memaparkan aksi bahaya seorang lelaki yang dilaporkan hampir sahaja dilanggar oleh sebuah kereta api selepas dia dilihat berada di landasan kereta api, baru-baru ini. Menerusi video terbabit yang dikongsikan di Instagram @terang_media, lelaki itu dilihat sedang cuba menyelamatkan motosikalnya yang tersekat di landasan kereta api namun tidak lama kemudian, sebuah kereta api sedang menuju laju ke arahnya dan kejadian tersebut dilihat oleh penduduk kampung yang berada di kawasan berdekatan. Mereka cuba memanggil lelaki tersebut dan dapat didengari teriakan penduduk setempat yang memberikan…

Read More

Malaysia Bakal Berhadapan Gelombang Baharu Covid-19 Disember Ini| Rakyat Malaysia dikhabarkan perlu ‘berjaga-jaga’ berikutan amaran yang telah dikeluarkan oleh Pegawai perubatan berkenaan gelombang baharu Covid-19 dijangka membadai negara pada Disember depan. https://twitter.com/Azpapip/status/1460541830651514880?s=20 Menerusi perkongsian di Twitter Dr Azfar Kamal yang merupakan salah seorang petugas perubatan Hospital Sungai Buloh, dijangka bahawa akan berlakunya lonjakan kes dalam tempoh dua minggu akan datang. Menurutnya, pusat Covid-19 sedang melakukan persediaan untuk menghadapi gelombang baharu selepas dikhabarkan wad serta unit rawatan rapi (ICU) hospital kembali dipenuhi oleh pesakit Covid-19 kategori empat dan lima. Beliau memberi pesanan kepada orang ramai agar amalkan prosedur operasi standard (SOP),…

Read More

Mesir: Lebih Daripada 500 Orang Disengat Kala Jengking Akibat Ribut | Sekurang-kurangnya dilaporkan lebih 500 orang telah dimasukkan ke hospital akibat sengatan kala jengking di selatan Mesir selepas ribut melanda negara terbabit sehingga memaksa makhluk itu keluar dari tempat persembunyian mereka dan masuk ke dalam rumah, lapor media kerajaan. Menurut Gabenor Ashraf Attia menerusi The Guardian, wilayah Aswan dikhabarkan pada minggu lalu telah dilanda hujan lebat, hujan batu dan guruh yang jarang berlaku sehingga menyebabkan tiga orang terkorban. Bagaimanapun, mereka yang disengat kala jengking telah diberikan dos anti-racun dan kemudian dibenarkan pulang. Walaubagaimanapun,pemangku Menteri Kesihatan, Khalid Abdel-Ghafar mengesahkan dalam satu kenyataan…

Read More

Selsema Burung Merebak Pantas, Letak Eropah dan Asia Dalam Langkah ‘Berjaga-Jaga’ | Kebelakangan ini wabak selsema burung dilaporkan semakin runcing di rantau Eropah dan Asia selain Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) memberitahu bahawa wabak ini dilihat merebak dengan cepat sejak akhir-akhir ini. Menurut laporan The Guardian, penyebaran selesema burung yang sangat patogenik telah meletakkan industri ayam dalam keadaan berjaga-jaga selepas wabak sebelumnya menyebabkan kemusnahan kepada berpuluh juta burung. Ia juga menarik perhatian ahli epidemiologi kerana virus itu boleh disebarkan kepada manusia. China telah melaporkan 21 jangkitan manusia dengan subtipe H5N6 selesema burung setakat tahun ini, iaitu angka  keseluruhan melebihi tahun 2020.…

Read More

Puteri Mako Jepun Memulakan Hidup Baru Sebagai ‘Orang Biasa’ Di New York | Bekas Puteri Jepun, Mako Komuro dikhabarkan telah tiba di Amerika Syarikat bersama suaminya, Kei Komuro, setelah meninggalkan kehidupan ‘upacara empayar purba’ kepada cahaya terang New York selepas meninggalkan keluarga diraja dan melepaskan gelaran dirajanya. Pasangan itu mengikat tali pertunangan di Tokyo bulan lalu secara tertutup berikutan perhatian umum selama bertahun-tahun telah dialihkan berhubung skandal kewangan kecil yang melibatkan ibu Kei Komuro, dan menyebabkan dia “kesedihan dan kesakitan”. Menurut laporan The Guardian, rakaman yang disiarkan di saluran TV Jepun menunjukkan pasangan itu diapit oleh pegawai keselamatan ketika mereka melalui lapangan…

Read More

Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Bertugas | Seorang anggota polis dilaporkan meninggal dunia ketika menjalankan tugas akibat serangan sakit jantung ketika melakukan rondaan pematuhan bersama pasukan, baru-baru ini.  Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, Lans Koperal Mohd Nor Afiza Mohd, 36, telah dibawa ke Hospital Kemaman selepas rebah di sebuah stesen minyak di bandar Chukai. Walau bagaimanapun, beliau disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 malam setibanya di hospital terbabit. Menurut Hanyan, Allahyarham meminta rakannya berhenti di sebuah stesen minyak. Sebaik keluar dari kenderaan pelbagai guna (MPV), arwah tiba-tiba rebah dan terus dikejarkan ke Hospital Kemaman,…

Read More

Sidang COP26: Firma Kereta Bersetuju Tamatkan Penjualan Kenderaan Bahan Api Fosil Menjelang 2040 | Pada sidang kemuncak COP26 berkenaan perubahan iklim dunia, dilaporkan sebanyak 24 negara serta sekumpulan  pengeluar kereta terkemuka telah komited untuk menamatkan era kenderaan berkuasa bahan api fosil menjelang 2040 “atau lebih awal” selain menetapkan ia sebagai satu ‘komitmen’ utama dalam persidangan kali ini. Perjanjian mengenai penjualan sifar kenderaan jenis bahan fosil ini telah diumumkan pada sidang kemuncak iklim PBB di Glasgow baru-baru ini, termasuk Kanada, New Zealand, Belanda, Ireland dan UK, yang sudah bersetuju untuk fasa keluar dari penjualan kenderaan petrol baru dan kereta diesel menjelang…

Read More

Myanmar: Tentera Dituduh Lakukan Jenayah Perang, Halang Bantuan Kepada Orang Awam | Satu kumpulan hak asasi manusia telah mendakwa bahawa berkemungkinan tentera Myanmar telah melakukan jenayah perang di negeri Karenni timur selepas mereka dikatakan menangkap pekerja kemanusiaan dan memusnahkan bantuan stok makanan, baru-baru ini. Bantuan yang sepatutnya diberikan kepada orang awam akibat konflik itu tidak ‘sampai’ kepada tangan yang sepatutnya disebabkan tentera Myanmar telah menahan sekurang-kurangnya 14 pekerja bantuan di negeri Karenni, juga dikenali sebagai Kayah, sejak berlakunya rampasan kuasa pada 1 Februari yang lalu. Menurut Fortify Rights menerusi laporan Aljazeera, maklumat yang mereka peroleh menerusi temubual bersama 20 individu…

Read More

Timur Tengah Bakal Dilanda Titik Panas Melampau, Suhu Cecah 60 Darjah Celcius | Timur Tengah dan Afrika Utara sudah menjadi kawasan paling panas dan kering di planet ini tetapi perubahan iklim boleh menyebabkan beberapa kawasan tidak dapat didiami dalam dekad akan datang dengan suhu berpotensi mencecah 60 darjah Celsius atau lebih tinggi, menurut laporan Aljazeera. Kesan di seluruh rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) dilaporkan akan memusnahkan termasuk kekurangan air yang kronik, ketidakupayaan untuk menanam makanan kerana cuaca ekstrem dan mengakibatkan kemarau, lonjakan kematian dan masalah kesihatan membabitkan haba melampau. Satu kajian terbaru dalam satu jurnal bertajuk Nature menyatakan,…

Read More

Bantahan Mandat Anti-Vaksin New Zealand: Polis Dan Jurugambar Diserang | Parlimen New Zealand berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas beribu-ribu penunjuk perasaan mandat anti-vaksinasi, beberapa keganasan yang mengancam, berkumpul di Wellington dan di seluruh negara dilaporkan, baru-baru ini. Sehingga awal Selasa, kira-kira 2,000 orang telah berkumpul di tengah Wellington, dan hampir semua pintu masuk dan laluan masuk ke parlimen telah ditutup.  Menurut Stuff , Speaker dewan New Zealand,  ia adalah peningkatan terbesar serta memberi ancaman keselamatan ‘parlimen’ sejak pemilihannya pada tahun 1984. Pada peringkat awal protes di seluruh negara, terdapat serangan terhadap kedua-dua polis dan wartawan dilaporkan. Berdekatan sempadan Auckland, yang…

Read More