Author: Miss Alin

(Ada Video) Tanda Besar Hari Kiamat . Bencana Asap Ad Dukhan | Khalifah Media Network – Umat Islam harus mengetahui tanda-tanda kiamat akhir zaman kerana ia merupakan suatu peristiwa paling menakutkan bagi seluruh makhluk hidup di alam semesta. Hal ini demikian kerana, seluruh alam semesta beserta isinya akan hancur lebur tanpa sisa ketika kiamat tiba sehinggakan tiada lagi kehidupan di alam semesta. Kiamat merupakan hari akhir yang dipercaya oleh umat islam. Hari kiamat atau hari penghakiman adalah ketika di mana semua orang akan berkumpul. Orang-orang mati dibangkitkan yang mana akan dipisahkan pelaku baik dan jahat serta akan mendapatkan penebusan perbuatannya masing-masing.…

Read More

Guru Enggan Divaksin Di Perlis. Ini Tindakan Yang Diambil Oleh KPM | Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis telah mengambil keputusan untuk membenarkan 23 orang guru di Perlis yang enggan mengambil vaksin bagi mengajar secara dalam talian dalam sesi persekolahan atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang bermula hari ini. Perkara tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Rozieana Ahmad selepas beliau menyatakan bahawa daripada jumlah 26 orang bulan lalu, tiga daripadanya telah bersetuju menerima vaksin pada minggu lalu. Jelasnya, pihak Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan Negeri masih memberi ruang dan peluang kepada…

Read More

Bayi Perempuan Maut Ditindih Lengan Bapa Ketika Tidur | Akibat kecuaian, sepasang suami isteri dikhabarkan telah kehilangan bayi perempuan mereka yang baru berusia 18 hari selepas dia dilaporkan maut akibat dihimpit oleh lengan ayahnya secara tidak sengaja ketika tidur, di Manchester, baru-baru ini. Menerusi laporan Daily Mail, bayi tersebut dikenali sebagai Asha-May Finney Hulme dikatakan maut dalam satu kejadian  pada pagi 6 Januari tahun lalu dan ia dibicarakan semula di mahkamah baru-baru ini. Kejadian berlaku selepas ibu bayi berkenaan, Alise Hulme bersama suaminya, Finney melaporkan kematian tersebut kepada polis dan memberitahu bahawa bayi mereka ditemui mati di katil bayi. Namun…

Read More

“Guru Tidak Dibenar Mengajar, Atau Dipindah Ke Negeri Lain Jika Enggan Divaksin”-Radzi Jidin | Berikutan tular mengenai isu guru yang enggan divaksin, Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin menyatakan bahawa golongan  guru yang enggan menerima vaksinasi COVID-19 akan berdepan dengan tindakan iaitu tidak akan dibenarkan untuk mengajar murid secara bersemuka, menurut laporan Awani. Menurutnya, kementerian tidak mempunyai pilihan selain daripada mengambil tindakan berkenaan sebagai langkah untuk melindungi pelajar selain memaklumkan bahawa sekitar 2,000 guru yang enggan divaksin di seluruh negara. Jelasnya lagi, guru-guru yang enggan menerima vaksin akan diambil tindakan dengan tidak membenarkan menjalani PdPR secara bersemuka serta mungkin terdapat pertukaran…

Read More

Shimla: Bangunan 8 Tingkat Runtuh Akibat Tanah Runtuh (Ada Video) | Tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan baru-baru ini menyebabkan runtuhnya bangunan bertingkat yang seterusnya merosakkan dua struktur bersebelahan, kata seorang pegawai kanan pengurusan bencana pada hari Jumaat. https://twitter.com/anthraxxx781/status/1444464298961473538?s=20 Tidak ada kehilangan nyawa yang dilaporkan dalam kejadian itu, katanya. Menurut Pengarah Lembaga Pengurusan Bencana Negeri Himachal Pradesh, Sudesh Kumar Mokhta, bangunan lapan tingkat di Ghoda Chowki berhampiran Istana Hali di Shimla runtuh pada petang Khamis kerana tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan baru-baru ini. Sebahagian struktur lapan tingkat melanda dua bangunan dua tingkat, merosakkannya, katanya, sambil menambah dua bangunan bersebelahan,…

Read More

(Ada video) Berani! Lelaki Ini Guna Tong Sampah Untuk Tangkap Buaya | Telah tular satu video di media sosial yang menunjukkan keberanian seorang lelaki ini yang dilihat berhadapan dengan seekor buaya kecil selepas ia dikatakan telah ‘melawat’ kawasan rumahnya di Florida. https://twitter.com/MajorFactor2/status/1443051169673322497?s=20 Lelaki tersebut telah dikenali sebagai  Eugene Bozzi, selepas dia telah membuat satu cubaan bagi memerangkap buaya tersebut menggunakan tong sampah yang berada berdekatan dengan rumahnya. Meskipun tindakan tersebut dilihat ‘melucukan’ dan tidak masuk akal, namun taktiknya itu berjaya memerangkap reptilia tersebut selepas buaya itu dilihat berundur kerana mungkin merasakan bahawa tong sampah itu telah dilihat sebagai satu ancaman kepada…

Read More

Selepas Telan Seekor Kambing, Ular Sawa Seberat 70 Kilo Berjaya Ditangkap APM | Seekor ular sawa telah berjaya ditangkap oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas dia dikatakan telah menelan seekor kambing di Jalan Besar, Behrang Stesen di sini, petang semalam. Reptilia tersebut dikatakan telah ditemui salah seorang pekerja kandang kambing ketika sedang membersihkan kandang tersebut. Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Mualim, Kapten (PA) Shahrizal Hussin, pihaknya menerima panggilan kejadian sekitar pukul 2.30 petang, semalam dan bergegas ke lokasi. Jelasnya,  empat anggota APM dikerahkan ke tempat kejadian untuk menangkap ular sawa tersebut yang sedang berlingkar di kandang kambing. Setelah membuat…

Read More

Peruntukan RM38.5 Juta Untuk Baik Pulih Kediaman Rasmi Perdana Menteri. Ini Penjelasan Muhyiddin | Sejak kebelakangan ini, tular satu berita mengenai projek kelulusan untuk membaik pulih kediaman Perdana Menteri iaitu Kompleks Seri Perdana di Putrajaya, Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil memperjelaskan isu tersebut, baru-baru ini. Menerusi laporan Awani, beliau ingin mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan berkenaan isu kerja-kerja membaik pulih Seri Perdana yang diluluskan semasa pentadbirannya sebagai Perdana Menteri. Menurutnya, ketika mula menjawat jawatan Perdana Menteri pada bulan Mac 2020, beliau telah menerima laporan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung kerosakan fizikal Seri Perdana yang merupakan bangunan…

Read More

“Solat Jumaat Dibenarkan Ikut Kapasiti Dan Semua Aktiviti Imarah Masjid”- JAWI | Aktiviti solat jumaat, solat fardhu dan solat jemaah dilaporkan akan dibenarkan mengikut kapasiti sebenar di semua  masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula 1 Oktober ini. Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan kebenaran itu diberikan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) penjarakan 1.5 meter ketika solat jemaah. Tambahnya lagi, semua aktiviti pengimarahan Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh, Kuliah Dhuha, Kuliah Zohor, Tazkirah Sebelum Solat Jumaat, Tadarus Al-Quran, Kuliah Muslimat, Bacaan Yasin, Tahlil, Program Zikir Munajat dan Doa dibenarkan tertakluk kepada…

Read More

Pemimpin Terkenal Rohingya Mati Ditembak Di Kem Pelarian | Penyerang bersenjata dilaporkan telah menembak dan membunuh seorang pemimpin Rohingya terkemuka di sebuah kem pelarian di selatan Bangladesh , setelah berbulan-bulan memburuknya keganasan di penempatan pelarian terbesar di dunia, baru-baru ini. Mohib Ullah, Ketua Persatuan Damai dan Hak Asasi Manusia Arakan Rohingya (ARPSH), dikatakan sedang bercakap dengan pemimpin pelarian lain di luar pejabatnya selepas menghadiri solat Isyak pada hari Rabu sebelum sekurang-kurangnya empat penyerang menembaknya mati, kata Rafiqul Islam, jurucakap polis di kem pelarian Cox’s Bazar. Islam berkata, Polis serta Batalion Polis Bersenjata, yang ditugaskan untuk memastikan keselamatan bagi 34 kem Rohingya di…

Read More