Author: Miss Alin

Tiga Pekerja Kilang Getah Positif Covid-19 | Tiga pekerja di sebuah kilang getah di Baling termasuk seorang pekerja tempatan yang dikenal pasti positif Covid-19 melalui ujian awal RTK Antigen yang dilakukan majikan mereka pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, susulan itu polis menasihatkan pihak pengurusan kilang menghentikan operasi buat sementara waktu dan satu perbincangan akan dilakukan antara Majlis Daerah Baling dan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Baling mengenai status penutupan kilang berkenaan. Beliau berkata, pihak polis telah melakukan tinjauan di kediaman pekerja warga asing dan juga memberi amaran supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak keluar…

Read More

Wanita Warga Emas Berdepan Detik Cemas, Diacu Pisau Dalam Kejadian Samun | Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila diacu pisau dalam kejadian samun di kediamannya di Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Parit Buntar pada Jumaat. Kejadian sekitar jam 7.30 malam itu berlaku apabila mangsa yang berusia 67 tahun telah menerima kehadiran seorang lelaki yang dikatakan mahu menyampaikan bantuan sebungkus bihun. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, suspek bertindak meluru masuk ke rumah sebaik mangsa membuka pintu untuk menerima bantuan terbabit. Beliau berkata, suspek kemudiannya bertindak mengacukan pisau dan mencekup mulut mangsa dengan menggunakan tangan lalu memintanya menyerahkan duit…

Read More

Padah Mahu Lepas Gian Main Snuker, 10 Individu Dikompaun RM 23,500 | Sepuluh individu termasuk penyelia sebuah pusat hiburan ditahan selepas disyaki melanggar syarat prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam satu operasi di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri malam semalam. Dalam serbuan yang dilakukan pada jam 10.15 malam itu, kesemua yang ditahan berusia 18 hingga 40 tahun selepas bermain snuker di pusat perniagaan tanpa lesen. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua individu berkenaan telah dikenakan kompaun berjumlah RM23,500. Sepasukan anggota polis Daerah Iskandar Puteri telah membuat serbuan di premis yang disyaki menjalankan…

Read More

Remaja Bunuh Ahli Keluarga, Mayat Mangsa Ditanam Di Bangsal | Kejadian kejam dan ngeri telah berlaku di New Delhi apabila seorang remaja lelaki sanggup membunuh ibu, bapa, kakak dan neneknya. Mayat keempat-empat mangsa ditanam di bangsal yang terletak berdekatan dengan rumah mereka pada empat bulan yang lalu. Rahsia pembunuhan itu telah terbongkar apabila polis menemui mayat semua mangsa dekat sebuah rumah di Malda, Benggala Barat, Sabtu lalu. Demikian itu suspek yang dikenali sebagai Asif Mohammed, 19 dan abang sulongnya, Arif telah ditahan untuk disoal siasat dan mengetahui motif disebalik pembunuhan itu. Arif yang tinggal jauh dari rumah Asif membuat laporan…

Read More

Sebulan Menghilangkan Diri, Lelaki Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia | Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring di tangga sebuah bangunan di Kota Bharu, petang semalam. “Sudah lebih sebulan kami mencari ayah dan laporan kehilangannya juga sudah dibuat tapi tiada khabar berita sehinggalah malam tadi saya dihubungi polis memaklumkan penemuan mayatnya,” kata anak kepada warga emas yang ditemui mati di tangga sebuah bangunan di sini, petang semalam. Siti Zubaidah Che Bongsu, 34, berkata, kali terakhir dia berjumpa bapanya, Che Bongsu Wan Deraman, 67, sehari sebelum Aidilfitri lalu dan memberitahu akan mengambil arwah di bandar Kota Bharu untuk berhari raya…

Read More

Seorang Lelaki Maut Akibat Tertimbus Runtuhan Batu | Terdapat pelbagai kejadian yang tidak diingini berlaku ketika negara ini sedang dilanda wabak Covid-19 dan masih lagi berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ranau: Terbaru, seorang lelaki maut selepas ditimpa runtuhan batu yang berlaku di bahagian dapur rumahnya dalam kejadian di Kampung Pinousuk, Kundasang di sini pada Ahad. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Junaidi Gangka, 55, dikatakan sedang berehat bersama isterinya di dapur rumah berkenaan. Namun, isteri mangsa sempat melarikan diri bersama anak-anak mereka, manakala mangsa pula terperangkap dalam rumah terbabit. Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi…

Read More

309 PATI Ditahan Tinggal Bersesak Di Tapak Pembinaan | Isu tentang lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini bukan lagi satu isu baharu. Masalah ini mendapat perhatian apabila ada warga asing di negara ini terutama yang berstatus pelarian bertindak tidak mengendahkan undang-undang terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan bagi memerangi pandemik Covid-19. Dengkil: Seramai 309 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan dalam serbuan ke atas kawasan penempatan di sebuah tapak pembinaan, di sini, awal pagi tadi. PATI meliputi 280 lelaki dan 29 wanita berusia lingkungan 20-an hingga 50-an itu adalah sebahagian daripada 715 individu yang telah…

Read More

Kanak-kanak Lelaki Hilang Lepas Jatuh Sungai Ditemukan Mati Lemas | Ketika negara sedang dilanda Covid-19 tatkala ini, seringkali kita dengar dan tular di media sosial mengenai perkara yang tidak diingini berlaku dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, kejadian lemas dan hilang di sungai salah satu kes yang sering berlaku ketika ini lebih-lebih lagi kejadian lemas yang meragut nyawa seseorang. Mukah: Kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun yang dilaporkan hilang selepas jatuh di sungai berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Engkerbai, Selangau di sini pada Selasa lalu, ditemukan mati lemas, hari ini. Difahamkan, mayat Muhammad Danish Muhammad Zamrie telah ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira pada jam…

Read More

Kerana Cemburu Wanita Sanggup Campak Bayi Rakan Dari Tingkat 13 | Akibat cemburu dengan kebahagian rakan sendiri, seorang wanita bertindak kejam dengan mencampak bayi rakannya yang baru berusia dua bulan dari tingkat 13 sebuah pangsapuri. Lapor Daily Mail, Daria Shavelkina, 31, terlalu cemburu dengan ibu kepada tiga anak, Yaroslava Korolyova, 30, yang mempunyai seorang suami yang sangat penyayang serta keluarga yang bahagia. Ketika kejadian, ibu mangsa yang merupakan seorang konsultan kecantikan pergi ke rumah suspek untuk mengambil baju bayi terpakai namun ketika ibu mangsa sedang berpaling, suspek yang bekerja sebagai jurusolek mengambil bayi perempuan itu dan mencampakkan bayi tersebut keluar…

Read More

Peniaga Pakaian Didakwa Cederakan Isteri Hingga Parah | Seperti yang kita sedia maklum, negara kita pada ketika ini masih lagi bergelut dengan penularan wabak Covid-19 dan ekoran itu juga kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan berkenaan. Bagaimanapun, sering juga kita dengar berkaitan isu keganasan rumah tangga dalam kalangan masyarakat. Kes keganasan rumah tangga semakin banyak berlaku dalam kalangan masyarakat di negara kita. Peningkatan kes berkenaan boleh mengancam keharmonian institusi kekeluargaan di negara ini. Johor Bahru: Seorang peniaga yang mempunyai tiga isteri didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isteri…

Read More