Dapat Inspirasi Dari Pekerjaan Sendiri, Pasangan Suami Isteri Beri Nama Anak Pertama Mereka Hypertext Markup Language (HTML) | Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri yang baru sahaja menimang anak pertama mereka memberikan nama yang aneh dan unik kepada bayi kecil dari Filipina itu. Hypertext Markup Language (Bahasa Penanda Hiperteks), HTML merupakan nama yang dipilih untuk bayi mereka itu. Nama yang dipilih itu merupakan kod untuk membina laman sesawang. Bayi dengan nama penuh HTML R. Pascual itu menjadi tular apabila ibu saudaranya sendiri, Sincerely Pascual telah berkongsikan sekeping gambarnya di akaun media sosial miliknya pada 10 Jun lalu. Apabila…
Author: Miss Alin
RELA Jalankan Siasatan Dalaman Berkaitan Dakwaan Beberapa Individu Didaftarkan Sebagai Anggota RELA | Baru-baru ini tular di media sosial mengenai beberapa individu yang maklumat peribadi mereka telah didaftarkan sebagai anggota RELA secara automatik. Sejurus itu, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan penyalahgunaan data peribadi orang lain untuk didaftarkan sebagai anggota jabatan itu secara automatik tanpa kebenaran individu terbabit. RELA dalam satu kenyataan, hari ini, menegaskan dakwaan yang timbul berhubung penyalahgunaan data peribadi orang untuk didaftarkan sebagai anggota RELA itu adalah tidak benar. Dalam kenyataan berkenaan mengatakan perbuatan itu bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di Seksyen 6(1), Akta Perlindungan…
Anak Syurga Jadi Penyelamat Ahli Keluarga Dari Tragedi Kebakaran | Seringkali kita dengar kejadian yang meruntum jiwa apabila berlakunya kejadian kebakaran yang melibatkan ahli keluarga. Bukan itu sahaja, ada juga kejadian kebakaran yang meragut nyawa insan tersayang tatkala negara kita pada ketika ini sedang dilanda wabak Covid-19. Pasir Gudang: “Anak syurga saya yang cacat pendengaran dan bisu nekad mengetuk pintu bilik tidur yang berkunci selama beberapa minit demi mengejutkan dua orang lagi anak lelaki saya yang sedang tidur ketika rumah dijilat api,” kata guru Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 2, Shukuriah Che Mat, 50, hari ini. Mengimbas musibah yang menimpa keluarganya, wanita…
Gara-Gara Mahu Lepas Gian Main Sepak Takraw, Lima Lelaki Dikompaun RM 2,000 | Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh pihak kerajaan adalah bertujuan untuk menyekat penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat di negara ini. Tindakan ini amat memerlukan kerjasama yang baik dalam kalangan rakyat dalam usaha memutuskan rangkaian Covid-19 namun sayangnya masih ramai yang berdegil dan memandang remeh akan wabak ini. Kemaman: Lima lelaki masing-masing dikompaun sebanyak RM 2,000 setiap seorang kerana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh dengan bermain sepak takraw pada Sabtu. Mereka didapati sedang leka bermain takraw di sebuah gelanggang di Kampung…
Kerajaan Baharu Israel Dijangka Lebih Teruk | Kerajaan baharu israel yang menggantikan pimpinan Benjamin Netanyahu dijangkakan tidak akan membawa sebarang perubahan yang positif seperti yang didakwa oleh sekumpulan pejuang Hamas. Menurut jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menerusi Twitter, pejuang Hamas turut tidak mengharapkan sebarang perubahan daripada pimpinan kerajaan baharu itu kerana israel sememangnya bersatu dengan dasar membunuh dan merampas hak-hak Palestin. Pada masa yang sama dia turut mengaitkan kegagalan Netanyahu membentuk kerajaan dengan kejayaan pertempuran 11 hari antara Hamas dan Israel, bulan lalu. Perdana Menteri Neftali Bennett akan menerajui pemerintahan selama dua tahun sekiranya mengikut perjanjian gabungan baharu antara lapan…
Pekerja Penyeleggaraan Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan | Ketika negara kita sedang dilanda pandemik Covid-19, sering kita lihat dan dengar banyak kejadian yang tidak dijangka berlaku. Bukan itu sahaja, kejadian meragut nyawa juga semakin meningkat pada musim pandemik kini. Terbaru, seorang pekerja penyelenggaraan menemui ajal selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air kumbahan di sebuah pasar raya. Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada malam tadi bertempat di Batu Pahat, Johor. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa, Yazali Yakub, 54, ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di lubang tersebut. “Pada pukul 8.20 malam tadi, pihak polis…
Arab Saudi Larang Individu Tak Ambil Vaksin Masuk Pusat Beli-Belah Bermula 1 Ogos | Vaksin Covid-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit Covid-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit Covid-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksin. Jeddah: Pihak berkuasa Arab Saudi telah memutuskan larangan bagi kemasukan ke pusat beli-belah terhadap individu yang tidak menerima vaksin Covid-19 mulai 1 Ogos ini. Vaksinasi sekurang-kurangnya satu dos akan menjadi syarat untuk mereka yang ingin berkunjung ke pusat beli-belah, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan, Abdulrahman…
Lori Bawa Pekerja Kilang Positif Covid-19, Pakai Gelang Pink Ditahan | Penyakit Covid-19 bukanlah suatu penyakit yang boleh dibuat main. Penyakit seperti ini amatlah berbahaya dan boleh meragut jutaan nyawa sekiranya seseorang itu tidak dapat bertahan. Namun, apa yang lebih kecewa apabila segelintir masyarakat yang masih tidak mengambil serius tentang penyakit Covid-19 ini. Sungai Petani: Sebuah kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang, Bedong, dikesan membenarkan sekumpulan pekerjanya yang positif Covid-19 menaiki lori beramai-ramai sebelum ditahan petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, seramai 48 pekerja yang baru dipakaikan gelang merah jambu didapati menaiki lori untuk pulang ke asrama penginapan…
UPKK Akan dijalankan Secara Serentak Bagi Calon 2020 Dan 2021 | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi calon tahun 2020 dan 2021 akan dilaksanakan serentak tahun ini. Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata ujian itu dijadualkan akan bermula pada 1 September dan akan berakhir pada 7 Oktober depan. Beliau berkata, mata pelajaran al-Quran iaitu Ujian Lisan Tadarus dan Tilawah al-Quran, Hafazan dan Tafsir al-Quran akan dinilai guru KAFA sekolah masing-masing bermula 1 hingga 30 September depan. Manakala bagi lima subjek bertulis iaitu Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Jawi…
Dugaan 10 Beranak, Lebih Setahun Setengah Keluarga Hilang Pendapatan | Seperti yang kita sedia maklum, penularan wabak Covid-19 di negara ini sudah lama dan tidak ada tanda-tanda penyakit ini akan hilang. Kerajaan juga sudah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebanyak tiga kali bagi membanteras penularan penyakit ini. Ekoran itu, terdapat segelintir keluarga yang terpaksa berhadapan dengan masalah kewangan. Hal ini kerana, mereka tidak boleh bekerja semasa PKP dilaksanakan. Johor Bahru: “Kami sekeluarga hanya makan apa yang ada, selalu juga makan nasi dengan kicap saja,” kata ibu kepada lapan anak Noorfazlin Zainal Abidin, 39 yang kini bergelut dengan kesempitan hidup akibat hilang…