Author: Miss Alin

190 Pasukan Pemantauan SOP Kawasan Perumahan, Kampung Semasa Aidilfitri | Walaupun berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun itu tidak menjadi masalah bagi seluruh umat Islam bahkan mereka semestinya tidak sabar bagi menyambut sambutan Aidilfitri yang bakal berlangsung pada esok hari. Kemaman – Polis Terengganu bakal mengaktifkan 190 pasukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi menjalankan rondaan di setiap kawasan perumahan dan kampung bagi memastikan masyarakat mematuhi arahan sambutan Aidilfitri. Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, pasukan dengan kekuatan hampir 800 pegawai dan anggota itu tidak akan teragak-agak mengenakan kompaun terutama kepada tuan rumah sekiranya terdapat pelanggaran SOP…

Read More

‘Jangan Gunakan Najis Lembu Untuk Merawat Covid-19’ Jelas Doktor India | Segelintir rakyat di India yang masih tidak mempunyai kesedaran dalam pendidikan selepas mereka dikatakan masih mempercayai rawatan ‘tradisional’ mereka dengan menggunakan najis lembu sebagai salah satu cara bagi merawat Covid-19. Menurut pakar perubatan di India, tiada bukti saintifik yang menunjukkan bukti keberkesanan najis lembu terhadap rawatan penularan Covid-19 malah risiko mengundang penyakit lain. Kes Covid-19 di India telah mencapai tahap kritikal setelah mereka dilaporkan telah mencapai sebanyak 22.66 juta kes positif dikesan di seluruh negara dan 246,116 kes kematian dilaporkan setakat ini. Beberapa pakar pula menyifatkan bahawa angka sebenar kes…

Read More

Wanita Cuba Membunuh Anaknya Kerana Mirip Wajah Perogolnya | Tidak dinafikan masa silam yang hitam memang sukar dilupakan kerana ia memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kehidupan kita.  Hal ini kerana ia meninggalkan kesan trauma kepada individu yang mengalami masa silam yang kelam. Singapura: Akibat dirogol oleh saudara kandungnya ketika kecil, seorang wanita di sini cuba membunuh anak lelakinya sendiri. Hal ini kerana wanita terbabit mendakwa anak lelakinya mirip dengan wajah individu yang merogolnya. Akibatnya, dia dijatuhi hukuman lima tahun penjara pada 5 Mei lalu selepas mengaku bersalah kerana melakukan cubaan membunuh anak kandungnya itu. The Straits Times…

Read More

Tentera Hamas Sasar Roket Ke Tel Aviv, Balasan Selepas Israel Hancurkan Menara Gaza| Kumpulan pejuang Gaza telah melancarkan serangan balas ke arah tentera Zionis selepas mereka menjalankan serangan udara ke atas Gaza baru-baru ini yang telah mengorbankan 20 orang awam termasuk sembilan kanak-kanak manakala seramai 65 orang mengalami kecederaan. Tel Aviv: Hamas telah melancarkan roket menyasarkan hab ekonomi Israel, Tel Aviv, pada Selasa sebagai tindak balas kepada Israel yang melancarkan serangan memusnahkan satu blok bangunan 12 tingkat di Gaza. Peningkatan mendadak serangan didorong keganasan di Baitulmaqdis yang membunuh sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan tiga warga Israel, manakala…

Read More

Akibat Rentas Negeri Tanpa Kebenaran, Remaja Dikompaun RM 5,000 | Seorang remaja perempuan dikompaun sebanyak RM 5,000 kerana merentas negeri tanpa kebenaran pihak polis dengan menggunakan perkhidmatan tren di Terminal Pengangkutan Penang Sentral, di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata remaja berusia 19 tahun itu dikompaun berikutan gagal mengemukakan surat kebenaran atau apa-apa dokumen berkaitan ketika polis mengadakan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di terminal itu. Beliau berkata, pihaknya mengadakan pemantauan SOP di terminal pengangkutan berkenaan selepas beberapa mukim dan daerah dilaksanakan PKP kelmarin, sekaligus melarang…

Read More

England Sudah Mula Fasa Longgarkan Sekatan Covid-19 | Setelah mengesahkan telah lulus kepada empat ujian sekatan di England, negara tersebut telah mengambil keputusan untuk memulakan fasa seterusnya iaitu melonggarkan sekatakan dikala sedang melanda Covid-19. Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa kelonggaran tersebut adalah berdasarkan sasaran jadual yang telah dilakukan sejak Februari yang lalu. Jelas beliau, keputusan telah dibuat berdasarkan penilaian yang dilakukan oleh ketua perubatan berkenaan kadar kematian dan jumlah kemasukan hospital yang paling rendah sejak Julai. Tambahnya lagi, kerajaan telah bersetuju untuk mengurangkan tahap amaran di negara tersebut setelah membuat penilaian data. Sokongan data juga didapati…

Read More

‘Masyarakat Dunia Diminta Tekan Israel’- Duta Palestin | Berikutan serangan yang dilakukan oleh tentera zionis terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa, Duta Palestin di Malaysia, Walid Abu Ali mendesak supaya masyarakat dunia memberikan tekanan yang tinggi terhadap Israel supaya menghentikan pencerobohan terhadap pendduk Palestin di Baitulmaqdis. Serangan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin yang sedang menunaikan solat jemaah di Masjid Al-Aqsa serta mengusir rakyat Palestin dari kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur adalah jelas melanggar undang-undang antarabangsa. Jelasnya lagi, setiap hari yang berlaku di Baitulmaqdis adalah Israel telah melanggar hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa yang telah ditetapkan justeru, beliau meminta…

Read More

Yang Di-Pertuan Agong Nasihat Rakyat Duduk Di Rumah | Baru-baru ini, pengumuman mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bakal dilaksanakan bermula esok ekoran penularan wabak Covid-19 yang jumlahnya semakin meningkat kini. Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menasihati rakyat agar berada di rumah dan tidak keluar jika tiada keperluan mendesak, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula esok hingga 7 Jun depan. Baginda menitahkan tindakan itu akan membantu petugas barisan hadapan mengekang rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini dengan lebih berkesan, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk…

Read More

Hanya 3 Orang Sahaja Dibenarkan Dalam Satu Kereta | Bilangan orang di dalam kenderaan, teksi, e-hailing dihadkan kepada tiga orang sahaja termasuk pemandu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara yang diumumkan semalam. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi atau industri adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan. katanya dalam satu kenyataan , bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama, beliau berkata,…

Read More

Thailand Pertingkat Kawalan Di Sempadan Malaysia Menjelang Aidilfitri | Lebih kurang dua tahun pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berlangsung, pastinya terdapat segelintir rakyat Thailand yang terkandas tidak dapat pulang ke negara asal mereka. Namun, menjelang Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi, semestinya mereka akan mencuba untuk mencari jalan agar boleh melepasi sempadan untuk pulang beraya di Thailand. Narathiwat: Thailand telah mempertingkatkan kawalan di sempadannya dengan Malaysia untuk mencegah kemasukan warga Thailand yang cuba menyelinap masuk ke negara asal mereka ekoran Aidilfitri tidak lama lagi, dalam usaha untuk membendung penularan wabak Covid-19. Komander Divisyen ke-15 Infantri, Mejar…

Read More